Pages

Ahad, 10 Mei 2026

Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan dan Ulam Rumpai Laut @ Latok

Bismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita kawan-kawan di hari minggu? Amie duduk di rumah, merehatkan diri bermalas-malas sahaja. Teringat kata-kata tukang urut minggu lepas, selain stres badan kita juga sangat letih! Benar itu. Umur pun sudah menjangkau usia emas. Bawa-bawalah berehat.... ahaks! Kadang-kadang semangat saja yang besar tetapi terlupa hari demi hari kudrat semakin lemah. Jadi, berpada-padalah. Sudah habiskan tenaga di ladang, kembalikanlah tenaga sewaktu berada di rumah. Apa pun Alhamdulillah dengan anugerah kesihatan yang Allah kurniakan untuk menyambung hidup di ambang senja ini.

Tengah hari tadi Amie masak nasi berlaukkan Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan dengan ulam Rumpai Laut @ Latok. Amie tambahkan acar @ kerabu campur. Banyak bahan campurannya sebab hendak habiskan stok. Selain hirisan lobak merah, timun dan mangga, Amie tambahkan hirisan peria dan bunga kantan. Itulah acae @ kerabu kegemaran Encik Suami. Ada sedikit telur ikan putih, Amie goreng sahaja dengan bawang.

Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan

Hidangan Lauk Tengah Hari / Malam

Rumpai Laut @ Latok

Sambal Pencecah Latok

Acar @ Kerabu Campur

Telur Ikan Putih Goreng Bawang

Telur Masin

Nasi Putih

Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan

Ikan tenggiri ini Amie perap dengan garam, halia, bawang putih dan asam jawa. Tambahkan serbuk cili dan serbuk kunyit. Renjiskan sedikit minyak dan balut dengan daun pandan. Kemudian panggang dalam kuali ajaib. Semerbak harum wangi pandan ketika dipanggang.

12 ulasan:

  1. Kecur liur tengok menu kak amie ni.

    BalasPadam
  2. Menu yang super
    Ada acaranya pula
    Lengkap sudah
    Nikmat

    BalasPadam
  3. Sedap lauk pauk kak Amie masak. Saya suka juga kerabu campur macam tu. 😋

    BalasPadam
  4. Hebatnya semua sajan terbaik..

    BalasPadam
  5. Semua nampak sempurna di masak dengan ikhlas,,

    BalasPadam
  6. Semua yang nampak pasti berselera..

    BalasPadam
  7. telan air liur linda tengok ikan tenggiri panggang tu...sedap sungguh lah nampaknya...
    sepanjang hisup ni, tak pernah cuba lagi latok tu

    BalasPadam
  8. Blog Amie salah satu blog yang selalu bikin ngences sebab selalu kongsikan gambar makanan-makanan yang sedap. Macam boleh terbau aroma ikan tenggiri panggang daun pandan tu. Makan panas-panas dengan nasi putih memang ngam😋

    BalasPadam
  9. Memang tak bisa tak lapar lihat ini 😍😂😂. Apalagi melihat telur asin yg kuningnya Masir atau basah begitu. Itulah yg sedap sangaaaat

    Ikan bakar pandan pun dah terbayang jika dimakan dengan sambal kecap, beuugh nikmat sangat kak

    BalasPadam
  10. Menarik idea ikan panggang daun pandan tu..

    BalasPadam
  11. Mesti harum baunya tu kak.... nampak sedap je latok tu dengan pencicahnya

    BalasPadam