Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi pertama di Palestin kami menikmati sarapan di hotel dengan hidangan tradisional Timur Tengah. Ada hidangan shakshouka yang masih panas, dengan telur yang dimasak dalam kuah tomato berempah. Aromanya cukup membuka selera, apatah lagi apabila dicicah bersama roti pita yang lembut.
Turut disediakan nasi berempah ala Nasi Arab yang digaul bersama kacang kuda dan ditabur daun hijau segar. Rasanya sederhana tetapi penuh dengan keharuman rempah yang menghangatkan tubuh dalam cuaca sejuk pagi di Jerusalem.
Di sudut lain, terdapat juga roti bijan seperti ka'ak serta biskut kering yang rangup dipanggil rusk. Ada pelbagai hidangan mezze tradisional seperti hummus yang lembut dengan minyak zaitun, foul medames serta labneh yang berkrim dan menyegarkan. Turut melengkapkan hidangan pagi ialah salad segar yang rangup, hirisan keju dan daging, serta sedikit kek sebagai pencuci mulut. Walaupun kelihatan ringkas, setiap hidangan membawa rasa tempatan yang unik dan cukup memberi tenaga untuk memulakan hari.
 |
| Hummus dengan kacang kuda. |
Hummus diolah dari puri kacang kuda yang dikisar halus bersama tahini (bijan), minyak zaitun dan lemon. Di atasnya ada kacang kuda dan daun herba. Rasanya lemak, lembut dan sedikit masam. Jika suka boleh dimakan dengan roti pita.
 |
| Foul Medames |
Foul Medames diperbuat daripada kacang fava yang dimasak lembut dengan minyak zaitun, bawang putih dan herba. Sarapan tradisional Arab nampak ringkas tapi sangat mengenyangkan.
 |
| Labneh |
Labneh merupakan satu mezze yang biasa ditemui dalam sajian Timur Tengah. Labneh merupakamn yogurt yang ditapis hingga pekat, hampir seperti keju. dan dihias dengan minyak zaitun dan rempah (
za’atar). Rasanya masam berkrim dan sedap dijadikan sebagai pencecah.
Salad Arab merupakan campuran sayur segar seperti timun, tomato, daun salad dan sedikit keju. Salad campuran ini memberi rasa segar dan seimbang dengan hidangan lain.
 |
| Hieisan timun. |
 |
| Hirisan tomato. |
 |
| Turkey & Beef Slice |
Gambar atas dan bawah : Hirisan keju dan daging merupakan Pilihan western style untuk tambah variasi sarapan.
 |
| Hirisan keju. |
Gambar atas dan bawah : Pilihan madu dan jem untuk sapuan roti.
 |
| Potongan kek. |
Kek potong kecil-kecil ini tidak terlalu manis, sesuai dinikmati bersama teh atau kopi sebagai sarapan ringan.
 |
| Roti Pita |
Ini ialah Roti Pita. Rotinya lembut, bahagian dalamnya boleh dibuka jadi poket. Sesuai cicah kuah
shakshouka atau isi daging. Amie ambil sekeping, panaskan dalam ketuhar dan kemudian sapu dengan mentega dan jem.
 |
| Ka'ak. |
Gambar atas : Ka'ak - Roto BijanGambar bawah : Rusk - Roti Bakar Kering
 |
| Rusk |
Ka'ak dan rusk ini sedap kalau celup kopi!
 |
| Nasi Goreng Gaya Arab |
Nasi ini seperti nasi goreng tetapi ada rempah kayu manis dan buah pelaga. Ada kacang kuda (chickpeas) dan ditabur daun parsley. Ada rasa masam sedikit, mungkin ditambah perahan jus lemon.
 |
| Sosej |
 |
| Telur Rebus |
 |
| Shakshouka |
Hidangan shakshouka ini terdiri daripada telur yang dimasak dalam sos tomato pekat. Ada bawang, lada dan rempah. Ada tambahan sosej. Dimakan panas-panas dengan roti sangatlah lazatnya!
Amie nampak Firdaus menambah shakshouka dalam pinggan sarapannya.
 |
| Jom sarapan. |
 |
| Bismillah |
Ambil serba sedikit untuk rasa-rasa.
Menu sarapan di Jerusalem lebih berasaskan kekacang dan banyak penggunaan minyak zaitun serta sayur. Semuanya nampak sederhana, tapi sebenarnya cukup berkhasiat dan mengenyangkan untuk memulakan hari.
Pagi ini Encik Suami agak berselera untuk mengalas perut. Mungkin pagi tadi kurang tenaga disebabkan perut tidak diisi semalam.
Firdaus pantang nampak susu! Entah berapa kali menambah dalam gelas.
Pertama kali bawa jalan jauh, nampaknya Firdaus sangat senang diurus. Tidak cerewet tentang makanan, dan tidak pernah merungut di hadapan makanan yang asing baginya. Kalau suka, dia menambah, kalau tiada pilihan yang memenuhi seleranya, dia ambil sedikit sahaja.
Video rakamannya sendiri minum dari mesin air.
Firdaus sentiasa membantu peserta rombongan yang tidak biasa menggunakan mesin pembuat air minuman panas. Ada pelbagai jenis minuman panas disediakan. Seorang demi seorang meminta Firdaus ajar cara-cara membuat air minuman panas pilihan.
Seperti biasa, Amie hanya memilih minum air panas kosong sahaja, yang dibiarkan seketika agar menjadi hangat.
 |
| Firdaus masih membantu ahli rombongan lain membuat air panas dari mesin. |
Selesai sarapan, kami bersiap untuk meneruskan lawatan hari kedua di Palestin. Pagi ini kami dijadualkan menziarahi Makam Nabi Daud di Hebron.
Terliur tengok kacang-kacang tu kak,... sedap betul, walaupun ada nasi goreng yg basah tapi nampak sedap dh roti2 dengan pilihan cicah dia tu.
BalasPadam