Pages

Rabu, 1 April 2026

Salad Campur Salmon Panggang & Sup Cendawan Roti Wholemeal Panggang

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini tak dapat ambil gambar masakan sebab langit mendung kelabu dan suasana di dapur agak gelap. Amie masak sup ayam dengan betik mengkal dan campur sayur sawi dan masak sambal udang kering. Basah kuyup di dapur, walaupun di luar mendung tetapi suhu terasa panas membahang. Selesai masak, Amie terus mandi dan kebetulan pula azan maghrib berkumandang. Encik Suami berbuka puasa dengan ditemani Firdaus.

Kelmarin Amie sediakan Salad Campur dengan Salmon Panggang serta Sup Cendawan dengan Roti Wholemeal Panggang untuk juadah berbuka Encik Suami. Encik Suami meneruskan pengambilan diet seimbang seminggu selepas raya. Sepanjang raya selama seminggu, dapatlah Encik Suami melepas rindu menjamu selera serba sedikit dengan makanan yang 'berasa'.

Menu berbuka puasa.

Salad Campur dengan Salmon Panggang

Sup Cendawan dengan Roti Wholemeal Panggang.

Cream Brulee Tart

Sewaktu temankan Encik Suami berbuka, kita saja selitkan cream brulee tart. Kita saja yang makan... ahaks!

Hidangan Makan Malam


Untuk Firdaus dan Fairuz, Amie masakkan nasi, dadarkan telur dan sediakan sambal siram minyak panas. Amie pula lebih suka hendak hirup sup. Jadi masaklah sedikit sup berisi jagung, baki bahan yong tau foo dan tambahkan sawi serta daun kemangi. Encik Suami pun tak tahan hati melihat sup itu walaupun sudah disajikan sup cendawan.

Nasi Putih

Sup Yong Tau Foo

Telur Dadar

Sambal Siram Minyak Panas

Ikan Talang Masing Goreng Cili Bawang

Masih ada baki ikan masin goreng cili bawang dan rendang daging. Amie panaskan semula dan memang menambah terus nasi dalam pinggan!

Rendang Daging

Rendang daging ini semakin dipanaskan semakin sedap pula. Dagingnya hampir hancur dan sangat lembut. Kalau rajin panaskan selalu memang akan jadi serondeng daging pula nanti!

19 ulasan:

  1. Ikan talang tu paling menyelerakan.

    BalasPadam
  2. Sedaplah En. Majid makan makanan 'berasa'.

    BalasPadam
  3. Rendang daging akhirnya jadi serunding daging. Lagi yum yum yum gitu

    BalasPadam
  4. Rajin betullah Kak Amie ni... Masak ikut selera sorang² ahli rumah. Terbaik 👍🏻

    BalasPadam
  5. Persembahan makanan kak Amie mmg tak pernah mengecewakan! Semua macam diambil oleh jurugambar profesional 😄

    BalasPadam
  6. waduhhhh ikan talang masin & rendang dagingggg! creme brulee tu org laki mmg mcm kurang gemar nak makan hehehe

    BalasPadam
  7. Saya biasanya tak suka ikan asin. Tp lihat yg ini, ada cabe rawit putih pula, langsung naik selera makan 😍😍😄.

    Rendang memang paling sedap kalau dah berkali2 dipanaskan ya kak. 🤭👍👍👍. Makan pakai bumbunya sajapun dah sedap.

    BalasPadam
  8. Semuanya sedap masakan Amie... Ikan talang masin tu, mau bertambah nasinya.

    BalasPadam
  9. Waduh sedapnya menu akak... rajin betul akak masak banyak hidangan gini

    BalasPadam
  10. Rajin Puan Amie masakkan sajian berbeza setiap orang.
    Menyelerakan tengok salmon panggang itu.

    BalasPadam
  11. Rendang daging yang dah dipanaskan berkali- kali la menjadi rendang kesukaan Dania, selalu kalau masak rendang memang gitu lah permintaanya...sedap betul semua menu akak...berkenan SA especially ikan talang masin tu...

    BalasPadam
  12. Tak terpilih mana pilihan hati sebab memang pasti semuanya sedap.

    BalasPadam
  13. sedap nampak salad campur salmon panggang tu... tp yg sedap salmon tu, sayur2 salad tu tak sedap... hahah

    BalasPadam
  14. Puas hati makan..berselera nak makan..alhamdulillah

    BalasPadam
  15. Sedapnya salad salmon. Tiba2 rasa dah lama tak makan salmon

    BalasPadam
  16. Ikan telang masin juga yg jadi pilihan… kalau sy laa hehehe

    BalasPadam
  17. Ikan talang masin tu, bau sampai sini Kak Amie hehe

    BalasPadam