Pages

Khamis, 30 April 2026

Perut Lembu Air Asam dengan Belimbing Buluh

Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita minggu lepas, atau minggu lepas yang satu lagi. Tiba-tiba teringin hendak makan Perut Lembu Air Asam. Seperti biasa, balik dari ladang masak perut lembu gunakan slow cooker dan kemudian masuk bilik, rehat dan tidur!

Bangun tidur, masuk dapur sedia untuk masak nasi. Perut lembu pun sudah lembut. Masak sajalah apa yang ada, goreng ikan bolu dan masak petola tumis air. Carilah apa-apa bahan yang tertinggal dalam peti sejuk untyk ditemankan dengan si petola. Jumpalah cendawan segar shiitake, dua tiga batang kacang panjang dan juga udang bemban. Sedap pula tumis air bahan-bahan campuran ini. Kuahnya rasa manis dari isi udang!

Perut Lembu Air Asamnya pula Amie tambahkan hirisan belimbing buluh. Ya ampun! Sedap sangat rasanya. Ada sebungkus lagi perut lembu. Nanti nak buat lagi dan bubuh belimbing buluh. 

Perut Lembu Air Asam dengan Belimbing Buluh

Hidangan Makan Tengah Hari / Malam


Resipi Perut Lembu Air Asam
Bahan-bahan:

500 gram perut lembu - rebus hingga empuk - hiris ikut saiz yang disukai - Amie rebus dalam slow cooker
10 biji tomato ceri - belah 2
1 labu bawang besar - hiris
7 biji belimbing buluh - hiris nipis
10 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 2 sudu besar air rebusan perut
1 cawan air rebusan perut lembu
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar kasar:
1 sudu kecil belacan - bakar
10 tangkai cili padi

Cara:
Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas.
Gaul sebati.
Hidangkan.

Resipi Perut Lembu Air Asam yang pernah Amie jadikan entri, ada di sini:

6 ulasan:

  1. Amie, pepagi ni jd terliur tgk makanan kat sini.

    BalasPadam
  2. Tunggu Sy sampai Kak, baru dimasak perut lembu lagi sebungkus tu hehe...
    Perut lembu ni masa arwah ayah ada selalu beli. Rebus cicah air asam 😋

    BalasPadam
  3. Ok nanti nak buat stok belimbing banyak dah frozen kan. Beli perut lembu je nanti.

    BalasPadam
  4. perut lembu masak air asam mmg sedap sangat tu

    BalasPadam
  5. Ya Allah... sedapnya perut lembu rebus dimakan bersama air asam. Kalau saya pula, buat air asam mesti kena letak kerisik.
    Kena beli perut lembu jugak lah lepas ni. Jadi terliur pulak.

    BalasPadam
  6. Lengkap sajian yang saya nampak istemewa dah tu..

    BalasPadam