Pages

Selasa, 21 April 2026

Makan Nasi Lauk Ikan Goreng & Sup Isi Ikan Dory

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sebaik sahaja habis sesi menoreh di ladang, kami diarahkan membuat kelas tambahan di bangunan gereja selama dua jam. Dalam tempoh 45 minit memang kelam-kabut, berlari-lari anak dari kelas menuruni anak tangga menuju ke bilik guru. Hendak tunaikan solat zohor di surau nan kecil terpaksalah bersesak dengan murid dan penoreh lain. Tidak sempat hendak makan tengah hari, terus bergegas ke kawasan gereja. Anak-anak getah sudah menunggu!

Beberapa minit sebelum masuk waktu asar, kelas tambahan selesai. Tapi, perut tersangatlah lapar. Singgah beli roti daging di Chinese Food Muslim. Sedap betul mengunyah roti panas dalam kereta. Sampai rumah, malas pula hendak masak sebab perut sudah kenyang!

Mana boleh tak masak. Firdaus nanti balik sekolah hendak makan apa? Encik Suami dan Fairuz? Kena fikirkan juga perut orang lain... ahaks!

Baiklah. Masaklah nasi. Gorenglah ikan.


Hidangan makan tengah hari merangkap malam, nasi dengan ikan goreng. Tipu tu! Ketika goreng ikan, kita teringin pula hendak jamah nasi sama sup isi ikan! Entah apa-apa yang dibubuh dalam sup isi ikan ini.

Lauk makan tengah hari merangkap malam.

Ikan Belais Goreng

Amie goreng dua ekor ikan belais, ikan kegemaran keluarga Encik Suami. Arwah MIL pantang jumpa ikan ini. Suka sangat arwah MIL gunakan ikan ini untuk masak brengkes. Ada empat ekor lagi ikan belais dalam freezer. nantilah, tunggu mambang rajin datang, Amie akan masak brengkes.

Ayam Goreng Garam Kunyit

Firdaus dengan Fairuz kalau buka tudung saji memang akan naik seri wajah kalau nampak lauk ayam. Gorengkan sajalah beberapa ketul sayap ayam. Itu pun hanya gaul dengan garam kunyit sahaja dan tambahkan daun kuri

Sambal Kemangi

Ada baki sambal kemangi makan kelmarin, masih elok lagi. Bolehlah dijadikan ;auk tambah.

Sup Isi Ikan Dory

Biasanya kalau masak sup, Amie bubuh lada putih untuk timbulkan rasa pedas. Kali ini Amie tidak bubuh sebab tak mahu tambah panas badan dan suasana panas terik. Untuk naikkan aroma sup, Amie tambahkan serai dan hirisan halia muda. Bonda kata kalau sudah masuk serai dalam sup, tak perlulah bubuh daun sup. Kata Bonda nanti tenggelam bau segar serai.

Amie tumis bahan perencah seperti serai, halia bawang putih dan bawang besar. Amie masukkan juga hirusan tomato untuk rasa masam manis dalam kuah sup, tapi Amie masukkan juga kepingan kecil asam gelugur.  Resipinya seperti di bawah ini:

Resipi Sup Isi Ikan Dory
Bahan-bahan:
  • 1 keping isi ikan dory - potong  7 bahagian
  • 7 ekor udang segar - buang kulit
  • 1 batang tauhu Jepun - potong 8
  • 2 biji tomato - potong 4
  • 7 tangkai sawi bunga - Choy Sum Fa
  • 3 cm halia muda - hiris nipis
  • 2 batang serai - ketuk
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 600 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan tomato. Tumis hingga agak hancur.
  3. Masukkan air dan asam keping. Biarkan mendidih. Kuah sup akan kelihatan kuning merah hasil dari warna tomato.
  4. Kemudian masukkan isi ikan dory bersama udang.
  5. Setelah isi ikan dory dan udang berubah warna, masukkan pula sawi bunga dan tauhu Jepun.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Walaupun Amie bubuh asam keping tetapi kuah sup rasa manis. Mungkin datang dari udang! Namanya saja Sup Isi Ikan Dory tapi tangan kita gatal masukkan udang segar!

12 ulasan:

  1. Ok saya nak simpan la resipi ni sebab nampak sedap pulak sup ikan dory dalam gambar Kak Amie ni 😄

    BalasPadam
  2. tak pernah masak sup ikan. nanti nak try la masak sup ikan.

    BalasPadam
  3. Sup ikan dory tu menarik...SA nak cuba buat nanti la.tapi ikan dory kena beli yang frozen la nanti...

    BalasPadam
  4. Semuanya sedap Kak Amie. Sup ikan tu lama nya tak buat. Thanks for sharing resepinya.

    BalasPadam
  5. Biasa nampak ikan dory frozen tapi tak pernah ambil. Nanti nak try lah resepi ini.
    Ilmu baru... kalau sudah ada serai tak perlu daun sup.

    BalasPadam
  6. Arwah Opah saya dulu, suka masak sup ikan. Menggamit kenangan saya waktu kecil bila baca entri kak Amie ni. 🥰

    BalasPadam
  7. Saya suka juga ikan ini kak. Tapi di sini sebutnya ikan kuwe. Biasanya saya minta dibakar kering, sampe ekornya bisa dikunyah 😄.

    Memang menyelerakan sangaaat sup ikan dory ini. Nantilah nak buat juga. Harus beli ikan dori fillet dulu .

    Penasaran pula Brengkes itu apa. Yg saya tahu Brongkos. Kuliner khas Jawa Tengah. Tp kalau brongkos pakai daging sapi dan tahu

    BalasPadam
  8. Ikan dori sesuai buat sup juga ye sebenarnya. Saya selalu fikir ikan ni sesuai utk goreng je sebab dia lembik2. Terima kasih share resipi

    BalasPadam
  9. Makan sup ikan dori tu pun dah sedap sebab Macam2 ada.

    BalasPadam
  10. Salam kenal. Ikan dory selalu makan fish n chips je.. masak lain tak pandai 😅

    BalasPadam