Pages

Jumaat, 24 April 2026

Makan Apa Yang Ada, Mana Yang Sempat

Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap hari, tamat sesi pagi di ladang akan disambung dengan kelas tambahan untuk semua calon SPM 2026. Walaupun tak cukup tempat di ladang, kami diarahkan mengadakan kelas tambahan di gereja, bermula dari pukul 1:30 hingga 3:30 petang.

Hari ini, kelas tamat awal sebab hari Jumaat. Pukul 12:06 minit solat zohor di surau, dan selepas itu cari makan apa yang ada di kantin. Oleh kerana menu di kantin sama setiap hari, maka jemulah hendak isi perut di situ. Kadang-kadang, tunggu selepas selesai kelas tambahan, barulah cari makan.  Kelas tambaan tamat pukul 3:30, jadi bolehlah terus solat asar sebab waktu asar masuk pada pukul 3:21 petang. Biasanya Amie akan ke Perdana Square membeli Roti Daging Diraja Cina yang masih panas selepas digoreng! Makan sekeping atau dua keping dalam perjalanan pulang ke rumah!

Roti Daging Diraja Cina

Roti Inti Ayam

Kadang-kadang ke Bandar LD, singgah di Dominos cari kudap-kudapan seperti Banana Kaya Dessert. Walaupun rupa parasnya tidak seindah mana tapi tetap sedap. Cerita tentang Banana Kaya Dessert ini teringat Fuad dulu pernah bekerja di Dominos sewaktu cuti semester di Johor. Katanya, paling banyak pelanggan memesan Banana Kaya Dessert!

Fuad hari ini berada di China. Hampir seminggu lamanya bersama majikannya mencari barang syarikat di Shanghai, Fujian dan Nanchang. Malam tadi, katanya dia naik bullet train ke Fuchou. Pandai-pandailah Fuad jaga diri ya.

Paling menarik selera sudah tentulah Banana Kaya Dessert dan Ayam BBQ.


Encik Suami - Mix Soto Ayam.

Berulang kali juga kami makan mix soto!
Mungkin soto ini berkuah ringkas, sedap hirup supnya. Jadi, memang ke sinilah di Perdana Square kami makan.

Memandangkan hidangan cepat disajikan, jadi ke sinilah kami singgah tanpa fikir dua tiga kali.

Amie - Mix Soto Beef

Dagingnya banyak dan lembut.

Walaupun hanya makan soto tapi tetap mengenyangkan sebagai alas perut waktu tengah hari!

Ada tambahan isi siput kahanga dan fill ball segar.

Dilengkapi dengan udang segar dan bebola udang segar.


Tambahkan sambal untuk rasa pedas menyengat!
Berpeluh-peluh....ahaks!

Wantan inti udang segar.


Wokey!
Sudah 1:20 petang.
Hendak gerak ke gereja, untuk laksanakan kelas tambahan.
Doakan sentiasa bertenaga berkongsi ilmu dengan anak-anak getah!


20 ulasan:

  1. sedapnya nampak Roti Daging Diraja Cina tu. macam tak pernah jumpa kat sini.

    BalasPadam
  2. Untunglah ada ladang untuk dikerjakan.
    Selamat menjamu selera.

    BalasPadam
  3. Semua hidangan nampak 😋 tapi Roti Daging DiRaja China tu memang menggiurkan

    BalasPadam
  4. Soto tu menarik betul!
    Selamat bertugas Kak Amie

    BalasPadam
  5. Satu roti daging cina tu pun dah kenyang kan?

    BalasPadam
  6. Sotonya ada Macam2 kalau saya pun makan tu je. Selamat ber ladang semuga anak murid berjaya tahun ini.

    BalasPadam
  7. Kalau kat KL glemer mon beef roti. Saya pun suka roti daging cina ni.
    Clear soup betul kuah soto tu. Jarang nampak soto ada letak udang

    BalasPadam
  8. Roti daging China tuh saya rinduuuuu yg di bukit bintang . Itu yg pertama kan, baru kemudian buka di tempat2 lain. Berhubung yg kakak makan saya belum coba JD tak bisa komen. Tp waktu roti daging ini buka di jakarta, beda brand, saya tetep lebih suka yg di bukitbuntang. Isinya lebih banyak. Yg di JKT lebih banyak bawang Holland. Tak suka jadinya

    BalasPadam
  9. Saya ada makan roti goreng inti ada ayam dan daging. Satu saja memang sudah cukup kenyang. Jumpa di Ipoh, tempat saya tak ada jual.
    Tak pernah pula cuba banana kaya dessert dari Domino tu. Menarik untuk dicuba.

    BalasPadam
  10. Semoga anak² getah menumbuh dengan baik.
    Jauh Fuad berkelana... mana² business sekarang memang banyak dengan China. Sama gak syarikat kami... beralih ke sana walau sebelum ini dengan Japan.

    BalasPadam
  11. mix soto beef macam2 ada sedap tu

    BalasPadam
  12. Sedapnya roti inti tu kak... semua la nampak sedap, lagi la tengah mengantuk ni

    BalasPadam
  13. Macam² makanan ada di Amie's Little Kitchen, ni. Sy tak pernah beli makanan lain di Domino's Pizza selain pizza, macam sedap aje makanan yg Fuad sebut tu.

    BalasPadam
  14. sedap nmpk semua makanan ittewww., nyum2

    BalasPadam
  15. Sedapnya semua makanan

    Yang banana dessert macam menarik untuk dicuba. Selalu Cuya order pizza je kalau di Dominos. Sini pon Dominos dah tutup dah , taktahu la mana pergi. Bankrap ke? Entahh

    BalasPadam
  16. walaupon roti daging tu agal viral, tp saya tak pernah rasa lagi..

    BalasPadam
  17. Roti Daging tu sedapnya. Mix soto dll semuanya sedap nampak tu.

    BalasPadam
  18. Silap baca entry ni pukul 2 pagi.. tetiba lapar hahahaha :P

    BalasPadam
  19. Menyelerakan sungguh semua nampaknya...semoga yang baik2 je untuk anak didik dan guru yang mengajar

    BalasPadam