Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi kami hantar Fuad ke Lahad Datu Airport. Terbanglah dia dengan pesawat Air Borneo. Kemudian sambung penerbangan dari Kota Kinabalu ke KLIA1 dengan pesawat Batik Air pula. Sebentar tadi sudah mendarat di KLIA1. Seterusnya Fuad akan memandu sendiri ke Desaru, Johor. Katanya, lebih kurang lima jam pemanduan. Hati-hati di jalan raya Fuad. Kalau penat, berhentilah rehat dahulu.
Setelah hantar Fuad ke Lahad Datu Airport pagi tadi, hati mula terasa sedikit kosong. Maklumlah, cuti rayanya sudah berakhir. Fairuz dari kelmarin lagi sudah mula kerja. Tinggallah Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah yang masih bersama kami di LD.
Kita menyibukkan diri membawa bakul ke belakang rumah. Hajatnya hendak ambil beberapa helai daun pandan untuk dimasak bersama air buang panas. Masuk semula ke dapur, bakul bukan sahaja berisi daun pandan tapi ada benda lain yang bertenggek! Ada nanas masak di pokok. Alhamdulillah, tak ingat entah kali ke berapa nanas tanaman Encik Suami ini berbuah. Rasanya manis. Amie kupas buat campuran salad.
| Salad Campur Nanas |
Ketika berjalan menuju ke rimbunan pokok pandan, terpandang pula buah anggur di celah-celah daunnya yang hijau.
| Hasil kutipan dari belakang rumah. |
| Cili Putih |
Cili putih ini sentiasa mengeluarkan hasil. Ada masa nanti Amie hendak goreng ikan masin bubuh cili putih dan bawang besar goreng.
| Salad Campur Nanas |
Encik Suami mesti mencari dedaun salad dalam hidangannya baik waktu sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Alhamdulillah, kesihatannya bertambah baik dan mudah-mudahan semakin afiat.
Petang ini kami dapat dua jemputan majlis rumah terbuka raya. Rumah pertama selepas asar dan rumah kedua selepas maghrib. Alhamdulillah.
anak- anak semua dah pulang ke sarang ye Kak Amie..sunyi rumah lepas tu..macam tu la SA masa raya pertama...adik2 decided pulang ke rumah mertua memasing...sunyi rumah...
BalasPadamlepas raya je suasana jadi sunyi..
BalasPadamcantik betul buah anggur tu. mesti crunchy!
seronok kalau ade tanah kebun sendiri, banyak bole di tanam. nampak menarik dan cantik sangat salad tuh..
BalasPadamKembali sunyi la bila semua pulang ke sarang. Seronoknya banyak hasil tanaman tu. Dulu mak Cie selalu tanam cili putih tu. Pernah buat cili jeruk.
BalasPadamAnggur hijau dari kebun sendiri itu rasanya bikin bahagia ya, Kak. Aku belum pernah bikin salad buah nanas nih, Kak. Btw, salam kenal dari saya Siti Faridah dari Kendal Indonesia.
BalasPadam