Pages

Jumaat, 13 Mac 2026

Iftar 23 Ramadan 1447H - Nasi Daging Air Asam Kerisik

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan pulang dari ladang, kita tanya Encik Suami : Masak apa yang sedap gunakan slow cooker? Tekan butang slow, boleh tinggalkan dan tidur sampai petang.

Encik Suami ketawa saja tanpa jawapan. Akhirnya Amie kata, baiklah kita pergi Megaridwan Cold Storage LD. Mana tahu ada yang boleh dibeli untuk bahan masakan juadah berbuka puasa.

Sampai di Megaridwan Cold Storage, Amie ternampak di bahagian bahan basah, seorang pekerja sedang memotong daging lembu segar. Bukan selalu boleh dapat daging segar!  Tiba-tiba terlintas di fikiran untuk mengolah masakan yang sedap tapi mudah. Mungkin boleh masak nasi daging. Amie minta dua keping bahagian peha. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah sudah tersimpan di kepala :
  • Nasi Daging
  • Air Asam Kerisik
  • Dalca Daging
  • Sup Kosong
Jadi, sebaik sampai di rumah Amie terus bergegas ke dapur. Masukkan daging dalam slow cooker dan tuangkan air. Tekan butang 'high' dan terus tinggalkan. Apalagi.... ngorok dululah....hiks hiks hiks!!!

Nasi Daging Air Asam Kerisik


Hidangan Berbuka Puasa

Nasi Daging

Resipi Nasi Daging Air Asam Kerisik ada di sini:
Air Asam Kerisik

Air Asam Kerisik ini hasil air tangan Encik Suami. Cantik rupa parasnya dan sedap pula rasanya.... ahaks! Sekali-sekala merasa ir tangan Encik Suami memang sedap. Mungkin sudah jemu dengan masakan sendiri.

Dalca Daging

Resipi Dalca Daging ada di sini:

Sup Kosong


Kiranya slow cooker sangat membantu sebab sekali rebus daging boleh buat tiga menu. Sebahagian daging dibuat Nasi Daging, sebahagian lagi dibuat Dalca Daging. Air rebusan daging pula digunakan untuk masak nasi, masak dalca dan dibuat sup kosng.

Bismillah

Habis sepinggan Nasi Daging Air Asam Kerisik Amie makan. Minumnya pula Lemon Madu Panas. Memang terasa segar dan ringan saja badan walau kekenyangan. Selepas menulis entri ini hendak minum lagi Lemon Madu Panas. sedap!

Lemon Madu Panas

Sibuk menyiapkan Nasi Daging Ari Asam Kerisik, terlupa hendak sediakan salad campur untuk Encik Suami. Tiba-tiba azan maghrib berkumandang. Eh, tak sedar cepatnya masuk waktu berbuka.

7 ulasan:

  1. Slmt berbuka
    Terbaikkk menu nasi daging
    Memang kecur tgk ni
    Air asammm ishhh memang tak blh tolak ni

    BalasPadam
  2. Gabungan iftar yg sedap sampai lupa buat salad.

    BalasPadam
  3. Sedapnya nasi daging air asam. Rasanya pernah sekali je buat.

    BalasPadam
  4. air asam kerisik lama dah xrasa sedap cicah daging rebus

    BalasPadam
  5. Sedap tu, nasi daging ada air asam. Telan ailio tengak gambar. 😋

    BalasPadam
  6. Juadah kak Amie ni memang sentiasa nampak menggoda tau.
    Saya tak ada slow cooker, rasa macam nak beli jugak. Bolehlah campak bahan, lepas tu ngorok dulu 😂

    BalasPadam