Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di hari ke-11 kita berpuasa. Apa juadah berbuka hari ini?
Amie gotong royong dengan Firdaus siapkan Popia Begedil. Firdaus tukang gentel begedil, Amie tukang gulung. Tak sukat berapa banyak bahan yang digunakan. Yang penting siap dan boleh dimakan... ahaks!
Tak perlu kongsikan resepilah, sebab semuanya ada di hujung jari. Banyak lalu lalang di pelbagai media sosial. Tak susah hendak buat Popia Begedil. Cara buat intinya sama seperti kita buat begedil kentang. Kalau suka boleh tambahkan ayam atau daging cincang atau pun udang. Sudah digulung dengan kulit popia yang dipotong dua, bolehlah goreng seperti goreng begedil kentang juga. Kena celup dalam telur. Amie gunakan telur putih saja sebab kalau campur putih dan kuning telur, akan keluar buih dalam minyak gorengan. Itu kalau banyak kali gorenglah.
| Popia Begedil |
Hasil kerjasama siapkan Popia Begedil dengan Firdaus, dapat 43 batang.
Amie goreng semua. Tak nampaklah serabai-serabai telur sebab celup dalam putih telur saja. Popia Begedil ini sedap dimakan begitu saja sebab sudah cukup rasa tapi tambah sedap kalau cecah kicap lada atau sos cili Thai.
Kalau ikutkan hati, Firdaus hendak makan Popia Begedil sahaja, tetapi Fairuz dan Encik Suami sudah tentu hendak makan nasi. Amie masak Ayam Ungkep sebagai lauk. Ayam Ungkep ini memang sedap makan dengan nasi putih. Tak perlu lauk lain. Sayur pun tak mahu sebab akan menghalang keenakan rasanya.... ahaks! Dapat kuah atau minyak Ayam Ungkep ini gaul dengan nasi pun dah cukup sedap!
Resipi Ayam Ungkep ada di sini:
- Sedapnya Ayam Masak Ungkep dengan Kencur!
- Resepi Ayam Ungkep Yang Mudah Tapi Sedap!
- Ayam Ungkep... Ayam Masak Ungkep!
- Sedapnya Ayam Ungkep!
- Ayam Masak Ungkep Style Jawa Johor
- Ayam Masak Ungkep Versi Seberang
- Ayam Masak Ungkep & Nasi Beras Kampung
- Ayam Hutan Masak Ungkep
- Buka puasa dengan Ayam Ungkep!
- Ayam Ungkep : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (KUALA LUMPUR / SELANGOR MONTH)
Biasanya kalau makan nasi waktu berbuka, nasi masih berbaki untuk makan sahur. Kali ini mungkin ada Ayam Ungkep, Fairuz menambah-nambah nasi. Kita pun sama dua kali lima! Nampak macam licin periuk nasi.
| Ayam Ungkep |
Sewaktu tumis perencah Ayam Ungkep, kita bersin dua tiga kali. Kita buka tingkap dapur. Tak dengar pula jiran bersin. Biasanya kalau masak asam pedas, jiran akan bersin. Mungkin asam pedas ada aroma belacan. Itu pasal jiran bersin tak henti-henti! Maknanya aroma asam pedas lebih kuat berbanding aroma ungkep.
| Salad Buah |
Kali ini Amie tidak sediakan salad campur, sebaliknya hidangkan salad buah sahaja. Kebetulan ada buah mangga udang gugur dan masak ranum, jadi potong-potonglah campur dengan buah lain dijadikan salad buah.
Buah-buah potong ini Amie tambahkan yogurt asli dan juga parutan keju cheddar.
Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan