Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid akan pulang ke Kuala Lumpur pada petang ini, Ahad 29 Mac 2026. Kelmarin kami bertolak dari LD ke Tawau dan menginap satu malam di LA Hotel. Seperti biasa kami santai-santai saja, tidak tergesa-gesa untuk terus ke Tawau Airport. Hendak rehat-rehat dahulu di Tawau.
Rancangan kami, pagi ini selepas sarapan di hotel kami akan ke pasar minggu. Bagaimanapun kami batalkan tujuan memandangkan cuaca panas terik walaupun hari masih pagi. Kami ambil keputusan untuk masuk semula ke bilik, boleh bermain-main dengan Hamzah. Encik Suami pula boleh sambung tidur sebab malam tadi berkali-kali masuk ke tandas, muntah-muntah. Katanya perutnya berasa senak selepas makan sayur kangkung di restoran.
Jom kita cerita Bawa Hamzah Jalan-Jalan Cari Makan di Tawau. Kelmarin, sebelum daftar masuk LA Hotel, kami singgah makan di Secret Recipe. Walaupun makan di tempat berhawa dingin, namun terik panas matahari dari luar masih terasa!
 |
Carrot Slice Chocolate Indulgence Seafood Spribf Roll Fried Wonton |
 |
| Amie - Spicy Seafood Medley |
 |
| Mata terpikat melihat Apple Citrus Pizz. |
 |
| Amie - Apple Citrus Fizz |
 |
| Kids Meat Ball & Mashed Potato |
 |
| Hamzah makan sendiri. |
 |
| Menu pilihan kami berlima. |
 |
| Firdauas - Buttermilk Chicken Chop |
 |
| Amie - Spicy Seafood Medley |
 |
| Encik Suami - Chicken Black Pepper |
 |
| Seafood Spring Roll & Fried Wonton |
 |
| Fried Wonton |
 |
| Carrot Slice - makan dengan Encik Suami. |
 |
| Chocolate Indulgence - anak-anak kongsi makan. |
 |
Lamb Pie
|
Sebelum keluar dari SR, beli dua biji lamb pie. Lama sungguh tak makan lamb pie. Setiap kali ke SR di LD memang tidak jumpa lamb pie seperti dulu.
Petang kelmarin, sambil sembang dengan Encik Suami sambil-sambil makan lamb pie dan hirup crysanthemum panas. Ada Instant Crysanthemum disediakan dalam bilik. Firdaus masak air dalam cerek elektrik dan kami minum persama. Sedapnya minum panas, sampai dua cawan Amie minum.
 |
| Alhamdulillah |
Sedapnya lama tak makan SR.
BalasPadamSedapnya...
BalasPadamwaahh pandai hamzah makan sendiri! betul tu walau duduk dlm econ tetap terasa bahang panas dari luar :(
BalasPadamComelnya Hamzah, makan sendiri.
BalasPadamLamb pie tu nampak menggoda betul. Sy nj masuk SR tahu beli kek je 🤭
BalasPadamSemoga selamat sampai ke destinasinya buat Abg Farid sekeluarga 🤲🏻
Pandainya Hamzah makan...sekejap aje dah besar...ssmoga abg farid satu family selamat sampai ke KL
BalasPadamLama dah tak pi menebeng makan kat SR. Comel je hamzah makan sendiri
BalasPadamTak perasan pulak ada lamb pie kat SR.
BalasPadamLamb Pie tu kena dengan minuman panas memang semakin bertambah sedap, kan.. Kak Amie.
BalasPadamMenu di SR memang tak mengecewakan, walaupun kedainya dah lama tapi makanan nya masih terjaga kualiti dan rasanya kan kak.
BalasPadamHamzah nak makan mana satu..pasti telur tu dia makan kan,.hehehe
BalasPadamLucunya Hamzah 😍😍😍😍. Gemaaaas liat dia makan sendiri.
BalasPadamSaya Juni nanti akan ke KL. Memang dah niat mampir ke SR. Rindu sangaaat makan di sini 😍😄. Sejak tutup semua cabang di Indonesia, memang hrs menunggu momen ke Malaysia baru bisa makan di sana