Pages

Ahad, 29 Mac 2026

Bawa Hamzah Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid akan pulang ke Kuala Lumpur pada petang ini, Ahad 29 Mac 2026. Kelmarin kami bertolak dari LD ke Tawau dan menginap satu malam di LA Hotel. Seperti biasa kami santai-santai saja, tidak tergesa-gesa untuk terus ke Tawau Airport. Hendak rehat-rehat dahulu di Tawau. 

Rancangan kami, pagi ini selepas sarapan di hotel kami akan ke pasar minggu. Bagaimanapun kami batalkan tujuan memandangkan cuaca panas terik walaupun hari masih pagi. Kami ambil keputusan untuk masuk semula ke bilik,  boleh bermain-main dengan Hamzah. Encik Suami pula boleh sambung tidur sebab malam tadi berkali-kali masuk ke tandas, muntah-muntah. Katanya perutnya berasa senak selepas makan sayur kangkung di restoran.

Jom kita cerita Bawa Hamzah Jalan-Jalan Cari Makan di Tawau. Kelmarin, sebelum daftar masuk LA Hotel, kami singgah makan di Secret Recipe. Walaupun makan di tempat berhawa dingin, namun terik panas matahari dari luar masih terasa!

Carrot Slice
Chocolate Indulgence
Seafood Spribf Roll
Fried Wonton

Amie - Spicy Seafood Medley

Mata terpikat melihat Apple Citrus Pizz.

Amie - Apple Citrus Fizz




Kids Meat Ball  & Mashed Potato

Hamzah makan sendiri.

Menu pilihan kami berlima.

Firdauas - Buttermilk Chicken Chop

Amie - Spicy Seafood Medley

Encik Suami - Chicken Black Pepper

Seafood Spring Roll & Fried Wonton

Fried Wonton

Carrot Slice - makan dengan Encik Suami.

Chocolate Indulgence - anak-anak kongsi makan.


Lamb Pie

Sebelum keluar dari SR, beli dua biji lamb pie. Lama sungguh tak makan lamb pie. Setiap kali ke SR di LD memang tidak jumpa lamb pie seperti dulu.


Petang kelmarin, sambil sembang dengan Encik Suami sambil-sambil makan lamb pie dan hirup crysanthemum panas. Ada Instant Crysanthemum disediakan dalam bilik. Firdaus masak air dalam cerek elektrik dan kami minum persama. Sedapnya minum panas, sampai dua cawan Amie minum.

Alhamdulillah



2 ulasan: