Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 06 Januari 2026 - Selasa.
Wak Aton beberapa kali ajak jalan-jalan tapi kita bagi alasan penat hendak berehat! Akhirnya tak sampai hati hendak tolak sebab Wak Aton sudah ada di depan rumah Bonda. Kata Wak Aton, marilah beli lauk untuk makan tengah hari. Dia hendak belanja, katanya.
Pada masa yang sama, entah kali ke berapa juga Bonda minta kita masak ikan keli. Sebelum kita jalan-jalan ke Jordan dan Palestine tempoh hati, ada juga Bonda minta tangkap ikan keli dalam kolam di belakang rumah. Sewaktu tinggalkan rumah bersama Wak Aton, riuhlah suara Fuad, Fairuz dan Firdaus menjaring ikan keli bersama Bonda.
Wak Aton singgah di warung yang terletak di Jeram. Tak ingat dah apa nama warungnya. Dibelinya asam pedas ikan pari. Katanya, Bonda suka masakan itu. Ditambah lagi dua ekor ikan keli goreng berlada. Yang ini memang tak sabar hendak makan dek aroma kencur yang menggoda! Kemudian Wak Aton tambah ikan siakap masak lemak cili padi. Disuruhnya Amie pilih sayur. Amie pilih sayur petola tumis air.
| Belulang Masak Lemak |
Dalam perjalanan balik, singgah di Pelosok Salai Bukit Kuching. Teringat Bonda suka makan belulang, kita pun beli belulang masak lemak dan juga sambal belacan.
| Sambal Belacan |
| Ikan Keli Masak Lemak |
Cukup tak lauk? Tanya Wak Aton. Kalau tak cukup kita singgah lagi di warung lain. Dan sampai simpan Bukit Cherakah, Wak Aton beli lagi lauk termasuklah ikan keli masak lemak, kerabu taugeh dan ayam goreng.
| Kerabu Taugeh |
| Ayam Goreng Sampai di rumah, Wak Niah sedang goreng ikan keli. Alhamdulillah. Tercapai hasrat Bonda hendak makan ikan keli peliharaan sendiri bersama anak cucu. Wak Niah goreng 12 ekor! |
| Ikan Keli Goreng |
Nampaknya tengah hari itu kami kenduri ikan keli. Ada ikan keli goreng, ikan keli masak lemak dan ikan keli goreng balado.
Kolam di dusun wak pun dah penuh ikan keli kampung. Tapi wak tak pernah tangkap atau makan ikan keli.
BalasPadamMemang betul² kenduri ikan keli ni Kak Amie :)
BalasPadamBelulang tu apa ye? Rasa macam sy tak pernah makan
Lauk ikan keli sahaja..hihi..kalau abang Mueez suka ikan keli masak lemak kencur.. tapi nak yang embah masak, ibu masak tak sedap katanya.. hahaha.. Linda pun sama macam PH.. tak tahu belulang tu apa.
BalasPadampertama kali dengar belulang tu. keli salai masak lemak sedap juga.
BalasPadamSedapnya nampak ikan keli masak lemak tu
BalasPadamBanyaknya lauk ikan keli. Ikan keli is my fav lagi² kalau masak lemak, Kak Amie.
BalasPadamIkan keli, di sini sebut ikan lele, salah satu yg saya sukaaaa. Kalau di Jawa tengah, ada kuliner ikan lele dimasak mangut.
BalasPadamAgak mirip dengan masak lemak juga. Tp ikan kelinya sudah di salai. Pedas, sedaaap.
Meriahnya semua menu kak, kerabu tauge tu sedap, ikan keli masak kencur sedap keli goreng pun ratahn je pun sedap
BalasPadamSedap ikan keli. Nak masak sendiri takut melompat ikannya sebab meletup dalam kuali.
BalasPadamBerselera tengok masakan Amie.
BalasPadamKeli goreng tu kalau goreng garing memang sampai ke ekor sedap di ratah..
BalasPadamMacam² kedai ya Wak Aton singgah beli lauk. Semua pun sedap. Pandai budak² tu tangkap keli kak.
BalasPadamAkak panggil belulang eh.. kat tempat kami panggil "kulit". Biasa mak tumis atau masak sambal tahun.
Iwak lele dgn kecur wow enak looor
BalasPadamBelulang masak lemak, nampak sedap nya
BalasPadamBelulang itu adakah kulit lembu ke apa ye? Sedapnya ikan keli. Meriah semua makanan yang ditapau
BalasPadam