Pages

Jumaat, 27 Februari 2026

Iftar 9 Ramadan 1447H - Pengat Labu Beras Pulut & Jagung Krim

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi 9 Ramadan 1447H. Semoga Allah terus permudahkan urusan ibadah kita untuk hari-hari berikutnya.

Apa juadah berbuka puasa hari ini? Amie masak Pengat Labu Beras Pulut & Jagung. Asalnya dari dua resipi yang berbeza tetapi kali ini Amie jadikan satu. Arwah MIL selalu masak pengat labu dengan beras pulut. Amie pula suka pengat labu dengan jagung krim atau jagung biji, ditambah sagu biji untuk memekatkan kuahnya. Oleh kerana teringin makan kedua-dua versi, jadi Amie buat sekali harung!

Resipinya ada di sini: Pengat Labu Menantu Pengat Labu Ibu Mentua

Minta maaf dulu ya!
Sesungguhnya pengat labu ini sangat sedap. Takut tak cukup buat sekali.
Dulu Amie gunakan labu manis tetapi hari ini Amie gunakan labu Jepun yang kecil comel itu. Kali ini 'terpekat' sedikit sebab walaupun sudah ada beras pulut dan jagung krim, Amie tambahkan juga sagu biji! Hendak tambahkan jagung biji pun boleh.


Pengat Labu Beras Pulut & Jagung Krim


Entri lama - Pengat Labu Jagung versi Menantu.



Entri lama - Pengat Labu Beras Pulut versi Mentua.

Pengat Labu Beras Pulut & Jagung Krim

Oleh kerana pengat agak pekat, Amie tambahkan air dan panaskan semula. Encik Suami bawa separuh ke kampung. Malam ini Encik Suami solat tarawih di kampung pula. Sebelum ini setiap malam bertarawih di masjid berdekatan taman perumahan.

Cucur Udang & Jagung

Sewaktu sedang goreng cucur udang berjagung, Firdaus yang baru saja pulang dari sekolah muncul di pintu jagung. 
Wah! Daus tahu Mommy buat cucur udang dengan jagung! 
Mana sayang tahu? 
Daus boleh hidu bau gorengan!

Cucur Udang & Jagung

Cucur Udang & Jagung ini tidak rangup tapi lembut. Seperti kebiasaannya, Firdaus akan makan bersungguh-sungguh. Bekas cucur licin terlebih dahulu berbanding juadah lain.

Salad Campur

Salad kali ini Amie campurkan baby butterhead, baby spanish, hirisan cherry radish, hirisan timun Jepun dan taburan buah raspberries.


Encik Suami kata tak perlulah gaul dengan apa-apa sos atau dressing pada salad. Kalau hendak makan boleh bubuh dalam pinggan sendiri dan tuang sos pilihan masing-masing.

Nasi Briyani Kari Ayam

Jiran sebelah rumah hulur juadah  nasi briyani lauk kari ayam untuk berbuka puasa. Alhamdulillah. Rezeki Allah. 

7 ulasan:

  1. Sangat lazat ni..alhamdulillah rezeki berbuka puasa..

    BalasPadam
  2. Pengat labu jagung krim macam sedap... Mau try buatlah... Ngam2 ada labu di rumah

    BalasPadam
  3. waahhh sedap2nyaaaaa nampak menu sis amie tambah2 cucur jagung tu!

    BalasPadam
  4. meriah menu berbuka serawa labu dgn pulut sedap sgt tu

    BalasPadam
  5. Pengat menantu & mertua bergabung.

    BalasPadam
  6. Ya Allah drooling langsung saya lihat pengat labu nya kak 😍😍😍😍😍.memang pasti sedaaaap. Manis lemak santan tuh , kombinasi yg buat nambah lah 😅😄.

    Cucur udang dan jagung pun, memang sesuai jadi takjil

    BalasPadam