Pages

Sabtu, 21 Februari 2026

Iftar 3 Ramadan 1447H - Sate Ayam

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ketiga berpuasa, rajinkan diri intai Bazaar Ramadan. Oleh kerana hari hujan, malaslah pula berpayung-payung dan bersesak-sesak dengan pelanggan yang ramai. Akhirnya bawa pulang sate ayam sahaja. Jadi, berbuka puasa dengan sate ayamlah kita hari ini.

Oleh kerana kuah kacangnya sedikit, Amie tambahkan kuah kacang baki makan dengan Cucur Udang Rangup kelmarin. Encik Suami, Fairuz dan Firdaus sukakan hirisan bawang, timun dan Amie potongkan nasi himpit. 

Sate Ayam & The Gang


Rindu pula hendak makan sate ayam yang dijual di Pasar Malam Batang Berjuntai.... ahaks! Sebenarnya kita rindu sate ayam orang dulu-dulu. Memang ada beza sate ayam dulu dengan sekarang. Ikut tradisinya sate ayam orang dulu berjumlah tiga ketul isi dan dua hiris kulit. Cucuk isi, diikuti kulit atau lemak, cucuk isi lagi diikuti dengan kulit atau lemak dan tutup hujung lidi dengan isi ayam.  Apabila dipanggang memang berlemaklah dan keluar minyak ayam yang cantik berkilat. Sate sekarang kebanyakannya hanya isi ayam atau dada ayam, jadi agak keras atau kering. Untuk melunas rindu, kenalah buat sendiri kan.


Amie didihkan sup cendawan dan panggang roti wholemeal. Anak-anak tak cerewet panggang roti tak buang kulitnya. Semua masuk perut.


Roti panggang sudah habis. Ada baki sup cendawan ayam. Balik solat tarawih nanti bolehlah Firdaus tolong panggang roti lagi dan panaskan sup cendawan. Encik Suami kata hendak makan lagi. Salad kegemarannya pun masih berbaki.

Salad Campur

Hari ini hidangan salad nampak gelap saja. Amie campurkan lettuce, red coral dan green coral salad, ditambah dengan hirisan timun Jepun dan buah blackberry. Walaupun banyak hidangan salad, tapi laju jew hilang dari pinggan sebab ada Kewpie Sesame Dressing!

Buah blackberry menjadikan taman salad berwarna gelap.


Amie teringin minun Air Mata Kucing atau Lo Han Kuo tapi yang tak berapa manis. Ramadan kali ini kami tidak sediakan jus buah seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau dulu jus buah terutamanya jus tembikai memang wajib! Setelah mengetahui kandungan gula yang tinggi, kami mula kurangnya pengambilannya. Maklumlah kalau tidak minum empat lima gelas memang tak berhentilah minumnya!

Amie tambahkan buah kurma merah, white fungus dan biji teratai dalam air rebusan Lo Han Kuo. Jumlah kiub Lo Han Kuo pun Amie kurangkan supaya tidak begitu manis. Ada beza Air Rebusan Lo Han Kuo yang biasa Amie buat dengan hari ini. Biasanya nampak pekat seperti gambar di bawah. Terasa manisnya kan? Hari ini hanya manis-manis manja seperti dalam gambar di atas. Sedap dihirup panas.

Air Rebusan Lo Han Kuo atau Air Mata Kucing memang sedap. Wangi! Entri berkaitan Lo Han Kuo di sini : Air Rebusan Kiub Lo Han Kuo : Minuman Untuk Buang Panas


Air Rebusan Lo Han Kuo ditambah White Fungus dan Kurma Merah.





12 ulasan:

  1. Selamat berbuka puasa.
    Nampak sedap2nyer.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...segar je nampak air Lo Han Kuo tu. Anak2 linda pun ok je makan tepi roti tu

    BalasPadam
  3. Salad campur tu nampak sangat la meriahhhhh :D

    BalasPadam
  4. Oh kalau sate di sini , terutama sate madura ,itu masih pakai kulit kak. Jadi tiap tusukan ada daging dan kulit. Makanya saya sukaa memang beli sate madura , sebab lebih juicy Krn ada kulitnya. Malah ada sate yg khusus kulit ayam saja 😅😅. Kadang saya beli kalau teringin sangat

    BalasPadam
  5. Kewpie Sesame Dressing memang penyelamat kak.. kami pun suka guna.
    Menarik betul blackberry tu.
    Kat sini masih ada sate ayam/daging yang ditambah lemak. Kalau semua isi memang rasa keras dan kering.

    BalasPadam
  6. Sedap-sedap tengok menu berbuka puasa kak Amie sekeluarga. Setuju, sate orang dulu, sedap kan, kak Amie. Kena ada lemak-lemak tu. Sup cendawan cicah roti pun sedap juga. 😋

    BalasPadam
  7. Nampak menyegarkan air rebusan mata kucing tu... Sy suka bahagian lemak /kulit ayam tu, sate rasa lagi sedap

    BalasPadam
  8. Belum jejak bazar lagi. Sedap pulak nampak semua menu.

    BalasPadam
  9. Sedapnya sate, sangat menggoda salad akak tu dengan buah blackebery seketul-seketul tu. Roti tu nampak ranggup sesuai buat cicah kan kak. Laicikang tu pun kalau dana suka sejuk2 baru segerrrrr

    BalasPadam
  10. Semalam pun kami buat air lo han kuo ni. Memula adik saya kata tawar sangat, pastu saya suruh tambah stevia. Dia terletak banyak pulakk. Manih leting airnya haha

    BalasPadam
  11. Semua iftar ni hebat..menyelerakan sekali..alhamdulillah..

    BalasPadam
  12. tempat sy ni tak ada jual sate... kalau ayam bakar ada laaa... hmmm teringin jg nk mkn sate

    BalasPadam