Pages

Khamis, 19 Februari 2026

Iftar 1 Ramadan 1447H - Bubur Lambuk Daging

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sempurnalah kita berpuasa  pada 1 Ramadan 1447H. Apa agaknya juadah berbuka puasa kawan-kawan?

Amie masak Bubur Lambuk. Masak gunakan slow cooker. Walaupun ada pressure cooker, tapi Amie pilih gunakan slow cooker sahaja. Mungkin dari zaman dahulu (anak-anak masih kecil) kalau masak bubur gunakan sloww cooker, jadi sampai sekarang masih gunakannya. Suka sangat aromanya yang lembut keluar dari lubang kecil penutupnya. Beras dan daging masak perlahan, keluar manis daging semula jadi dan bubur masak sempurna.

Amie masak Bubur Lambuk pada pukul satu dua petang dengan menekan butang 'high'. Kemudian biarkan masak sendiri sehinggalah pukul lima setengah petang. Amie tuangkan santan dan setelah nampak mula mendidih, Amie tutup suiz. Tunggu sehingga pukul enam petang untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa.

Bubur Lambuk Daging


Resipi Bubur Lambuk dari dapur Amie ada dalam entri di bawah ini:

Bubur Lambuk Daging


Entri lama - Bubur Lambuk Daging Rusa


Sempat juga sediakan salad. Amie panggang crouton tapi belum garing, azan maghrib sudah berkumandang. Tak sempat ambil gambar. Kami terus berbuka puasa.


Amie hanya tuangkan yogurt asli, minyak zaitun dan secubit garam Himalaya di atas salad atas permintaan Encik Suami.

Kurma Palestin

Kami mulakan iftar dengan memakan buah kurma yang dibeli di Jericho, Palestin akhir Disember 2025 yang lalu. Saiznya memang besar dan sedap! Alhamdulillah.





10 ulasan:

  1. Hujung minggu ni nak cuba buat la bubur lambuk jugak... terliur pulak tengok akak punya bubur tu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Sedap tengok bubur lambuk kak Amie. Saya tak pernah masak sendiri bubur lambuk ni. Salad tu nampak sedap, walaupun simple. Makanan sihat.

    BalasPadam
  3. Sedapnya bubur lambuk daging. Gambar semua on point sangat. Cuba Amie bagi tips macam mana nak rajin masak macam Amie ni

    BalasPadam
  4. jarang dengar bubur lambuk daging. selalu orang buat kosong je.
    alhamdulillah, sedap2 menu nya

    BalasPadam
  5. waahhh sedapnyaaaaa bubur lambukkkk di hari 1st ramadhan! salad pon melelehhh air lior singgah di tgh hari ni! salam ramadhan sis amie sekeluarga! :)

    BalasPadam
  6. Trakhir makan bubur lambuk zaman masih di penang lah kak. Memang sedaaaaap. Saya suka Krn ingat bubur kanji Rumbi dari Aceh. Kalau skr, tak akan ketemu seller yg jual bubur kanji Rumbi apalagi lambuk di jakarta 😅😅

    BalasPadam
  7. Bubur lambuk sedapnya. Tak jumpa lagi di bulan puasa ni. Nak masak tapi kurang rajin hehe.

    BalasPadam
  8. Sedap lah bubur lambuk.. pagi tadi sahur baru makan. Petang semalam mak buat untuk buka tapi tak sempat makan.
    Tak pernah ada slow cooker... mudah juga ya kalau nak reneh makanan.

    BalasPadam