Bismillahirrahmanirrahim.
Kami diberi peringatan oleh tour leader dan tour guide supaya menepati masa memandangkan perlu bergerak awal pagi ke Lapangan Terbang Sharjah. Penerbangan seterusnya dari Sharjah Airport ke Amman Airport Jordan dijadualkan pada pukul 08:20 pagi. Sewaktu turun di Sharjah Airport, kami hanya bawa beg sandang berisi persalinan untuk bermalam di hotel. Beg-beg kami tidak ikut serta, dan nanti kami akan ambil di Amman Airport.
Peringatan daripada tour leader : Ustaz Prof. Dr Azmil.
Assalamualaikum tuan/puan.
27/12/25 Sabtu (Sharjah)
5:00 am Breakfast di Hotel
5:39 am Masuk Subuh
5:50 am bergerak ke Airport
6:58 am Syuruk
7:35 am boarding time
8:30 am Fly to Amman
Semoga dipermudahkan urusan kita semua
Kami tiga beranak merupakan orang terawal yang sampai ke dewan makan. Amie sangka sudah tentu sarapan yang dihidangkan terdiri daripada menu Asia termasuk menu India dan Nepal sebagaimana yang terlihat pada gambar di sekitar cafe.
Sangkaan Amie meleset!
 |
| Barisan yogurt strawberi, yogurt asli, hummus dan jagung. |
Amie kenal menu sarapan Timur Tengah sebab ternampak:
 |
| Hummus |
Amie sudah biasa makan hummus. Hummus diperbuat daripada kacang kuda yang dikisar. Dicampur dengan minyak zaitun, tahini (pes bijan), bawang putih dan lemon. Teksturnya lembut seperti pes. Biasanya dimakan bersama roti Arab atau roti bun.
 |
| Arabic Bread Bun |
Arabic Bread Bun ini dimakan bersama hummus samada dicicah atau disapu. Roti ini juga boleh dinikmati dengan jem dan juga mentega.
 |
| Plain Yogurt |
 |
| Strawberry Yogurt |
 |
| Selamat pagi Sharjah! |
 |
| Minum segelas kecil jus nanas, |
Seperti biasa selain minum jus buah, Amie suka hidangan taman dalam pinggan. Ada salad, keju putih, jahung, hirisan timun, tomato, sos berkrim dan chicken mortadella. (Gambar atas).
Kemudian barulah Amie makan telur rebus, sebiji roti Arab dan roti bulan sabut (croissant) yang dioleh dengan madu dan mentega. (Gambar bawah).
Banyak pilihan sarapan di City Cafe. Amie ambil seadanya sekadar untuk alas perut di pagi hari.
 |
| Sedap kan dapat panggang roti kemudian sapu mentega dan jem. Dapat pula secawan teh atau kopi panas! Terus melekat di sini sampai terlupa hendak terbang ke Jordan. |
 |
| Jus oren dan jus nanas. |
 |
| Apa agaknya Firdaus pilih untuk sarapan? |
 |
| Tenang jew suasana di cafe. Maklumlah kami orang terawal turun sarapan. |
Menu sarapan lain yang tersedia.
 |
| Kacang Panggang dan Sup Cendawan. |
 |
| Sosej |
 |
| Telur Rebus & Telur Hancur |
Di sini kami direzekikan untuk bersarapan.
Mata terpikat melihat gambar lunch atau dinner.
 |
| Citymax Hotel lift. |
Selepas sarapan kami naik semula ke bilik untuk solat subuh dan mengambil beg.
Sempat bergambar di dalam bilik, duduk di atas kerusi yang cantik!
Sharjah tidaklah sejuk tetapi kami perlu bersiap sedia memakai baju sejuk sebab di Amman sedang mengalami musim dingin.
Wokey! Masa untuk terbang ke Amman.
Banyak pilihan menu sarapan tu.
BalasPadamDaus tu cedok betul2 ke berlakon ke...? hehehe
BalasPadamSebagai penyuka sayuran, yoghurt dan roti, saya pasti puaaaaas makan di sana. Sayuran, dengan yoghurt dan madu, itu saja dah sedap. Memang sukaaaa lah 🤩🤩🤩
BalasPadamBanyak juga pilihan sarapan. Kalau saya pun suka turun awal, jadi orang belum ramai.
BalasPadamJarang nampak Jus Nanas. Mesti sedap tu. Pilihan makanan juga banyak.
BalasPadambestnya breakfast diorang, banyak makan roti. geram tgok ada croissant tuu. yogurt strawberry pun nampak sedap.
BalasPadamsaya suka makan hummus cicah dgn roti arab :D
Geram kadang tenguk roti Macam2. Suka roti bulan sabit makan panas2
BalasPadamKalau SA un suka turun awal, masih banyak pilihan dan x perlu berebut kan..geram la tengok semua hidangan..Firdaus happy betul tu ha...
BalasPadam