Pages

Ahad, 1 Februari 2026

Aneka Pilihan Sarapan di Everly Hotel Putrajaya

Bismillahirrahmanairrahim.
05 Januari 2025 - Isnin.
Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat bersarapan bersama-sama semeja di Everly Hotel Putrajaya. Banyak pilihan sarapan di sini, dari menu ringan sehinggalah yang berat. 


Masih mengantukkah Hamzah? Sempat dia menguap waktu sarapan.







Menu pertama kita terkam sudah tentulah bubur nasi!


Selesai menikmati semangkuk bubur nasi, kita jalan-jalan lagi melihat menu lain yang dapat menawan selera.

Pelbagai biskut di dalam tin.

Ada pau di dalam periuk pengukus ini.




Sedap makan omellete panas-panas!


Banyak jenis roti.






Ada acar buah! Kalau ada nasi minyak memang ngam betul!








Ada bihun, ada mi kuning, ada kuetiaw. Bolehlah masuk mangkuk, bubuh aksesori dan sup.



Makan semangkuk bubur dan omellete rasa sudah kenyang sangat. Anak-anak suruh kita ambil nasi lemak. Katanya sambalnya sedap! Kita pun ambillah juga sesudu dua nasi lemak, ambil seketul rendang ayam dan sambal.

Betul, memang sambalnya sangat sedap! Hendak menambah, tapi tiada lagi ruang dalam perut hendak disumbat! 


Sebelum makan nasi lemak, perut sudah disumbat dengan kentang  panggang, jagung dan kacang edamame. Ditambah lagi dengan sup cendawan dan teh panas. Tidak ketinggalan jus jambu batu hijau!

Alhamdulillah.
Rezeki Allah, rezeki anak cucu.





12 ulasan:

  1. Aiiiih banyaaak sangat variannya 😍😍😍😍. Confirm lah, kalau menginap lahh di Putrajaya, saya nak menginap di sini.

    Aneka rotinya itu kak Amie, secara saya memang sukaaa dengan roti. Lebih suka ini pun drpd nasiπŸ˜„.

    BalasPadam
  2. wah mewah meriah menu lazat pilih saja yg teringin

    BalasPadam
  3. Suka buffet breakfast Everly terlalu banyak pilihan.

    BalasPadam
  4. Sedapnya buffet spread Everly ni. Tak dapat nak duduk hotel ni sebab dekat dengan rumah 😞😞😞

    BalasPadam
  5. Memang beraneka jenis buffet nya tu.
    Bubur dan omelette tu memang priority bila breakfast kat hotel.

    BalasPadam
  6. Meriah hidangan nya.. memang banyak pilihan..

    BalasPadam
  7. Meriah tengok semua menu sarapannya kak... kene jamah sikit-sikit nak merasa sebab nampak sedap heheheh

    BalasPadam
  8. Meriah betul pilihan menunya.. Siap ada biskut dalam tin.. best ni..

    BalasPadam
  9. Biskut dalam tin tu rare. Kalau makan kat hotel mata rambang tenguk rasa macam nak rasa semua.

    BalasPadam
  10. Breakfast spread di Everly Putrajaya memang meriah. Rambang mata nak makan apa

    BalasPadam
  11. sedapnya menu hotel. tak pernah lagi makan buffet kat sini, macam2 menu ada

    BalasPadam
  12. tudiaaaa...meriah sungguh kak..kalau SA ni x tau la boleh cuba banyak ke tak..perut jenis sekejap aje dah full rugi pi buffet

    BalasPadam