Pages

Sabtu, 31 Januari 2026

Anak-Beranak Makan Malam di Oriental Kopi, Alamanda Mall Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim.
Ikutkan hati malas hendak keluar dari bilik hotel. Memikirkan bukan selalu dapat berkumpulanak-beranak, maka kita pun bergegas bangun dari katil bersiap-siap ke Alamanda Mall. Kata Abang Farid, jalan kaki sahaja dari Everly Hotel.

Anak-anak memilih Kedai Kopitiam iaitu Oriental Kopi. Sesampainya di situ, kena berbaris pula menunggu giliran. Ketika berbaris sempat belek-belek katalog menu. Nampak ada Pandan Egg Tart, rasa teringin pula. Maka, bersabarlah menunggu dipanggil masuk. Beberapa minit kemudian, dapatlah giliran masuk. Duduk semeja untuk lapan orang.

Fuad : Eight Tresure Herbal Tea

Video kenangan makan malam di Oriental Kopi Alamanda Mall.

Banyak pilihan makanan yang ditawarkan. Semua yang kami pesan ada belaka. Alhamdulillah.


Antara egg tart di atas dan di bawah, pilihlah yang di bawah sebab belum pernah rasa Pandan Egg Tart.

Pandan Egg Tart

Fuad dan Fairuz sempat menyelinap keluar beli aiskrim sementara pelayan restoran menyiapkan makanan kami.

Inilah antara makanan pilihan kami anak-beranak.


Abang Farid : Malay Fried Chicken




Encik Suami & Aseeyah sama selera : Oriental Chicken Hor Fun

Lada Kicap, pelengkap Oriental Chicken Hor Fun.

Firdaus : Dry Noodle

Semangkuk sup, pelengkap Dry Noodle


Amie : Mi Rebus

Tambahan : Egg Kayo Toast

Fairuz : Nanyang Curry Chicken Rice



Minuman / manisan / dessert yang dipesan:


Beli enam biji Pandan Egg Tart, dapat percuma satu.

Pandan Egg Tart

Ingatkan Pandan Egg Tart ini saiz biasa, rupanya nesar gedabak! Kami hanya dapat habiskan dua biji sahaja. Selebihnya minta bungkus, bawa pulang.

Baki lima biji Pandan Egg Tart ini boleh dimakan dalam bilik kalau perut rasa lapar!


Ketika menulis entri ini terbayang-bayang keriuhan anak-anak di meja makan. Terngiang-ngiang suara gurau senda mereka. Allah.... sampaikan rasa rinduku buat mereka.



7 ulasan:

  1. Saya sukaaaa menu2 di oriental coffee iniiii. Waktu itu makan di IOI city mall kak. Egg tart nya memang best. Tp yg pandan saya belum coba. Saat saya DTG, belum ada. Aduuuh masih kebayang sedapnya makanan di sana.

    Dan memang porsi dia besar2 yaaa 😁

    BalasPadam
  2. Wow! menarik semua sajian..aiscrem tu luar biasa bentuk nya..ni lah Malaysia Kini seba ada juga makanan..alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. Pandan Egg Tart tu nampak sedapppp :D

    BalasPadam
  4. Seronok dapat berkumpul anak beranak ye. Baru perasan anak2 Amie kesemuanya boy ye? Cie pula 2 orang gegirl. Viral juga oriental kopi ni selalu ramai beratur kat depannya.

    BalasPadam
  5. Nyumssss nampak sedap pulak Hor Fun tu. Makan dengan cili kicap lebih kick la Amie.

    BalasPadam
  6. Tapi kan....Oriental Kopi ni kat mana2 selalunya beraturnya panjang.

    BalasPadam
  7. Sedapnya tengok ais krim tu... Memang seronok kalau dapat berkumpul anak beranak.

    BalasPadam