Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita di kampung laman. Kami tidaklah jalan jauh sehingga ke rumah Abang Farid di Tronoh, Perak atau ke tempat Fuad di Desaru, Johor. Hanya berputar-putar di sekitar Puncak Alam atau Kuala Selangor sahaja. Wak Aton datang ajak jalan pun kita tak ikut sebab hendak simpan tenaga bermusafir pada hari Jumaat nanti. Ke Puncak Alam pun hanya untuk membeli barang dapur dan juga mendobi pakaian. Selebihnya hanya duduk di rumah, bersihkan sekitar rumah Bonda.
Sedih jugalah melihat segala tanaman mati sebab banjir melanda dan tanah bergenang air selama dua minggu. Pokok pisang, serai dan lain-lain musnah. Bonda kata pokok cempedak nangka yang Encik Suami tanam pun mati. Yang sedihnya, kata Bonda pokok itu sudah besar, subur dan mula berputik. Tak apalah. In syaa Allah ada rezeki nanti boleh tanam lagi. Tak sempat pula melihat tanaman lain seperti pokok petai, pokok limau, jambu dan lain-lain. Pokok pandan elok pula, hidup subur tak terjejas.
Itulah antara kesan pembangunan di Puncak Alam. Kampung kami bukan sahaja dipenuhi dengan monyet, tetapi apabila hujan, banjir turut melanda! Bonda selalu berkata : Dulu tidak pernah berlaku banjir tetapi sejak Puncak Alam dibuka, tempiasnya sampai ke kampung kami!
Okey, cerita tentang masak-masak pula. Wak Niah biasanya akan sediakan sarapan, tetapi pada hari ketiga Amie pula yang masuk dapur. Tiga hari lepas Wak Kanang hantar sebungkus mi kuning 500 gram. Katanya, dapat dari rumah orang kahwin. Bonda kata, orang sekarang macam-macamlah hadiah yang diberi untuk tetamu. Setakat ini yang Amie lihat di kampung kami ada door gift seperti kicap, sos, bihun, beras dan macam-macam lagi. Kali ini dapat mi kuning pula
Melihat mi kuning tidak diusik, Amie pun gorenglah untuk dijadikan sarapan. Goreng cucur udang dengan jagung juga.
| Cucur Udang dengan Jagung |
Sewaktu ke LOTUS Kuala Selangor, nampak udang saiz kecil sudah dibuang kulit. Kelihatannya masih segar dan harganya pun murahlah pula, RM29.90. Belilah tak sampai sekilogram. Bolehlah separuh dibuat cucur udang campur jagung. Nenek dan Wak Niah baru makan beberapa ketul, Firdaus pula yang habiskan satu bekas... ahaks! Lama sungguh Amie tak buat cucur begini.Agaknya Firdaus rindu hendak makan.
Separuh isi udang Amie simpan untuk dibuat cucur lagi memandangkan Abang Farid akan sampai dari Tronoh pada hari Rabu malam Khamis. Bolehlah Abang Farid makan cucur air tangan kita.
| Mi Goreng Kerang |
Kita sempat juga jalan-jalan ke Pantai Remis kononnya hendak mencari telur ikan mayong. Belilah juga isi kerang dan isi lala. Isi kerang sempat dimasak bersama mi goreng, tapi lala tak sempat dibuat jemput-jemput.
| Asam Pedas Telur Ikan Mayong |
Pada mulanya telur mayong ini Amie hendak masak asam pedas. Mentarang pula Amie hendak masak lemak cili padi. Entah macamana, berubah fikiran pula. Apabila melihat banyak perencah asam pedas yang ditumis, terfikir pula untuk dibahagi dua. Maka, jadilah Asam Pedas Telur Ikan Mayong dan Asam Pedas Mentarang.
Sebenarnya malas hendak sediakan bahan untuk masak lemak cili padi... ahaks!
Isi mentarang pun tak banyak walaupun beli dua kilogram. Sewaktu Amie rebus mentarang, Bonda dan Wak Niah ambil dan makan dengan air asam. Dari dulu memang kami hanya rebus dan cecah air asam sahaja untuk menikmatinya.
| Asam Pedas Mentarang |
| Cucur Udang dengan Jagung |
Alhamdulillah. Dapat buat cucur udang dengan jagung sekali lagi pada pagi Khamis. kali ini Firdaus dengan Abang Farid pula yang berebut makan. Siapa tak suka cucur udang campur jagung? Kalau ikutkan selera, kita pun nak berebut makan juga.... ahaks!
Best ssmua makanan tu kak Amie..asam pedas mentarang...wah..first time nampak..mesti sedap jugak tu...sayangnya banyak tanaman musnah akibat banjir
BalasPadamseperti selalu, masakan kak amie mmg sedap dan mengoda terutama telur ikan mayong. lama tak makan
BalasPadamSemua sangat sedap Kak Amie tapi Asam Pedas Telur Ikan Mayong dan Asam Pedas Mentarang paling menambat mata sebab tak pernah makan. Nak nya rasa.
BalasPadamSama lah kat rumah kg saya amie masa mula2 MRSM di bina dengan ada taman perumahan di buat berhampiran. Kalau banjir tanah kuning dari bukit yang sampai kat rumah kita orang. Bertahun-tahun tanah kuning tu jadi tanah depan rumah sampaikan masa buat rumah batu bila di kaut tanah nak bina beam tudia nampak dia punya tinggi lapisan tanah kuning dari bukit setelah bertahun-tahun. Alhamdulillah sekarang kawasan rumah tak banjir tapi kebun belakang kena juga kesannya sebab rendah.
BalasPadamWaduh dapat telur ikan mayong sedapnya dibuat asam pedas. Mentarang pernah makan sekali maa jjcm pi sekincan. Tapi kalau kat muo kupang yang di rebus dan cecah sambal kicap. sedap.
BalasPadamAirtangan ibu, siapa tak berebut Kak? Hehe...
BalasPadamBerjaya juga Akk cari telur ikan mayong tu ye 👍🏻
sampai ke sini rasa nak berebut juga makan cucur udang campur jagung..nampak sedapnya la haii
BalasPadamBila balik kampung memang seronok kan kak...walaupun sekejap tapi dapat jugak memacam makanan kak. Telur mayong tu paling terbaik la kak... dengan mentarang tu alahai sedapnya
BalasPadamBila ada pembangunan di kawasan sekitar yang bagusnya kampung pun dapat manfaat... dekat dengan semua access dan kemudahan. Tapi yang tak bestnya ada lah side effect macam banjir bila kampung lebih rendah dari bandar yang dimajukan.
BalasPadamWahhh sedapnya menu2 nya
BalasPadamSeronok masak2 dan mkn ramai2
Allahuakbar sedihnya bila terkesan banjir musnah tanaman :(
BalasPadamsedap-sedapnyaaa menu, cucur jagungggg tu sedapnyaa!
Bila banjir begitu lah.. kalau dpt diselamatkan alhamdulillah kalau tidak redha.. syg la tanam pokok bukan seminggu dua kan.. bertahun.. insyallah ada rezeki di lain waktu.. sedap semua makanan tu.. 🤤
BalasPadamsedapnya asas pedas mentarang n cucur jagung feveret tu sama selera dengan Daus...Selangor rancak pembangunannya...masalahnya banjir kilat pulak akibatnya
BalasPadamSedap tengok dua-dua asam pedas tu.
BalasPadamSedih bila tanaman rosak akibat banjir.
sedap2 semua menu tu. mentarang tu nampak sedap. hari tu try sekali makan mentarang di sekinchan.
BalasPadamarghhh sedapnyaaaaa asam pedas telur ikan mayonggggg dpt cicah dgn roti canai lg ummhhh
BalasPadamMain masak2 ..tetapi semuanya yang terhidang bukan mainan ya, sungguh hebat memasak..
BalasPadamSemuanya sajian lauk pauk yang hebat..ini memasak bukan main2 mengenyangkan..
BalasPadamHebatnya sajian makanan yang mengujakan. Pasti kenyang makan,
BalasPadamSajian yang sangat hebat ..alhamdulillah rajin memasak anak-anak sayang..
BalasPadamAiiih efek dari banjir ya kak.. semoga nanti bisa tanam lagi dan berbuah lebih lebat.
BalasPadamSaya amazed dengan gift nikah di Malaysia, kalau baca tulisan teman2 mostly isinya bahan makanan. Macam beras, kecap, mie kuning etc.
Beda sangat dengan di sini. Rata2 benda. Ntah itu sendok garpu set, tempat tisu, handuk, parfume etc.
Suka juga kalau dpt bahan makanan. Bagi saya pasti dipakai. Tak mubazir