Pages

Khamis, 4 Disember 2025

Terbau Aroma Roti Sedang di Panggang Dalam Ketuhar!

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang ini mendung. Suhu rendah dan sudah tentu rasa sejuk walaupun berada di dalam rumah. Tiba-tiba rasa rindu pada kenangan lalu! Rindu suasana riuh rendah anak-anak bermain, berkelahi dan berebut makanan! Terkenang diri ini selalu jadi harimau, kadang bertukar jadi singa apabila berhadapan dengan pelbagai karenah anak-anak. Namun itu semua hanya tinggal nostalgia yang tak mungkin akan berulang kembali.

Belek-belek cerita lama dari dapur maya, terjumpa entri tentang roti hasil air tangan sendiri. Tak semena-mena terbau aroma roti sedang di panggang dalam ketuhar. Ketika sejuk-sejuk begini memang enak sungguh menikmati roti yang panas dari oven sambil menghirup secawan kopi!

Dulu, ya dulu memang lincah di dapur. Cergas masak itu dan ini. Apa sahaja yang terhidang di meja terus licin tak tinggal baki. Anak-anak sedang membesar. Apabila makan tidak memilih asalkan kenyang.

Dan di antara makanan itu termasuklah dua jenis roti yang dihasilkan oleh tangan sendiri iaitu:

Firdaus ketika ini berumur empat tahun.


Nyaman bah dapat menikmati Roti Inti Kacang Hitam! istimewanya kerana baru keluar dari oven. Ditambah pula dengan secawan minuman panas. Memang tak tolak tepi,

Roti Inti Kacang Hitam

Firdaus menjadi orang pertama mencicipi Roti Inti Kacang Hitam!

Roti Inti Kelapa

Selain Roti Inti Kacang Hitam, Amie pernah buat Roti Inti Kelapa. Roti Inti Kelapa memang tak boleh dilupakan kerana ia hadir dalam hidup sejak kecil lagi.



Ada orang tak sabar hendak makan Roti Inti Kelapa apabila melihat roti dikeluarkan dari oven. Tak lain tak bukan budak kecil Firdaus di bawah ini.


Sebenarnya roti masih panas lagi!


Dia tak sabar hendak makan! Terus dia gigit nak cari intinya.

Akhirnya dia kopek roti sebab nak cari intinya!

Ini dia Roti Inti Kelapa.

Bilalah lagi hendak makan roti baru keluar oven di kala petang yang dingin sambil menghirup minuman panas?



Semua kenangan itu sudah lama berlalu namun tetap kekal di hati.

Roti Inti Kelapa

11 ulasan:

  1. Cantik sungguh rupa roti hasil air tangan kak Amie. Menyelerakan 😋
    Comelnya Daus, tambah comel dengan gelagatnya mencari inti 😄

    BalasPadam
  2. Comel nya Firdaus. Roti Kak Amie cantik gebu nya.

    BalasPadam
  3. Tunggu pencen bolehlah meroti balik.
    Kali ni mungkin untuk cucu2 pula.

    BalasPadam
  4. menjadi roti dia. paling takut nak cuba buat roti

    BalasPadam
  5. Mesti sedap dengan aroma roti baru kuar oven. Comel pulak bila tenguk firdaus mencari inti kelapa.

    BalasPadam
  6. Cantik kejadian roti tu kak..comel jugak firdaus kecik2..montel...

    BalasPadam
  7. Bila anak-anak dah besar ni pastinya akan merindui zaman dorang kecil. Kecoh rumah.
    Best tu dapat meroti sendiri. Bau dah masak tu best betul. Cantik hasilnya roti kak Amie buat. Suka roti kacang merah. Makan panas-panas lagilah sedap dan lembut. Rasanya sekarang ni macam dah kurang roti inti kelapa. Comelnya Firdaus zaman kecil ni. Kenalah jadi model mommy.

    BalasPadam
  8. Comelnya Daus... teringat dulu dana pun rajin buat roti, siap sempat menjual lagi tapi sekarang bila dah lama tak meroti, semua dah lupa camne sukatan apa semua. Skill dah makin hilang

    BalasPadam
  9. Makkkaihhh... macam kat cafe..
    Aishhhh.... comelnya kamu Firdaus.

    BalasPadam
  10. Ingat mama pula jadinya. Zaman saya kecil, mama sering buat roti begini kak. Isinya coklat , keju dan kelapa manis. Tp duluuuu ya saya tak suka isi kelapa. Pasti tak saya makan. Akan cari yg coklat dan keju saja.

    Eh dah besar sekarang, saya jadi suka.. mungkin Krn mengingat kan saya dengan mama

    BalasPadam