Pages

Khamis, 18 Disember 2025

Menjejak Budaya Islam di Madrid : Centro Cultural Islamico de Madrid

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun tempat lawatan kami di Sepanyol banyak memaparkan tinggalan dan kesan sejarah Tamadun Islam, namun kali ini hati rasa sangat teruja apabila dibawa menjejak budaya Islam di Madrid iaitu Centro Cultural Islamico de Madrid.

Pintu masuk ke Centro Cultural Islamico de Madrid.



Rasa teruja sangat melihat bangunan Centro Cultural Islamico de Madrid dari dalam bas. Pusat ini terletak di  Calle de Salvador de Madariaga, Madrid, Sepanyol


Centro Cultural Islámico de Madrid atau Centro Cultural Islámico y Mezquita de Madrid ialah sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid utama di Madrid, Sepanyol dan merupakan salah satu institusi Islam yang paling penting di negara itu. 


Centro Cultural Islamico de Madrid dibuka pada 21 September 1992 dan dianggap sebagai institusi budaya Islam terbesar di Sepanyol. Bangunan ini juga dikenali sebagai Mezquita de la M30 kerana lokasinya di sebelah lebuh raya M-30 yang sibuk. 


Pusat ini bukan hanya masjid untuk ibadah, tetapi juga sebuah pusat budaya dan pendidikan dengan pelbagai fungsi: 
Senibina dalaman diinspirasikan oleh Alhambra di Granada dan menara bangunannya ialah salah satu yang klasik di Sepanyol. Dekorasi luar bangunan dihiasi dengan marmar putih dari Almería

Tempat solat jemaah wanita.

Di sini kami berpeluang menunaikan solat jamak taqdim zohor dan asar.



Fasad atau dekorasi luar bangunan yang dihiasi dengan marmar putih dari Almeria.


Alhamdulillah. Walaupun Tamadun Islam di Andalusia yang hebat telah berabad ditimbus sejarah, namun wujudnya pusat ini sering menjadi tempat pertemuan budaya dan dialog antara komuniti Islam dan bukan Islam, serta menyediakan ruang pendidikan dan sosial untuk masyarakat tempatan dan pelawat. 

4 ulasan:

  1. Cantik masjid, tak sempat kami ke sini.

    BalasPadam
  2. cantik masjid ni. syukur juga walaupun tamadun islam di sana dah tiada, tapi mereka tk robohkan rumah ibadat islam ni kan

    BalasPadam
  3. Putih bersih bangunan tu bila menggunakan marmar putih.

    BalasPadam