Pages

Jumaat, 12 Disember 2025

Makan Tengah Hari di Dee Stove

Bismillahirrahmanirrahim.
Sibuk betul Firdaus minggu ini mengikuti latihan persembahan di sekolah agama dan sekolah kebangsaan sempena pelbagai majlis di akhir tahun. Kelmarin pagi Firdaus bergraduasi di sekolah agama dan pagi tadi hadir untuk terima anugerah di sekolah kebangsaan pula. Kita pula tidak menang tangan menyiap pelbagai laporan sepanjang tahun bertugas di ladang

Firdaus kata perutnya lapar  dan kami bawa ke Dee Stove yang terletak di First Palm City Centre LD. Sebenarnya kita tak berapa selera untuk makan. Mungkin sangat penat menyiapkan pelbagai tugasan untuk ladang. Kami memesan:

Makan tengah hari di Dee Stove.


Firdaus - Ramyeon Spicy Chicken

Encik Suami - Nasi Ayam Mangga Ala Thai

Sup yang didatangkan bersama set Nasi Ayam Mangga Ala Thai.


Tom Yam Campur

Ada hirusan ayam dalam Sup Jagung.

Wantan Goreng

Firdaus - Green Tea

Amie & Encik Suami - Lemon Tea

Amie memilih Tom Yam Campur dan Sup Jagung. Tom Yam itu sedap, tapi Amie hanya hirup kuahnya sahaja. Sup jagung pun sedap, tapi hanya luak sedikit sahaja. Akhirnya Amie minta bungkus kedua-duanya dan bawa pulang ke rumah. Petang tadi goreng cucur bawang dan panaskan sup jagung serta tom yam. Sedap pula apabila makan di rumah!

7 ulasan: