Pages

Rabu, 10 Disember 2025

Indian & Arabian Cuisine - Al Falah Fouz Banana Leaf

Bismillahirrahmanirrahim.
Penat jugalah asyik berjalan kaki di bandar Sandakan. Akhirnya Encik Suami keluarkan juga kereta dari tempat letak kenderaan, memandu keluar dari bandar Sandakan menuju ke Batu 7. Kononnya hendak ke MYDIN, jalan-jalan ke situ memborong apa yang patut.

Sebelum masuk MYDIN, kami singgah makan dahulu di Al Falah Fouz Banana Leaf yang menyajikan masakan India dan Arab.

Indian & Arabian Cuisine

Mula-mula kami dihidangkan dengan minuman Teh Arab Pudina percuma.


Kami memesan:
Jus Epal & Jus Oren

Pani Puri

Chicken Hyderabd Biryani - Couple Set RM48.00

Hidangan Makan Malam

Kedua-dua jus buah ini kami minta  tidak ada penambah rasa gula.

Bismillah

Chicken Hyderabad Biryani


Rasa selesa sangat makan di Al Falah Fouz Banana Leaf. Ruang makannya luas, bersih dan kemas serta layanan mesra para pekerja di situ sangat memuaskan. Hidangan pun cepat sampai. Sebelum kami bayar di kaunter, petugas kaunter tunjukkan jenis dan harga makanan kami di skrin komputer. Alhamdulillah. Ini merupakan cara yang sangat bagus kerana semuanya ditunjukkan dengan jelas dan sudah tentulah selepas itu tiada apa-apa pertikaian tentang bayaran. Kesemuanya berjumlah RM82.20 sen.

Selepas itu barulah kami menuju ke MYDIN, tidak jauh dari restoran. 

1 ulasan:

  1. Sedapnya pani puri tu. 1st time makan anak buah buat memang sedap rupanya patut la viral.

    BalasPadam