Pages

Sabtu, 22 November 2025

Tetap Bersama Dalam Lapar dan Kenyang!

Bismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin ada sambutan Majlis Apresiasi 2025 di ladang kami. Seperti biasa, dalam banyak-banyak tugas yang diberi Amie termasuk dalam AJK Makanan bersama dua orang lagi penoreh. Tiada peruntukan diberikan. Jadi, pandai-pandailah kami mencari sumber, dan mengurus bahagian kami.

Pengurus ladang mengingatkan supaya kami memakai pakaian unit beruniform masing-masing. Aduhai, kenalah berhati-hati mengurus makanan dengan berpakaian putih begini! Takut terkena sambal pula.

Gambar kenangan 2024 & 2025.

Nasi Lemak Sambal Udang


Alhamdulillah, walaupun tiada sebarang peruntukkan namun rezeki Allah tak siapa mampu menolaknya, dan hadirnya pada masa yang tepat dan tidak salah alamat. Ramai yang memberi sumbangan samada dalam bentuk wang, makanan dan sebagainya. Bukan kami para penoreh getah sahaja, tetapi termasuk AKP dan juga pekerja pembersihan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki buat semua.

Jom kita kita apa menu yang kami nikmati bersama.

Kuih Cara Berlauk

Popia Sira


Salad Macaroni

Talam Keladi

Karipap

Kek Sarang Semut


Ayam Sambal Kacang

Mi Goreng

Bihun Goreng

Telur Goreng Mata

Tembikai


Agar-Agar Gula Melaka


Nescafe Susu

Inilah hasil sumbangan bersama. Meriah jugalah meja sarapan kami pagi kelmarin dengan pelbagai menu yang dibawa. Terima kasih semua.

8 ulasan:

  1. sedapnya cara berlauk tu. Nak kena try buat juga nanti... Ye lah kan.. Rezeki Allah dah susun yang terbaik untuk setiap hambaNya

    BalasPadam
  2. Semuanya sedap, dan lebih sedap karena dimakan bersama2 ❤️❤️👍. Cara berlauk itu yg paliiing saya favoritkan 😄❤️

    BalasPadam
  3. Mencabar tu nak jaga baju putih dalam menguruskan hal makanan. Cantik bergaya kak Amie beruniform pengakap.
    Alhamdulillah ramai yang memberi sumbangan. Dapatlah rasa pelbagai jenis makanan yang ada. Kita pulak terliur tengok makanan yang ada yang dah lama tak makan.

    BalasPadam
  4. Semuanya sedap.
    Mencabar juga nak makan bila pakai baju putih ni.

    BalasPadam
  5. Bila kata tiada peruntukan... pandai² lah ya.... nahhhh.. sekali penuh meja.

    BalasPadam
  6. amboiiii segaknyaaa diaaaa....

    fuhhh boleh rambang mata ni
    tak tahu nak pilih yang mana satu
    semuanya sedap sedappppp

    BalasPadam
  7. alhamdulillah, walaupun tiada peruntukan. tetap ada rezeki yg disumbangkan dri bentuk makanan dari sumbangan. semuanya sedap!

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Smart lah Cikgu Amie bila dah beruniform ni. Tabik hormat

    BalasPadam