Bismillahirrahmanirrahim.
Lama rasanya tak masak di dapur. Beberapa hari lepas singgah di rumah PUAN HAZEL. Terliur tengok sambal kuinin air tangan Puan Hazel. Teringat sudah beli buah kuinin lima biji tapi tak sempat dibuat sambal, habis licin buah kuinin dimakan, hanya tinggal bau di dapur. Dua hari lepas beli lagi tujuh biji buah kuinin. Kononnya kelmarin hendak masak nasi dan buat sambal tapi disebabkan balik lewat dari ladang sebab menghadiri mesyuarat, tak jadi masak di dapur sendiri. Makan saja di luar.
Hari ini buah kuinin tujuh biji sudah hilang tiga biji. Jadi, memang nekad hendak masak di dapur sendiri walaupun balik lewat juga dari ladang. Petang ini mesti jadi buat sambal kuinin!
| Makan nasi panas dengan ikan goreng daun kari dan sambal kuinin. |
Ada hari-hari tertentu, kita tak perlukan lauk complicated untuk rasa puas makan tengah hari. Cukup sekadar nasi panas baru diangkat, sambal kuinin masam manis pedas wangi, dan ikan yang digoreng bersama daun kari. Simple. Tapi rasa dia menikam terus ke otak menerjah memori di kampung.
| Buah kuinin yang dibeli dua hari lepas. |
Sambal kuinin ini adalah antara sambal paling rare dalam dunia sambal Melayu. Rasa dia lain daripada mangga muda, lain daripada epal hijau dan lain daripada tempoyak. Kuinin ada aroma kuat, yang bila digabung jadi sambal berhantu dan sesuai digandingkan dengan ikan bakar, ayam bakar atau nasi panas baru dikaut dari periuk.
Rasanya ramai generasi baharu terutama Gen Alpha tak pernah rasa, sebab kuinin bukan buah yang selalu muncul di pasar harian biasa |
| Sambal Kuinin |
Sambal Kuinin ini Amie tambahkan sedikit belacan, setangkai cili hijau dan cili merah, 15 tangkai cili padi, bawang merah, garam, gula dan perahkan sedikit limau nipis untuk terbitkan rasa sedikit masam.
Selain Sambal Kuinin dan Ikan Goreng Daun Kari, Amie tambahkan Sayur Peria Goreng Telur Masin dan Ikan Jenahak Masak Singgang. Firdaus bersungguh-sungguh minta masakkan sayur peria. Ikan masak singgang itu Amie sengaja masak untuk hirup kuahnya.
| Ikan Jenahak Goreng Daun Kari |
Idea goreng ikan dengan daun kari ini Amie perolehi dari Banda Acheh. Di sana Amie ternampak ikan goreng dengan daun kari sewaktu sarapan di hotel. Ayam goreng pun banyak dibubuh daun kari.
| Singgang Ikan Jenahak |
Agaknya lama tak masak di dapur sendiri, jadi terujalah nak masak macam-macam lauk. Amie goreng ikan jenahak dengan daun kari, masak lagi ikan jenahak singgang. Kedua-duanya sangat sedap! Kedua-duanya juga Amie hendak makan serentak. Jadi mana satu yang hendak dinikmati bersungguh-sungguh?
| Bismillah |
Terliur pulak tengok menu akak. Sambal kuinin tu pembuka selera betul la.
BalasPadamSedapnya sambal kuini..mana plak SA nak cari kuini kat sini...
BalasPadamDua tempat dah ni, nampak sambal kuinin, di rumah PH dan Kak Amie. Sedap ni, rasanya dah bertahun saya tak makan sambal kuinin. 😋
BalasPadamMenu yang super nih
BalasPadamMungkin kalau di kampung saya namanya mangga kueni
Sesuai sangat regu sambal kuinin dengan ikan goreng.
BalasPadamBagusnya Daus pandai makan peria.
Wah dah berjangkit ke LD dah sambal kuinin ahaha...
BalasPadamAroma kuinin ni unik. Antara kuinin dan macang/bacang, Sy pilih kuinin. Macang ada rasa gatal² di lidah tapi kuinin tidak. Nak beli lagilah, nak makan begitu saja 😋
Sukanya sambal kuinin ni.....
BalasPadamuishh.. terasa-rasa bau sedap sambal kuinin.
BalasPadamIkan goreng sedap... ikan singgang pun sedap!