Bismillahirrahmanirrahim.
Jom cerita tentang epal
Jom cerita tentang epal
Epal merah nampak menawan dan sangat menggoda mata. Snow White juga memilih epal merah dan tidak nampak racun di dalamnya!
Mungkin ramai yang memilih epal merah kerana rasanya yang manis, lembut dan juicy berbanding epal hijau yang lebih masam tetapi rangup pula. Epal merah lebih tinggi kandungan gulanya manakala epal hijau lebih rendah sedikit. Namun begitu kandungan serat dan Vitamin C dalam epal hijau lebih tinggi. Indeks Glisemik dalam kandungan epal merah tinggi sedikit berbanding epal hijau.
Dengan kata lain, epal merah rasanya lebih manis dan disukai ramai. Epal hijau pula lebih masam, lebih rendah gula dan lebih baik untuk yang menjaga gula darah, diet dan weight control.
Bagaimanapun kedua-duanya bagus, cuma epal hijau memberi lebih manfaat untuk kawalan gula rasa kenyang lebih lama kerana kandungan serat & GI lebih rendah.
| Epal Hijau & Epal Merah |
| Fuji Apple |
Mari kita lihat kandungan gula dalam sebiji epal anggaran purata saiz sederhana seberat lebih kurang 180 gram sebiji. Sebiji epal merah seperti Fuji, Gala, dan Red Delicious mengandungi 17 – 19 gram gula.
Epal hijau seperti Granny Smith mengandungi 14 – 16 gram gula.
Ini bukan angka tepat atau muktamad kerana setiap varieti epal ada sedikit perbezaan bergantung tempat pokok epal ditanam, musim dan tahap masak / matang. Kesimpulannya epal hijau biasanya 2 – 3 gram lebih rendah gula berbanding epal merah.
Oh, sedikit sahaja beza kandungan gulanya, padahal jauh juga beza manis epal merah denga masam epal hijau kan!
| Granny Smith Apple |
Perkongsian ini berdasarkan perbincangan kami di kantin sewaktu sarapan. Amie selalu bawa epal hijau dan makan bersama kawan-kawan penoreh. Suatu hari seorang rakan penoreh bernama Irene tanya kenapa Amie suka makan epal hijau? Amie jawab, untuk belajar diet seimbang supaya dapat kawal gula dalam darah memandangkan umur sudah kemes-emasan eloklah jaga pemakanan. Kata Irene, epal hijau pun tinggi gula dan lebih kurang sama dengan epal merah!
Setelah Amie buat rujukan dengan Pak Google, Amie kongsikan hasilnya dalam entri ini.
makan epal hijau rasa ngilu gigi...tapi, makan mangga muda ok je
BalasPadamLebih kurang sahaja rupanya kandungan gula dalam epal merah dan hijau. Tapi yang sy ingat, dulu sy selalu baca - Makanlah sebiji epal setiap hari, kamu tidak perlu berjumpa doktor.
BalasPadamOmputih kata an apple a day keeps the doctor away kan Kak Amie..SA amalkan makan apple hijau untuk kurangkan berat badan..sampai sekarang never failed cuma jarang kongsi..
BalasPadamDua2 pun suka, yang tak suka bila nak kupas 😍😍😍
BalasPadamMakqan epal hijau memang rasa masam tapi bila di blender ambil jusnya lepas tu letak asam boi se biji 2 letak ais batu aduhaiiiiii kecur bila dibayangkan. hehehehehe
BalasPadamKalau nak diet digalakkan ambil epal hijau, kalau buat jus pun epal hijau lebih sedap. Tapi dana tak tahan dengan kemasaman epalhijau tu
BalasPadamAnk2 saya penggemar epal...ada jer hari diorg minta kupas nak makan epal...stock sentiasa kena ada...
BalasPadamepal merah nampak segar n menarik
BalasPadamEpal merah Sy suka, boleh gigit terus. Kalau epal hijau gigi jadi ngilu, nak makan kena hiris nipis² dulu.
BalasPadamSaya tak boleh makan epal hijau, gigi sensitif. Jadi, kena makan epal merah je.
BalasPadam