Bismillahirrahmanirrahim.
Ketika kami sampai, makanan tengah hari sudah sedia terhidang. Apalagi, dalam keadaan penat setelah melawat Boat Di Atas Rumah, PTLD Apung 1 dan Makam Tengku Di Bitay, rasanya tidak sabar untuk mengisi perut.
Kami dihidangkan dengan bu kulah, iaitu nasi putih yang dibungkus dalam daun pisang. Lauk-pauk yang disajikan penuh semeja! Selain air mineral, kami juga disediakan dengan jus avocado coklat.
 |
| Bu Kulah |
Bu kulah adalah sebutan dalam bahasa Acheh. Jika diterjemahkan dalam bahasa Indonesia, bu bermaksud nasi dan kulah pula bermakna bungkus. Jadinya bu kulah ialah nasi bungkus. Bu kulah dibungkus menggunakan daun pisang bukan sekadar nampak cantik dipandang, tetapi kerana fungsinya yang sangat penting dalam tradisi dunia masakan Acheh. Daun pisang menerbitkan aroma semula jadi yang harum apabila bertemu dengan wap nasi panas, menjadikan nasi lebih lembut dan menyelerakan.
 |
| Bu kulah dan lauk-pauknya. |
Melihat lauk-pauk terhidang penuh semeja, teringat pula sewaktu jalan-jalan ke Bukit Tinggi! Bagaimanapun kami masih boleh membezakan masakan Padang dengan masakan Acheh. Ini bermakna masing-masing mempunyai identiti yang tersendiri sehingga boleh dikenali. Apa pun kedua-duanya sangat enak untuk dinikmati.
Setiap seorang disediakan sebuah mangkuk berisi air untuk cuci tangan. Memang kena makan dengan tangan untuk menikmati sepenuhnya keenakan masakan Acheh ini.
Jom kita lihat lauk-pauk yang pelbagai di bawah ini.
 |
| Sambal |
 |
| Tauhu & Telur Puyuh |
 |
| Udang Goreng Salut Tepung & Daun Kari |
 |
| Emping Melinjo |
Sayur lemak ini ada macam-macam isinya. Ada kacang panjang, ada terung. ada nangka muda dan pelbagai lagi.
 |
| Isi Sayur Lemak |
 |
| Nampak Urap Sayur di belakang emping melinjo. |
 |
| Melihat kelapa parut urap sayur ini, teringat air tangan Bonda kita masa kita kecil dahulu. Beginilah warna kelapa parut yang ditambah dengan cili kering tumbuk dan bahan-bahan lain. Akan tetapi ada beza rasanya. Urap Sayur di sini ditambah dengan hirisan daun limau purut. |
Pada mulanya kami sangka sambal ikan bilis! Setelah bertanya kepada pelayan rumah makan, katanya ini keumamah. Nampak beza dengan keumamah yang kami makan pada sebelah malam di L'Pante. Oooo...mungkin ada beberapa versi keumamah. Memang rasa teruja melihat keunikan dan kepelbagaian makanan di sini. Keumamah yang dihidangkan ini mengandungi daun kari dan terung pipit.
 |
| Hirisan buah tembikai dan buah betik. |
 |
| Jom kita buka bu kulah. |
 |
| Inilah nasi putih yang dibungkus daun pisang @ bu kulah. |
Seronok sangat melihat macam-macam lauk. Rasanya hendak bubuh semua dalam bu kulah. Dalam banyak-banyak lauk yang terhidang, kami tidak sentuh ayam goreng daun kari atau ayam tangkap! Kononnya hendak makan lauk-pauk yang tidak pernah kami jumpa sebelum ini. Tiba-tiba Jai beritahu, itu bukan ayam goreng tapi burung puyuh!  |
| Burung Puyuh Goreng |
Seperti udang goreng daun kari berjumlah empat ekor untuk kami berempat ambil seorang seekor, begitu juga dengan burung puyuh goreng. Semuanya ada empat keping. Adakah boleh dikatakan sebagai burung puyuh tangkap sebagaimana nama ayam tangkap... ahaks!
Jadi setelah menyedari yang terhidang itu burung puyuh, masing-masing pun angkat seketul seorang.
 |
| Bu kulah dikelilingi lauk-pauk yang sungguh menyelerakan! |
Apabila perut sudah penuh dengan bu kulah dan pelbagai lauk, di hadapan mata sudah tersedia jus avocado coklat pula! Nak buat macamana? Rezeki jangan ditolak. Orang kata biar menyesal minum, jangan menyesal tak minum.... ahaks!
Memang ramai betul lauk pauk dan sayur mayurnyer
BalasPadamTengok bu kulah terus terbayangkan tapai pulut daun pisang. Lebih kurang gaya pembukusan dia. Ohh nasi bungkus bu kulah tu. Senang faham. Saya suka aroma nasi panas dibungkus dengan daun pisang. Aroma tu membangkit selera betul.
BalasPadamBetul, makanan lauk pauk begini baru feel makan guna tangan. Rasa seperti dirumah gitu.
Saya tengok kelapa parut urap sayur pun teringat yang mak sendiri buat tapi versi urap penggaga lah. Sedapnya.
Banyak menu yang baru dikenali. Dapat pulak jus avocado coklat. Nikmatnya! Tapi confirm perut terasa penuh macam tak ada ruang dah.
Banyak betul lauk pauk makan dengan bu kulah ni. Kalau saya, memang tak reti makan banyak-banyak lauk. Sejenis fokus makan lauk satu satu. Huhu..
BalasPadamEhh... jus alpokat tu mana boleh ditolak😁
BalasPadamSedapnya ada belimbing buluh dalam masakan tu 😍 Unik nama menu tu eh.. Menyelerakan semua menu kat sana! Lama tak minum air Avocado. Nak kena carik ni. Hehe...
BalasPadamMesti wangi aroma nasi dibungkus dengan daun pisang, juga meriahnya lauk pauk.
BalasPadamHebat sajian..pasti kenyang ni Ami'e. Alhamdulillah..
BalasPadamOh, Bu Kulah tu maksudnya, nasi bungkus. Agaknya Bu Kulah tu diambil dari perkataan, bungkuslah.. hahahaha.
BalasPadamSedap² lauk yang dihidangkan. Iyer, kalau sy pun akan ambil lauk yg tak selalu jumpa. Mujurlah tahu itu burung puyuh, kalau tidak ada yang menyesal nanti bila pulang ke Malaysia. Jus alpukat tu pun nampak memikat!
bila tengok pinggan banyak2 atas meja ni, memang nampak mcm masakan padang!
BalasPadamsambal ijo tu nampak mengancam betul. jus alupkat memang fav saya laaa