Bismillahirrahmanirrahim.
Dua minggu lepas, Amie buat pesanan bihun sup melalui rakan penoreh. Jirannya memang jual bihun sup, jadi senanglah dia berurusan. Amie kata nak belanja kawan-kawan pada hari Khamis sempena ulang tahun Amie. Lepas itu Amie terfikir, biasanya kalau hari Khamis ramai penoreh getah yang puasa sunat. Kita anjaklah ke hari Jumaat.
Jadi, pagi ini terbitlah aroma segar dari kuah sup. Ada dua bakul bihun sup dan dua buah termos berisi kuah supnya. Agihan diberikan kepada semua warga kerja ladang termasuk orang pejabat, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.
| Bihun Sup |
| Bihun Sup |
Bolehlah kawan-kawan sarapan seadanya.
| Kuih Sup |
Rupanya Amie salah hari! Hari Khamis (dianjak ke Jumaat) yang Amie sebut-sebut sebagai hari ulang tahun itu bukannya untuk tahun ini, tahun 2025 tetapi hari Amie akan bersara beberapa tahun lagi! Allahu Akbar! Hari ulang tahun Amiebtahun ini jatuh pada hari Ahad, 16 November.
Inilah kalau hari-hari zikir mengira tarikh dan hari pencen, kalau dah pencen, nak balik kampung, nak tanam pokok-pokok keliling rumah, nak cabut rumput dan siram pokok setiap pagi supaya boleh keluarkan peluh!
Tarikh bersara dengan tarikh ulang tahun sama kan Amie?
BalasPadamSemoga yang baik² untuk Amie. Sihat² selalu.
Ya, sama. Saya tersilap hari.
PadamBagus dah pack siap² macam ni, masing² dapat satu portion. Semoga Kak Amie baik² sahaja sehingga tiba waktu bersara nanti.
BalasPadammenarik nya mihun sup sana kak, siap ada telur rebus... dah macam lodeh pulak. Uik camne boleh salah tarikh ni kak... punyala tak sabar nak bersara ya
BalasPadamAlhamdulillah..berkongsi rezeki hari Jumaat..
BalasPadamSedapnya bihun sup. Moga murah rezeki lagi....
BalasPadamwaduh udah zikir selalu tarikh pencennya. Semuga murah rezekinya.
BalasPadamKemas pembungkusan bihun sup.
BalasPadamMaksudnya, minggu depan ya birthday?
Pejam celik pejam celik, kejap je kak, nak bersara. Saya pun tak sabar nak tunggu suami pencen, nak balik kampung juga, bela ayam. Hehe...
BalasPadamAlhamdulillah, mesti seronok teman-teman sekerja, makan bihun sup sedap kak Amie belanja.
Nampak sedap bihun supnya. Berkongsi rezeki di hari Jumaat, semoga menjadi berkah.
BalasPadamJarang orang lupa bday sendiri hihi...
BalasPadamBagus dipek asing² kuah & bihunnya, sedap utk dimakan ikut masa masing²
Alhamdulillah...Seronok dapat berkongsi rezeki. Kita kadang macam tu lah, banyak fikir kadang tersilap.
BalasPadamsilap kira nk cpt sgt tu sedapnya bihun sup
BalasPadamMakkkaihhhh... dah looking forward birthdate hari bersara... tu yang tertanam kat kepala. Rezeki kawan² dapat makan bihun sup.
BalasPadamYa Allah, bertuahnya Ami'e dah nak bersara..semoga dimudahkan urusan ya. Jaga kesihatan..boleh lah lepak di blog..ramai kawan tapi dalam skrin Laptop kan..mana tahu jumpa realiti pasti..
BalasPadamni tak sabar sangat nak pencen nampaknya hihihi
BalasPadamalhamdulillah, rezeki kawan2 dapat bihun sup