Pages

Ahad, 2 November 2025

Apa Enaknya Kapurung?

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Kelmarin sehingga ke malam bekalan air terputus. Pagi tadi ada air tetapi kotor. Encik Suami beli sahaja makanan untuk sarapan.

Entri hari minggu ini Amie hendak paparkan makanan tradisional Bugis lagi iaitu kapurung. LD bukanlah bandar besar. Kalau ke pasar tani, pilihan makanan tradisional yang menonjol hanyalah dari gerai atau warung orang Bugis. Mereka menjual buras, barobbo', kapurung, dan kuih-kuih tradisi lain seperti broncong. Gerai-gerai lain yang dimiliki peniaga orang Bajau turut menjual kuih penjaram, orang Cocos menjual cengkaruk dan kerak nasi dengan serondeng ikan. Kebanyakan makanan lain yang dijual sama seperti yang ada di tempat kita terutama kuih muih seperti karipap, kuih talam, cucur udang, keropok lekor, nasi lemak, nasi kuning, pulut kuning dengan rendang dan sebagainya.

Seperti biasa kalau beli kapurung di pasar tani, sampai di rumah Amie akan olah semula kuahnya dengan menambahkan satu tin kecil sardin, isi jagung dan tambahkan lagi sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat. Kali ini Amie tambahkan hirisan mangga muda ke dalam mangkuk kapurung.

Kapurung


Sesuai dengan tajuk Apa Enaknya Kapurung?, maka kita cerita sedikitlah mengenai rasanya. Enak atau sebaliknya itu subjektif sifatnya. Kalau kita kata enak, tapi di lidah orang lain berkata sebaliknya, nak buat macamana kan?

Kapurung itu enaknya adalah pada rasa gabungan iaitu:
  • Tekstur unik sagu yang lembut dan kenyal tapi ringan. Tidak ditemui dalam makanan lain dan ketika makan mulut rasa soothing.
  • Kuahnya rasa masam dan menyegarkan. Apabila ditambah kacang tumbuk dan bahan lain,  ia jadi rasa savoury yang sedap dan tidak muak.
  • Banyak pilihan bahan seperti sayur, ikan dan  udang dalam satu mangkuk penuh, tapi rasanya tetap ringan ketika dinikmati.
  • Kapurung  bukan jenis makanan berat yang cepat membosankan. Ada orang rasa kapurung seperti therapy food.
  • Sedap dinikmati ketika hujan, waktu badan rasa penat, atau ketika tidak berselera untuk menjamah nasi.
  • Rasanya masih kekal tradisi dan ada sentimental value. Menurut rakan-rakan keturunan Bugis, di setiap kampung atau setiap rumah ada cara masak yang tersendiri tetapi bahan asasnya sama. Itu sebabnya kadang-kadang apabila makan di warung yang berbeza bahan aksesori yang digunakan tidak sama.



Kapurung & The Gang


Kuah kapurung ini sudah ditambah saredin dan isi jagung.


Bahan utama kapurung ialah sagu. Selain kuah, bahan lain yang perlu ada termasuklah sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, daun kelor, jagung, kacang panjang, kacang tanah tumbuk, ikan atau udang atau ayam atau juga daging. Jangan lupa sediakan sambal untuk rasa pedas.

Asas kuah kapurung merupakan air rebusan ikan atau udang, dicampur dengan asam limau untuk rasa masam segar. Ditambah pula dengan kacang tanah tumbuk untuk rasa lemak savoury. 

Hirisan mangga muda.

Sambal

limau Kasturi / Limau Nipis

Semangkuk Kapurung


11 ulasan:

  1. Kecur liur tengok. Sama dengan ambuyat ke?

    BalasPadam
  2. ohh kuah dia base daripada ikan ye. teringin pulak nak rasa :D

    BalasPadam
  3. Begitu resipi kapurung ya..sajian yang best ni, pasti tambah selera..

    BalasPadam
  4. uniknya... teringin juga nk cuba ni...

    BalasPadam
  5. Ya Allah kak, membayangkan kapurung dimakan dengan irisan mangga, langsung terliuuuur. Pasti sedaap. Saya nak cari lah restoran sini yg menjual kapurung juga 😍😍😍

    BalasPadam
  6. Nampak lebih mewah dan meriah kapurung yang ditambah bahannya oleh Amie😋Semoga ada rezeki untuk makan kapurung satu hari nanti

    BalasPadam
  7. Sy ingatkan kapurung ni sejenis kuih tau, Kak Amie.

    BalasPadam
  8. Jika ada rezeki ke LD, satu persatu makanan yg Kak Amie sebut di atas tu Sy nak buru :D
    Kapurung ni dari sagu rupanya. Boleh diolah dgn pelbagai bahan pula kuahnya. Menarik sekali.

    BalasPadam
  9. Ini kalau makan confirm menambah ni kan...nampak betul2 sedap tu...

    BalasPadam
  10. wah macam2 bahan2 tambah untuk kapurung sedap nampaknya

    BalasPadam