Bismillahirrahmanirrahim.
Hujung minggu ini tiada sebarang jemputan ke majlis kahwin. Malam tadi menghadiri undangan adik ipar ke majlis makan malam tajaannya sempena meraikan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlangnya. Petang ini jiran sebelah rumah undang kami untuk hadir majlis pertunangan anak perempuan bongsunya.
Dari pagi, selepas solat subuh Amie masih sibuk menanda kertas Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Tingkatan Empat. Duduk berkurung di dalam bilik sahaja. Penat menanda, kupas buah epal hijau, epal merah dan makan kurma Egypt. Sambung menanda. Bosan menanda, buka Mr Lappy. Kemas kini markah PBD dalam Idme pula sambil dengar muzik instrumental.
Pagi ini Firdaus cuci bilik air di tingkat bawah. Kalau tidak diingatkan memang budak itu lupa tugasnya. Selepas itu, sibuk dengan kucingnya Tam Tam. Tam Tam cepat membesar. Adalah rupa anak kambing kecil.
Encik Suami pula pagi ini ringan tulang di dapur. Faham kita sibuk siang malam siapkan kerja ladang, diambil alihnya tugas memasak di dapur. Alhamdulillah. Kami makan tengah hari:
 |
| Nasi putih lauk ikan goreng, sayur tumis kacang buncis dan sambal kicap. |
 |
| Hidangan Makan Tengah Hari |
 |
| Sayur Tumis Kacang Buncis |
 |
| Sambal Kicap |
Encik Suami buat semangkuk besar sambal kicap. Tak apalah, katanya nanti boleh simpan untuk stok empat lima hari. Rasanya pun sedap. Beberapa hari lepas pun Encik Suami tolong buat sambal kicap. Kita puji, rasanya sedap. Seronoklah barangkali dapat pujian, itu yang buat lagi hari ini.... ahaks!
 |
| Bismillah. |
Kawan-kawan masak apa hari ini? Atau makan di luar?
Wokey!
Amie sambung tanda kertas.
Masak sendiri hari ni makan di rumah je.
BalasPadamMasak 2 menu je hari ni Kak Amie; ayam belado & tumis sayur kubis panjang.
BalasPadamRajin Firdaus 👍🏻
Orang lelaki ni memang tak boleh dipuji la, Kak Amie. Esok dia buat lagi, lusa dia buat lagi. Silap haribulan, tulat dia buat lagi. Nampak ringkas masakan suami Kak Amie tapi yang cenggini la boleh membocorkan periuk nasi.
BalasPadamHari ni masak nasi je. Then habiskan lauk yang mama bagi je.
BalasPadamsedapnya menu thari kecur liur mandang
BalasPadampaling suka sayur kacang buncis! tengok pun tahu sedap
BalasPadamOh Amie seorang Pendidik rupa-rupanya.
BalasPadamSebelum ni byk bercerita tentang ladang getah dan menoreh (agak confused mulanya).
Kami gantung periuk hari ni. Mood masak tgh ke laut.
Wah, hebat suami memasak ni..lengkap sebuah rumah tangga, saling melengkapi..tahniah kepada suami yang turun membantu memasak..
BalasPadamnampak ringkas je menu tapi menyelerakan.. terutama tumis kacang buncis tu.. lama dah makan
BalasPadamSedapnya semua
BalasPadamSqyur ikan goreng memang kena
Ciknur jarang masak skrg
Masak telur je he hee
Jangan puji kerap sangat kak... takut akak takde chance nak masak pulak 😁
BalasPadamAlangkah bestnya kalau suami SA boleh masak macam suami kak Amie...hehehehe...
BalasPadamAlamak! Kalah lah uncle cam ni... Uncle ni masak air pun tak lepas!
BalasPadamAlhamdulillah...beruntung dapat suami yang memahami. Sesekali merasa air tangan suami, sedap lain macam kan. Sedapnya ikan jenahak goreng garing macam ni. Kalau tak cakap ikan jenahak, saya dah ingat ikan merah tadi. huhu...
BalasPadamHaa...haritu kak Amie complaint lambat siap membantu masak. Sekarang baru kak Amie tahu sambal kicapnya sedap. hihi...
Menu yang super
BalasPadamSambalnya mantap juga tu
Saya jajan atau kulineran ayam goreng fried chicken