Pages

Ahad, 16 November 2025

Air Tangan Encik Suami di Hari Minggu

Bismillahirrahmanirrahim.
Hujung minggu ini tiada sebarang jemputan ke majlis kahwin. Malam tadi menghadiri undangan adik ipar ke majlis makan malam tajaannya sempena meraikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlangnya. Petang ini jiran sebelah rumah undang kami untuk hadir majlis pertunangan anak perempuan bongsunya.

Dari pagi, selepas solat subuh Amie masih sibuk menanda kertas Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Tingkatan Empat.  Duduk berkurung di dalam bilik sahaja. Penat menanda, kupas buah epal hijau, epal merah dan makan kurma Egypt. Sambung menanda. Bosan menanda, buka Mr Lappy. Kemas kini markah PBD dalam Idme pula sambil dengar muzik  instrumental.

Pagi ini Firdaus cuci bilik air di tingkat bawah. Kalau tidak diingatkan memang budak itu lupa tugasnya. Selepas itu, sibuk dengan kucingnya Tam Tam. Tam Tam cepat membesar. Adalah rupa anak kambing kecil.

Encik Suami pula pagi ini ringan tulang di dapur. Faham kita sibuk siang malam siapkan kerja ladang, diambil alihnya tugas memasak di dapur. Alhamdulillah. Kami makan tengah hari:


Nasi putih lauk ikan goreng, sayur tumis kacang buncis dan sambal kicap.
Hidangan Makan Tengah Hari


Sayur Tumis Kacang Buncis

Ikan Jenahak & Ikan Gerut-Gerut Goreng


Sambal Kicap


Encik Suami buat semangkuk besar sambal kicap. Tak apalah, katanya nanti boleh simpan untuk stok empat lima hari. Rasanya pun sedap. Beberapa hari lepas pun Encik Suami tolong buat sambal kicap. Kita puji, rasanya sedap. Seronoklah barangkali dapat pujian, itu yang buat lagi hari ini.... ahaks!

Bismillah.

Kawan-kawan masak apa hari ini? Atau makan di luar? 
Wokey!
Amie sambung tanda kertas.
Kalau penat menanda, bolehlah blogwalking.

15 ulasan:

  1. Masak sendiri hari ni makan di rumah je.

    BalasPadam
  2. Masak 2 menu je hari ni Kak Amie; ayam belado & tumis sayur kubis panjang.
    Rajin Firdaus 👍🏻

    BalasPadam
  3. Orang lelaki ni memang tak boleh dipuji la, Kak Amie. Esok dia buat lagi, lusa dia buat lagi. Silap haribulan, tulat dia buat lagi. Nampak ringkas masakan suami Kak Amie tapi yang cenggini la boleh membocorkan periuk nasi.

    BalasPadam
  4. Hari ni masak nasi je. Then habiskan lauk yang mama bagi je.

    BalasPadam
  5. sedapnya menu thari kecur liur mandang

    BalasPadam
  6. paling suka sayur kacang buncis! tengok pun tahu sedap

    BalasPadam
  7. Oh Amie seorang Pendidik rupa-rupanya.
    Sebelum ni byk bercerita tentang ladang getah dan menoreh (agak confused mulanya).

    Kami gantung periuk hari ni. Mood masak tgh ke laut.

    BalasPadam
  8. Wah, hebat suami memasak ni..lengkap sebuah rumah tangga, saling melengkapi..tahniah kepada suami yang turun membantu memasak..

    BalasPadam
  9. nampak ringkas je menu tapi menyelerakan.. terutama tumis kacang buncis tu.. lama dah makan

    BalasPadam
  10. Sedapnya semua
    Sqyur ikan goreng memang kena
    Ciknur jarang masak skrg
    Masak telur je he hee

    BalasPadam
  11. Jangan puji kerap sangat kak... takut akak takde chance nak masak pulak 😁

    BalasPadam
  12. Alangkah bestnya kalau suami SA boleh masak macam suami kak Amie...hehehehe...

    BalasPadam
  13. Alamak! Kalah lah uncle cam ni... Uncle ni masak air pun tak lepas!

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah...beruntung dapat suami yang memahami. Sesekali merasa air tangan suami, sedap lain macam kan. Sedapnya ikan jenahak goreng garing macam ni. Kalau tak cakap ikan jenahak, saya dah ingat ikan merah tadi. huhu...
    Haa...haritu kak Amie complaint lambat siap membantu masak. Sekarang baru kak Amie tahu sambal kicapnya sedap. hihi...

    BalasPadam
  15. Menu yang super
    Sambalnya mantap juga tu
    Saya jajan atau kulineran ayam goreng fried chicken

    BalasPadam