Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi sebelum hantar Firdaus ke sekolah agama, kami singgah cari makan di tempat kegemaran Firdaus iaitu di Happy Spoon yang terletak di Bandar Tabanak. Memang tempat makan ini sesuai dijadikan pilihan kerana selain menawarkan pelbagai menu, sedap dan cepat pula penyediaannya. Kami memesan:
- Golden Salted Egg Chicken Rice
- Mi Kari
- Mi Rojak
- Tomyam Soup
- Onion Ring
- ABC Happy Spoon
Firdaus dengan kudapan kegemarannya: Onion Ring |
ABC Happy Spoon |
Oleh kerana setiap kali datang makan di sini dan memesan dessert ice shaved, kami pun tahu saiznya besar. Jadi pesan satu sahajalah ABC Happy Spoon untuk kongsi bertiga.
Firdaus - Golden Salted Egg Chicken Rice |
Nampak meleleh-leleh kuahnya! |
Menu masakan ala Cina ini memang nampak sedap! Bahagian luar ayam namnpak garing tetapi di dalamnya lembut berjus. Apabila cuba makan sedikit, rasanya memang terangkat! Ada rasa masin dan berlemak daripada salted egg, creamy dan kaya dengan mentega serta harum aroma daun kari.
Dulu setiap kali datang ke sini Firdaus berkeras asyik hendak makan Nasi Goreng Tomyam. Sekarang, pandai pula dia pilih menu yang lain.
Encik Suami - Mi Kari |
Banyak aksesori Mi Karinya. |
Tapi rupanya tukang masak lupa letakkan telur rebus. Ketika Encik Suami sedang makan, datang pula mangkuk kecil berisi telur rebus. Sempat juga tumpang sesudu kuah Mi Kari Encik Suami. Rasa pedas, lemak dan berempah dan memang kena cepat-cepat dinikmati sementara kuahnya masih panas.
Telur rebus & sambal. |
Mi Kari didatangkan bersama sambal. Kata Encik Suami rasanya seperti sambal colek Cocos. Mungkin jugalah sebab tukang masak di restoran ini orang Melayu cocos.
Amie - Mi Rojak |
Mi Rojak |
Mi Rojak ini nampak saja mi diselimuti kuah dan keropok, tetapi apabila diselak banyaklah aksesori di dalamnya. Ada ayam, hirisan fish cake, tauhu, telur rebus dan juga timun. Encik Suami kata, Mi Rojak ini kuahnya sama dengan kuah mi rojak orang Cocos. Eh, sudah dia kata tukang masaknya orang Melayu Cocos, memanglah ada ciri-ciri masakan warisan Cocos juga... ahaks!
Tomyam Soup |
Tomyam Soup ini Amie pesan sebagai menu tambahan sebab teringin hirup kuahnya yang panas dan pedas. Walaupun tidak setajam rasa versi Thailand tetapi apabila dihirup, kuahnya seimbang dengan rasa masam, pedas dan agak pekat. Memandangkan fokus kepada kuahnya, tidaklah Amie peduli sangat isinya!
Onion Rings |
Onion Rings ini besar-besar seperti gelang tangan mak Arab! Tak tahulah bawang besar saiz apa yang mereka gunakan. Firdaus suka sangat makan Onion Rings. Kita pun apa kurangnya. Encik Suami tak mahu makan, jadi kita pun tolong habiskan. Ada rasa manis semula jadi bawang yang agak lembut. Lapisan luar pula rangup dan sedikit masin disalut tepung. Firdaus mekan dengan sos cili yang disediakan tapi Amie cecah sambal Mi Kari Encik Suami.
Selepas makan kami hantar Firdaus ke sekolah agama. Sebelum keluar dari kereta, Firdaus beritahu tak perlulah Encik Suami bagi duit belanja sebab katanya sudah kenyang. Tapi Encik Suami hulur juga wang saku. Mana tahu Firdaus hendak beli ais krim waktu rehat. Biasanya Firdaus akan simpan kalau tidak digunakan untuk membeli makanan.
Wokey!
Kalau sampai ke LD, bolehlah jadikan Happy Spoon Restaurant sebagai salah satu pilihan tempat untuk menjamu selera. Rasanya restoran ini ditutup setiap hari Isnin.
Sy rasa Happy Spoon ni restoran kegemaran Kak Amie sekeluarga. Gembira kalau dapat onion ring besar² macam tu. Mee kari tu memang pudar ya warnanya, Kak Amie tapi nampak sedap jugak tu.
BalasPadamYa, kali ini kuah mi kari dan kuah tomyam warna pucat tak macam selalu.
PadamAmie, sedap-sedapnya menu, besar sungguh onion rings tu.. :)
BalasPadamBetul AJ, besar bawangnya tu.
PadamBesar betul onion ring tu. Makanan semua sedap2.
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki Allah.
Padam