Pages

Khamis, 9 Oktober 2025

Nabi Juga Disakiti Manusia - Khubaib Akhi

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku rasa dekat dengan Tuhan, tapi entah kenapa jauh daripada manusia.
Susahnya bergaul dengan orang. Akhirnya aku juga yang terluka.

Memang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul atau harapan tidak dipenuhi baik sesama suami isteri, kawan-kawan, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak muurid mahupun majikan dengan pekerja.

Khubaib Akhi mengupas isu ini  dalam buku Nabi Juga Disakiti Manusia terbitan Iman Publication. Buku setebal 251 muka surat ini berharga RM38.00 ditambah RM13.90 penghantaran pos ke LD melalui Tebus Baucer Buku Guru Madani. Buku ini sampai ke tangan Amie pada hari Jumaat minggu lepas dan baru hari ini sempat dijadikan entri.


Nabi Juga Disakiti Manusia - Khubaib Akhi

Kegagalan memenuhi harapan-harapan sesama manusia membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti sebuah transaksi, maknanya menghilang. Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja?

Hakikatnya tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi menghuraikan cara untuk memaknai semula perhubungan dan menguruskan konflik menerusi teladan serta inspirasi daripada Nabi SAW, supaya dengannya setiap luka dan sakit berbaloi dihadapi, setiap calar dan parutnya membawa erti. Kalaupun berpisah di hujungnya, kita tetap dalam teduhan taqwa kepada Ilahi.

9 ulasan:

  1. Siapa sahaja yang tak pernah tersakiti

    BalasPadam
  2. kalau masuk bookstore, selalu juga nampak buku ni. nampak menarik.
    saya peminat buku IMAN!

    BalasPadam
  3. Menarik untuk dibaca, Nabi juga disakiti manusia...

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan dua ayat pertama yang kak Amie bold itu. Setuju juga, yang kita tak boleh hidup sorang-sorang, walaupun betapa intovertnya diri kita. Menarik buku ni. Mungkin saya nak kena cari juga, kot. 😊

    BalasPadam
  5. menarik nampaknya dari tajuk nya tu kak...

    BalasPadam
  6. Semaksum Rasulullah pun disakiti manusia..maka apatah lagi kita..Cuma sahaja kita ini kesabaran sangat tipis

    BalasPadam
  7. Menarik buku ni dengan tajuk itu, insan hebat sunnahnya kita ikut,..manusia yang membawa sinar..rasul ulul azmi..

    BalasPadam
  8. Hubungan dengan manusia ini rumit. Kita tak bisa hidup tanpa sosialisasi dengan manusia lain, tapi saat berhubungan tak boleh banyak berharap , drpd kecewa kan 😁

    BalasPadam