Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini mendung dari pagi sampai ke petang. Di tengah-tengahnya hujan renyai-renyai. Keluar dari ladang pun masih hujan. Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, kami jalan-jalan cari makan. Cuaca sejuk begini sedap betul kalau dapat hirup sup panas! 
Pernah sekali sewaktu makan di Geprek Kitchen, terpandang seorang pelanggan dihidangkan semangkuk sup tulang oleh pekerja restoran. Jadi, ajaklah Encik Suami makan di situ. Sampai di restoran, tiba-tiba teringin makan sotong goreng salut tepung! Maka, memesanlah sotong goreng salut tepung pula!
Betullah, tak tetap pendirian. Mula-mula hendak hirup sup panas, lepas tu ubah fikiran nak ratah Sotong Goreng Salut Tepung pula.... ahaks! Itulah namanya manusia yang memiliki hati yang sentiasa bolak-balik.
Sotong Goreng Salut tepung saja ke? Ni mesti tipu punya kata Adinda SK Tanah Jauhar.... ahaks! Tentulah ada menu lain yang dipesan:
Menu tiga serangkai yang dihidangkan termasuk Set Nasi Goreng Ayam Grill, Sotong Goreng Salut Tepung dan Sup Tulang Kuah Pekat. Ketiga-tiganya dihidangkan bersama  Chinese Tea Panas yang ringan dan menyegarkan untuk mengimbangkan semula rasa selepas hidangan yang berlemak dan berempah.
| Chinese Tea | 
| Set Nasi Goreng Ayam Grill | 
Set Nasi Goreng Ayam Grill didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong. Kata Encik Suami, sos black peppernya rasa premium. Apabila melihat penuh sepinggan dengan nasi goreng, kentang goreng dan sayurnya, rasa kenyang pula perut kita!
| Warna sos black pepper cantik menawan! | 
| Bagus sungguh set nasi ini, siap ada sayur campur lagi. | 
| Sup Tulang | 
Sup Tulang ini berkuah pekat. Dalam keadaan sejuk begini kalau ada roti memang sedap betul celup dalam kuahnya! Oleh kerana memesan dua menu, sup tulang dan sotong goreng salut tepung, akhirnya tak tahu mana satu hendak dimakan dahulu.
Mula-mula rasa sesudu dua sup tulang. Kuahnya pekat dan kaya rasa, seimbang antara lemak dan rempahnya dan sesuai untuk dimakan bersama nasi atau bihun. Amie tidak mahu nasi, jadi dihidangkan semangkuk sup tulang begitu sahaja.
| Sup Tulang | 
| Sotong Goreng Salut Tepung | 
Tak sangka pula, pesan Sotong Goreng Salut Tepung saiz S tapi macam banyak pula kuantitinya. Jenuhlah kita meratah. Rangup rasanya. Pelawa Encik suami, dia sibuk hendak habiskan nasi gorengnya. Diambillah juga sotong goreng kita tapi cuma dua ketul saja!
Akhirnya habislah sepiring Sotong Goreng Salut Tepung masuk ke perut kita. Sup Tulang itu Encik Suami minta bungkus bawa pulang. Katanya, boleh dipanaskan semula untuk lauk makan nasi Firdaus petang nanti.
Betullah apa yang terlintas di hati hendak hirup sup panas. Akhirnya hanya hirup dua sudu kuah sup tulang saja.... ahaks!
Oh, ya! Kami suka singgah makan di sini kerana:
- Banyak pilihan makanan - tidak terhad kepada nasi ayam geprek sahaja seperti nama restorannya Geprek Kitchen.
 - Setakat ini semua menu yang kami pesan, semuanya ada.
 - Tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan.
 - Hidangannya mampu membangkitkan selera dan menggamit rasa hingga ke suapan terakhir.
 - Harga mampu bayar - Encik Suami kata semuanya RM48.00.
 
Pekatnya kuah sup tulang tu. Cicah roti ban sedap jugak tu.
BalasPadamSup tulang makan panas-panas time hujan memang syioknya. Tak payah bubuh apa-apa layan sup pun dah heaven. Tapi kalau cecah roti lagi umph
BalasPadamTerliur pulak sup tulang kuah pekat tu...ingatkan mushroom soup
BalasPadamMuraaaah. Di sini biasanya kalo cumi2 goreng tepung begini lumayan mahal kak.
BalasPadamDari foto kliatan kuah sup pekat 😍😍😍. Type sup western lah yaa. Memang cocok makan dengan roti
Kuah sup tulang nya macam mushroom soup pula. menarik.. menarik...
BalasPadamSotong Celup Tepung tu memang menggiurkan
BalasPadamSetuju, hati manusia mudah berbolak-balik. Sama macam saya juga. Mula-mula keluar rumah mahu beli pasu gantung. Tiba-tiba tak jadi beli, terbeli tudung pula.
BalasPadamSedap tengok sup tulang yang pekat itu. Sotong goreng tepung pun suka juga. 😋
Sotong celup tepung gini la sedap, ni kadang oder sotong celup tepung tapi dapat yang rupa cucur tu hahahha...
BalasPadamMurah tu untuk semua hidangan .
BalasPadamTengok gambar collage pertama tu ammi ingat kak amie makan bubur kacang atau pulut hitam (walaupun xde dlm senarai). Sup tulang rupanya. Pekat betul.
BalasPadamDannnn jeles betul dgn harganya. Sure eh org tu tak punch harga yg salah
Sedapnya sotong goreng tepung...dah lama x buat..sebabnya sotong kat zemart kecik2...anak sotong kot diorang tangkap
BalasPadam