Pages

Isnin, 6 Oktober 2025

Kapurung Pasar Tani - Tambah Bahan Idaman di Dapur Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim.
kalau pergi ke Pasar Tani LD, Amie mesti beli kapurung. Hanya ada sebuah gerai sahaja yang jual makanan tradisional masyarakat Bugis di sini. Pernah sekali dua rasa kecewa sebab datang ke Pasar Tani LD lewat pukul 10 pagi. Kapurung sudah habis!

Menurut Pak Google, kapurung ialah makanan tradisional dari Sulawesi Selatan, Indonesia, dan popular dalam kalangan masyarakat Bugis dan Luwu. Kapurung juga dikenali sebagai pugalu dalam bahasa tempatan.

Kapurung diperbuat daripada tepung sagu atau pati sagu basah. Kapurung biasanya disajikan bersama sayur-sayuran seperti bayam, jagung muda, terung, kacang panjang, ikan, ayam, atau udang. Kadang-kadang Amie jumpa hirisan mangga muda dan kacang tanah goreng dalam mangkuk kapurung. Kuahnya ada rasa masam dan sedikit pedas. Tekstur sagu yang kenyal dan lembut seakan-akan sup pekat yang mengenyangkan.

Apa yang menarik ialah kapurung dianggap makanan berkhasiat dan menghangatkan badan, sesuai dimakan ketika hujan. Hidangan kapurung juga menggambarkan gaya hidup tradisional masyarakat Sulawesi yang masih memanfaatkan sagu sebagai sumber karbohidrat utama.

Amie banyak melihat bahan yang berbeza sewaktu menikmati semangkuk kapurung di gerai yang berbeza. Kapurung yang dijual di Pasar Tani kelihatan menggunakan bahan asas sahaja. Jadi, balik ke rumah Amie didihkan kuah dan tambah bahan yang Amie idam-idamkan iaitu :

  • Jagung
  • Sardin dalam tin
  • Udang


Oleh kerana tidak ada jagung muda, Amie gunakan saja jagung dalam tin. Tambahkan hidangan dengan hirisan limau dan sambal

Pada mulanya Amie seorang sahaja yang makan kapurung. Setelah Amie panaskan semula kuahnya dan tambah bahan lain, Firdaus pula berminat untuk mencicipi! Amie sangka sebelah petangnya akan makan kapurung lagi, tetapi Encik Suami pula minta izin untuk makan baki kapurung dalam periuk. Kemudian Encik Suami kata : Firdaus habiskan kapurung!


Oleh kerana Encik Suami dan Firdaus sudah pandai kapurung, rasanya kenalah belajar buat kapurung di dapur sendiri. Kenalah menuntut ilmu membuat kapurung dengan rakan-rakan penoreh dari kaum Bugis.

Oh, kapurung!

18 ulasan:

  1. Saya pernah buat kapurung sbb terinspirasi dgn status wassap seorang kawan Bugis. Tapi hasil yg sy buat tak lah sejelita ini. Kawan sy kata lepas buat majlis kawin selalunya tuan rumah akan hidangkan menu ini kpd kendarat2 (Panitia2).

    BalasPadam
  2. baru pernah dgr menu kapurung ni... mcm ala-ala linut tapi dibuat lauk berkuah bkn diulam, begitu ke kak?

    BalasPadam
  3. yg macam agar2 putih tu, nampak macam ambuyat pulak

    BalasPadam
  4. Kapurung..baru tahu jenis juadah ini..menarik ni kapurung..

    BalasPadam
  5. Tengok dengan segala lauk tu mesti sedap kak... kenyal2 berkuah gitu

    BalasPadam
  6. sedap nampak kapurung unik sekali makanan tradisi

    BalasPadam
  7. Ada geng makan lagilah best kan...

    BalasPadam
  8. Alaaa kapurung, bila la dapat rasa. Nampak sedap sangat ni Kak Amie

    BalasPadam
  9. Okey... ini uncle tak pernah rasa....

    BalasPadam
  10. Sama dengan papeda kak? Papeda makanan khas Papua. JD memang orang2 Papua tidak makan nasi, tapi sagu. Kenyal. Lauknya biasa ikan kuah kuning. Saya tak pernah coba, sebab saya tak suka ikan kuah kuning. Krn itu belum tertarik.

    Tapi lihat kapurung, macam lebih sedap lauknya 😄

    BalasPadam
  11. Teringinnya nak mencuba kapurung tu.

    BalasPadam
  12. Saya juga menyukai kapurong setelah beberapa kali membeli di Pasar Malam Chester,,tapi kuahnya bening.Lepas ni nak try alter kuah macam cikgu lah..Nampak sedap betul

    BalasPadam
  13. wahh nmpk mengancam sedapp nih kapurung ., hehe

    BalasPadam
  14. pandai ya si Ayah, jual nama Firdaus pula..hihihi

    BalasPadam
  15. Menariknya tinggal di Borneo banyak suku kaum, jadi makanannya pun variety.

    BalasPadam
  16. Bila la dapat rasa Kapurung ni....nampak sedap tu ha...

    BalasPadam
  17. ammi pernah sekali tonton video org sediakan kapurung lepas tu berlumba2 video kapurung keluar di TT dan mmg terliur tiap kali tgk droang makan. plg best rasanya yang makan dengan sardin yang dicampur kangkung dan cili...ehhh terliur pulak kita

    BalasPadam