Pages

Khamis, 2 Oktober 2025

Jalan-Jalan Cari Jeruk : Masin, Manis, Asam yang Mengikat Selera

Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar-gambar jeruk buah di bawah ini tersorok nun di bawah galeri HP! Rasanya sudah lebih tiga tahun yang lalu bersembunyi di situ. Hari ini kita jadikan paparan. Sudah tidak ingat beli di kedai mana tetapi tempatnya di Kota Kinabalu.

Setiap kali berjalan di pasar atau singgah di gerai kecil tepi jalan, balang-balang besar berisi jeruk berwarna-warni memang cepat menarik perhatian. Dari jeruk mangga yang masam manis, hingga jeruk kedondong yang buat air liur meleleh, semuanya seakan mengajak kita berhenti sebentar dan menikmati rasa tradisi yang tak lekang dek zaman.

Waktu kecil dahulu setiap kali menjelang hari raya memang penuhlah meja dengan hidangan jeruk dan halwa buah-buahan hasil air tangan emak kita. Bukan di rumah sendiri, di rumah jiran dan orang kampung pun banyak hidangkan jeruk dan halwa selain kuih-muih dan kerepek. Aduhai.... nostalgia sungguh!

Tergoda tak melihat gambar jeruk buah-buahan di bawah ini?

Jeruk Buah-Buahan

Jeruk buah-buahan mempunyai keistimewaan tersendiri yang membuatnya kekal digemari dari dulu hingga kini. Rasa uniknya yang masam, manis dan sedikit masin menjadikannya kudapan yang menyegarkan, apatah lagi bila dinikmati sambil berjalan-jalan atau dalam perjalanan jauh. Selain itu, jeruk juga menjadi cara tradisional untuk mengawet buah supaya tahan lebih lama, sekaligus menambah variasi pilihan daripada mangga, kedondong, cermai hinggalah salak.

Lebih menarik, jeruk bukan sekadar makanan, tetapi sebahagian daripada warisan budaya yang sering dikaitkan dengan nostalgia pasar malam, gerai tepi jalan dan kenangan zaman kecil. Balang-balang jeruk berwarna-warni yang tersusun di kedai pula seakan menggamit selera dan mengingatkan kita bahawa dalam sesuatu yang sederhana, ada cerita dan rasa yang besar maknanya.

Sudah tentu anda terus membayangkan balang-balang Jeruk Madu Pak Ali!

Jeruk Sengkuang

Jeruk Kolang- Kaling & Bawang Putih

Jeruk Buah Salak

Jeruk Mangga

Tak boleh renung lama-lama. Kecur bah!




Dahulu bolehlah makan jeruk buah sepuasnya tetapi sekarang setakat untuk rasa-rasa sajalah. Ngilu pula gigiku yang tua ini.... ahaks!

18 ulasan:

  1. Umangaiii lama betul kak Amie pram gambar ni. hihi...
    Yang bentuk selabu bawang putih dan ulas ulas bawang putih (kolang kaling) tu je tak pernah makan. Teringat pulak halwa betik makngah saya buat. Asal nak raya mesti dia buat. Kami sekeluarga pula buat halwa buat kabung/beluluk.Ada orang campur dengan sirap. Mana-mana pun sedap.
    Saya ingatkan putih tu buah beluluk, rupanya bawang putih.
    Betullah kak Amie, kalau tengok jeruk begini mesti teringat Jeruk Madu Pak Ali. Tengok sekali pun dah buat kecur, apatah lagi direnung lama-lama. hihi...

    BalasPadam
  2. Jeruk bawang putih tu dana tak makan gitu je kak, biasa makan dengan ns kerabu hehehe... dah macam kolang kaling dah dia kan. Dana dulu suka beli jeruk campur-campur yang dekat aeon tu kak... kalau main cedok tak ingat dunia sekali bayar rm30 naya hahahha

    BalasPadam
  3. aishhhhh dugaan apakah ini?
    Masa kecil dulu ammi dan adik beradik tak dibenarkan makan jeruk. Arwah ayah mmg anti betul dengan any kind of pickles, jajan. Tp bila disekolah kita belilah juga curi2...masa tu org tu jual jeruk kulit mangga je pun. Kulit mangga pun boleh jadi duit.

    BalasPadam
  4. Sama lah ngilu, tapi buah naga tu makanan kesukaan pula..hehehe

    BalasPadam
  5. Sambil tengok gambar jeruk ni tertelan air liur. Aduhhhh....

    BalasPadam
  6. tika dulu2 semua jeruk makan la ni kalau cuba sakit perut

    BalasPadam
  7. Kecur air liur tengok pelbagai jenis jeruk tu Kak Amie 🤤

    BalasPadam
  8. Hahahahahah pas baca paragraf awal, dah bayangkan aneka jeruk šŸŠ. Saya lupa kalau jeruk di sini maknanya manisan šŸ˜„.

    Saya sukaaaaa.... Di dekat Medan ada kedai manisan buah yg terkenal. Bukan cuma buah yg dibuat jeruk, tapi juga cabe merah besar, pala atau nutmeg...

    Manisan pala ini yg saya tak sanggub makan hahahah. Aneh rasanya.

    Fav saya manisan salak dan mangga.

    BalasPadam
  9. Kalau jeruk² tu rasa rangup...lagi sedap...

    BalasPadam
  10. Baru2 ni anak buah pi Penang bawak balik jeruk pak ali. Sedap lama tak makan.

    BalasPadam
  11. Dulu peberet sekarang buat raso-raso je tak boleh makan sampai habis. Perut dah season. hehehe

    BalasPadam
  12. Ingat dulu kalau asam-asam ni buat hidangan raya memang cepat laku.

    BalasPadam
  13. SA ingat lagi..SA pencinta jeruk...dulu pantang jumpa jeruk mesti nak beli...tapi sejak usia dah meningkat ni dan apa yang SA suka dulu dah jarang SA sentuh...jeruk2 ni la...lama dah SA x makan jeruk...sedapnya..suka jeruk mangg, kedondong dan sengkuang tu....jeruk betik pun sedap

    BalasPadam
  14. Nasiblah kamu si jeruk... betul² dijeruk²kan dalam galeri HPšŸ˜†

    Betullah... masa zaman kecik² nak makan jeruk masa raya... sekarang nak makan tiap² hari pun boleh.

    BalasPadam
  15. Masa kecik makan jeruk dengan air jeruk tu sekali. Mungkinkah kena gastrik sebab itu.

    BalasPadam
  16. jeruk bawang putih & kolang-kaling tu feveret...setiap kali ke Sogo, mesti singgah outlet IZJeruk, ada jual...kolang-kaling dipanggil buah kabong..

    BalasPadam
  17. Siapalah yang tidak tergoda tengok gambar jeruk banyak2 macam ni, Kak Amie!

    BalasPadam