Pages

Ahad, 12 Oktober 2025

Dari Lisbon (Portugal) ke Toledo (Sepanyol

Bismillahirrahmanirrahim.
Di bawah bacaan suhu sejuk-sejuk manja 16'C bas mula bergerak meninggalkan Lisbon.


Selamat tinggal Lisbon!
Selamat tinggal kota kebanggaan Alfonso de Albuquerque.





Bas menyeberangi jambatan gantung (road & rail)  Ponte 25 de Abril yang berdiri gagah di atas Sungai Tagus yang menghubungkan Lisnom di seberang utara sungai dengan Almada, di seberang selatan Portugal. dari tebing Lisbon ke tebing Almada




Selamat tinggal Lautan Atlantik yang terletak di muara Sungai Tagus!


Sekarang bas sudah berada di sempadan Almada. Melihat rakan-rakan sudah tertidur, kita pun rasa hendak lelapkan mata juga. Rasa sayang juga tidak dapat melihat pemandangan di sepanjang jalan. Mana tahu ada kambing, lembu atau kuda sedang meragut rumput! Bolehlah ambil gambar. Sayangnya, kita pun ikut terlelap sama setelah merakam beberapa keping gambar!


Inilah antara gambar-gambar terakhir yang sempat kita rakam di Portugal sebelum memasuki wilayah Toledo di Sepanyol.


Matahari Portugal nampak memancar walau dalam musim sejuk dan awan kelihatan mendung di sepanjang jalan.





Kelihatan jajaran pokok epal yang menunggu waktu ketibaan musim bunga untuk berbunga dan berputik.

Ladang pokok anggur di musim sejuk.


Ladang pokok zaitun.





Apabila terjaga, rupanya kami sudah memasuki sempadan Sepanyol!




Bas berhenti di sebuah hentian rehat di Merida. Kami tumpang tandas dan solat jamak zohor dan asar di sini. Terima kasih empunya kafe kerana membenarkan kami menggunakan tandas percuma di sini. Kami juga dibenarkan menggunakan ruang di bahagian belakang kafe untuk menunaikan solat.


Selesai solat, ada yang duduk seketika di kafe mnikmati kopi dan ada yang membeli air mineral serta makanan. Kami jalan-jalan di bahagian souvenir dan beli apa yang diingini. Sebenarnya, untuk menyatakan rasa terima kasih kepada tuan kafe!



Sementara menunggu rakan-rakan menunaikan solat dan minum di kafe, Amie habiskan masa dengan merakam beberapa keping gambar di sini.












Perjalanan diteruskan menuju ke tempat penginapan di Toledo. Sebagaimana yang dijanjikan, di dalam bas kami beramai-ramai membaca Surah Yasin dan bertahlil dengan diketuai oleh tour guide kami, Ustaz Azhar.

10 ulasan:

  1. Photo-photonya sungguh luar biasa
    Aneka cenderama mata juga keren keren bentuknya
    Ayo abadikan juga lewat video, biar lebih seru

    BalasPadam
  2. Bestnya berjalan masa ni sebab cuaca pun sejuk je.....cantik pulak tempatnya.

    BalasPadam
  3. Sayapun akan beli sedikit barang dari kafe itu, kalo diizinkan pakai toilet dan bahkan bisa sholat. Baik sangaaat owner kafe. Dan barang yg dijual seriuuuus cantiiiiiiik 😍😍. Memang sesuai untuk oleh2

    BalasPadam
  4. baik betul empunya kedai bagi tumpang tandas dan solat...

    sy tau toledo ni sbb ada kelab bola tu je laa😁

    BalasPadam
  5. Indah belaka pemandangannya. Macam-macam cenderamata boleh dibeli, cantik-cantik semuanya.

    BalasPadam
  6. Cantik- cantik gambar pemandangan di entry ni kak...murah ke mahal cenderamata kat situ kak amie?

    BalasPadam
  7. Bagus nya owner bagi izin solat. Souvenir pun cantik2 mesti rasa nak beli sikit2 kan.

    BalasPadam
  8. Stunning betul cenderahati yang dijual tu.

    BalasPadam