Pages

Rabu, 8 Oktober 2025

Berkenalan dengan Patulakan : Kuih Tradisional Masyarakat Bajau / Suluk

Bismillahirrahmanirahim.
Pernah dengar nama kuih patulakan?
Pertama kali Amie dengar dan lihat sewaktu sedang makan-makan di tepi laut, seorang rakan memperkenalkan kuih tersebut tetapi dengan sebutan yang berbeza iaitu pitulakan. Ada yang sebut patulakan juga : Di Bawah Bulan Mengambang

Patulakan ialah sejenis kuih tradisional dari Sabah, khususnya terkenal dalam komuniti Bajau / Suluk di pantai-pantai timur seperti Semporna, Tawau dan kawasan sekitarnya. Kuih patulakan ini biasanya dihidang dalam majlis keluarga, kenduri atau perayaan dalam komuniti tempatan. 

Bahan asas biasanya tepung beras (atau tepung pulut), kelapa parut dan santan pekat dan gula. Kali pertama makan patulakan, Amie jumpa versi putih. Kali kedua, jumpa versi warna coklat pula, bermakna adunannya menggunakan gula merah.

Kuih Patulakan yang sudah dipotong-potong.

Kuih Patulakan


Kuih Patulakan - Kuih tradisional masyarakat Bajau / Suluk.

15 ulasan:

  1. Seingatnya, ini pertama kali saya tahu dan lihat kuih patulakan. Sekali tengok macam bentuk lemang.

    BalasPadam
  2. first time tengok ni.. sekali tengok macam lepat ubi kayu.. insyaAllah..jika akhir tahun ni saya jadi ke sabah ..saya cuba cari

    BalasPadam
  3. tak pernah pula linda tahu kak Amie..pertama kali nie

    BalasPadam
  4. kuih tradisi bajau nampak macam lepat liat

    BalasPadam
  5. Kalau tengok bahannya, macam kuih kacau yang arwah tok pernah buat tapi tak digulung sebegini. Bestnya macam2 ada makanan traditional di sana.

    BalasPadam
  6. Pengeeeeen ❤️❤️. Kue2 tradisional begini, selalu buat saya tertarik. Lebih sehat, Krn rata2 tidak digoreng . Membuatnya pun tidak mudah. Dan kalau dibungkus daun begini, biasa aromanya lebih wangi

    BalasPadam
  7. Macam lepat pun ada tapi ia digulung.

    BalasPadam
  8. Eh eh, macam pernah jumpa kuih ni masa jalan² naik kapal terbang. Tapi tak tahu nama masa tu. Sekali pandang macam lepat liut.

    BalasPadam
  9. Dah macam lemang tepung plak Kak Amie...

    BalasPadam
  10. macam gula melaka pula warnanya.
    mesti ada rasa sticky2 manis

    BalasPadam
  11. nampak macam lepat ubi kayu pula teksturnya

    BalasPadam
  12. SRupa seakanan kuih Tepung Torak tapi pastinya ada perbezaan rasa..Kalau jumpa kuih pelik-pelik ni memang akan beli dan rasa..

    BalasPadam
  13. Kreatif sekali..pasti rasapun tak mengecewakan..begitu kuih tradisi bajau suluk..baru juga saya tahu jenis kuih patulakan..

    BalasPadam