Pages

Isnin, 6 Oktober 2025

Belanja Firdaus Makan Tengah Hari

Bismillahirrahmanirahim.
Hari ini merupakan hari pertama Firdaus dan kawan-kawannya menduduki peperiksaan sekolah agama SRU. Sebaik sahaja masuk kereta, katanya perutnya lapar. Kononnya hendak bawa Firdaus makan di tempat kegemarannya, Happy Spoon Cafe. Opppsss! Terlupa, hari Isnin kafe ini tutup.Terpaksalah patah balikkeluar dari Bandar Tabanak menuju ke Bandar Sri Perdana

Firdaus hendak makan dua jenis menu iaitu Nachos Cheese dan Zingery Chicken Burger

Nacjos Cheese, Zingery Chicken Burger, Thai Mango Chicken Rice & Alfredo Chicken Pasta


Encik Suami - Lemonade
Amie - Mint Lamonade
Firdaus - Mango Sparkling with Mango Pop


Firdaus - Nachos Cheese



Sekelip mata saja Nachos Cheese hilang dari pinggan dikerjakan oleh Firdaus!

Firdaus - Zingery Chicken Burger


Zingery Chicken Burger ini pun terus hilang dari pandangan... ahaks! Nampak betul Firdaus lapar. Saiznya pun tidaklah besar mana. Kecil jew.


Zingery Chicken Burger ini mengandungi kepingan ayam goreng rangup. Patutlah Firdaus suka! Ada kentang goreng kegemarannya juga.

Bersungguh dia makan.

Encik Suami -Thai Mango Chicken Rice


Thai Mango Chicken Rice ini nasi dan lauk dihidangkan dalam satu pinggan. Seperti biasa, nasinya dari beras kampung atau beras huma. Nasinya memang warna begitu, bukan ditambah warna. Amie biasa beli beras begini di Kundasang. Namanya beras keladi wangi.

Alfredo Chicken Pasta


Alfredo Chicken Pasta ini berlemak dengan mentega, krim dan keju parmesan (sos Alfredo) dilengkapi dengan hirisan dada ayam goreng. Amie tak habis makan, dan akhirnya dibantu oleh Firdaus.

Golden Syrup Waffle


Kami tidak habis makan Golden Syrup Waffle. Semua sudah kekenyangan. Jadi, bungkus bawa pulang!


10 ulasan:

  1. Lama x tgk firdaus sbb auntie jarang masuk sini... besar dah... dh start exam ye daus? all the best ye

    BalasPadam
  2. berselera firdaus ngap burger! suka kentang yg gemuk2 camtu, selalu kalau makan fastfood, dapat kentang kurus tu je

    BalasPadam
  3. Firdaus bertambah sayang ibunya ..selera firdaus makan..alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. Uih sedapnya kak... Firdaus ni suka western ya kak

    BalasPadam
  5. Semua pun sedap terutama Alfredo Chicken Pasta tu.

    BalasPadam
  6. Saya selalu sukaaa jika melihat anak2 lahap makan 😍😍. Tidak pilih2 pula. Jarang ada anak begitu. Pandaaai memang firdaus 👍👍

    BalasPadam
  7. wowww... selera matsaleh Firdaus.
    Saya suka mango pop dalam float tapi sekarang cafe yang jual takde dah keluarkan mango float pula.

    BalasPadam
  8. Seronok tengok Firdaus makan...sentiasa berselera..kena ngan tekak dia la tu kan kak amie, fries tu dah semestinya pilihan dia...

    BalasPadam