Pages

Khamis, 11 September 2025

Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kali ketiga datang ke kedai mix soto tapi masih tutup seperti hari-hari sebelumnya.  Kononnya hendak baca notis yang ditampal tetapi tidak ada pula. Mungkin sudah dicabut.  Sudahnya kami singgah cari makan di kafe berhampiran iaitu di Twenty8. Di sini suasananya lebih santai dan berhawa dingin. Setiap makanan yang dipesan semuanya ada dan tidaklah menunggu lama untuk dihidangkan.

Encik Suami memesan Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai. Amie hanya memesan makanan ringan sahaja iaitu nachos. Kali ini sama-sama memesan minuman sejuk. Mint Lemonade untuk Amie dan Peach Tea untuk Encik Suami.

Encik Suami - Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai.

Nasi Goreng Pucuk Ubi & Daging Salai - RM18.00


Nasinya dari beras kampung, dihidangkan bersama daging salai yang berasa asapnya dan dilengkapi dengan acar timun. Sos daging salai seakan-akan sos lada hitam.

Eh, sedaplah nasi goreng pucuk ubi!
Ada campuran telur dalam nasi goreng itu.


Daging salainya banyak! Walaupun sudah habis Encik Suami makan nasi goreng, tetapi masih lagi berbaki daging salainya. Perlahan-lahanlah kita bantu Encik Suami makan, sambil Encik Suami sendiri berusaha menghabiskannya.

Nasi Goreng Pucuk Ubi dengan Daging Salai.

Mint Lemonade & Peach Tea

Amie - Nachos RM20.00

Bismillah

Amie lebih berminat meratah makanan ringan, kepingan tortilla atau kerepek kentang yang dihidang bersama hirisan dadu tomato, bawang, timun serta keju cair.

Nachos


Mangga Manila

Sampai rumah, singgah ziarah bawah pokok mangga udang dulu sebelum buka pintu. Kutip dua biji mangga manila. Alhamdulillah.

14 ulasan:

  1. rare menu nasi goreng dgn daging salai...byk portion daging salai tu

    BalasPadam
  2. Menu kesukaan saya banget
    Ada tambahan telur pula
    Wah mantap jiwa, nikmat
    Buah mangga, lengkap sudah

    BalasPadam
  3. Salam singah, nak bagitau, komen di blog saya dah saya baca...

    BalasPadam
  4. Subahanallah..menu makanan sangat hebat..selalunya menarik kepada pembaca dan kami semua..Tahniah berseri dan menyeri di laman MEDSOS Blogspot.

    BalasPadam
  5. Peach tea kegemaran. Menariknya nasi goreng pucuk ubi & daging salai tu 1st time dengar. Nachos pun nampak sedap.

    BalasPadam
  6. Aduhaiii..kempunan lagi kak Amie nak makan soto. Takpelah, lain kali datang lagi. Ke serik dah? Tak ada rezeki lagi harini. Tapi digantikan dengan rezeki nasi goreng daging salai pucuk ubi dan Nachos yang sedap. Rare betul nasi goreng dengan pucuk ubi dan daging salai.

    BalasPadam
  7. Saya belum pernah rasa nasgor dengan pucuk ubi 😍😍😍. Tapi melihat bentuknya, yakin sedaaap. Harga agak mahal, tapi mengingat daging salainya saja banyaaak, jadi memang berbaloi sangat ya kak 😍😍

    Kemanalah Kedai soto itu belum buka2 juga 😅😅

    BalasPadam
  8. pestime dengar ada nasi goreng pucuk ubi ni. dagingnya banyak betul, dihiris nipis camtu senang nak kunyah. tengok gambar pun dah terasa kesedapannya

    BalasPadam
  9. First time nampak nasi goreng pucuk ubi dengan daging salai ni...nampak sedap betul...

    BalasPadam
  10. Yang diziarahi pokok mangga udang, yang dikutip buah mangga Manila, hihi. Berasa kampung tu seakan ungu warnanya, Kak Amei. Nampak serasi nasi goreng dihidang bersama daging salai.

    BalasPadam
  11. Sesuatu yang lain.. nasi goreng pucuk ubi. Nampak daging salainya pun banyak dan sedap.

    BalasPadam
  12. wahhh lain drpd yg lain tu kak...
    rs nya belum pernah jumpa daun pucuk ubi dijudukan dgn nasi goreng

    BalasPadam
  13. Nampak besar sungguh portion nasi goreng dan nachos tu. Berbaloi dengan harganya.

    BalasPadam