Pages

Khamis, 18 September 2025

Meronda Tanaman Tepi Rumah

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini LD terang benderang setelah beberapa hari dalam kegelapan. Walaupun dikatakan bekalan untuk sementara tapi sekurang-kurangnya sejak malam tadi tidak ada gangguan. Kelmarin tengah hari bekalan air pula terputus tanpa apa-apa notis.  Pagi ini Alhamdulillah bekalan air kembali pulih.

Buat rakan-rakan penoreh yang bertugas di ladang pada hari ini, semoga sentiasa tabah. Ladang kami tidak menghadapi masalah bekalan elektrik kerana kedudukannya berdekatan dengan Hospital LD. Jadi, aktiviti perkampungan ilmu tetap dijalankan seperti biasa. Esok giliran Amie pula kemdalikan aktiviti tersebut.

Sarapan apa pagi ini? Kami sarapan di luar saja. Balik sarapan terfikir pula hendak masak untuk sajian tengah hari. Rasanya hendak masak asam pedas kepala ikan layar. Tanya kepada Encik Suami, ada lagi tak bunga kantan di pokok? Minggu lepas Encik Suami bawa masuk dapur dua kuntum. Amie masak dengan ikan sardin dalam tin. Sedaplah pula  rasanya!

Alhamdulillah, pokok kantan ada bunganya. Kami tanam jenis bunga kantan saiz kecil. Apabila ada pokok kantan senditi, memang jaranglah hendak beli. Tengok harga pun seram semacam! Kecil saja bunga kantannya, harga sudah mencecah RM3-RM3.50 sen.

Pokok kesum pun subur elok tumbuhnya di belakang rumah. Encik Suami tanam di bawah pokok anggur. Lengkaplah aroma asam pedas, ada daun kesum dan bunga kantan. Biasanya kalau kedua-dua bahan ini tidak ada, Amie hanya gunakan daun limau purut yang tumbuh subur sebelah pokok mangga udang.

Pokok kesum.

Pokok kantan di depan rumah, luar pagar.


Sedang sibuk meninjau pokok kantan, terpandang pula pokok mulberi yang entah sejak bila sudah berbuah! Kata Encik Suami, lama sudah mulberi keluar buah. Amie saja yang tak pernah nampak, katanya.


Pokok mata kucing Brazil sudah mengeluarkan bunga dan putik tapi nun jauh di atas. Di belakangnya pokok epal bidara dengan buahnya yang masih bergayut-gayut.

Bunga mata kucing Brazil yang di bahagian bawah pokok.


Buah lemon pun banyak yang hampir masak.


Seminggu dua lagi bolehlah petik buah lemon. Setakat ini kami gunakan lemon  dari pokok sendiri. Apabila lemon cukup matang, jusnya banyak!

Pokok limau kasturi pun mula berbuah.


Encik Suami tanam sepuluh pokok nanas di dalam tong. Alhamdulillah, sudah boleh tuai hasil. Nanasnya jenis kecil tapi sangat manis. Rajin pula nanas berbuah. Bukan kami sahaja yang dapat makan, Encik Suami bahagi-bahagikan ke kampung juga.

Nanas hasil tanaman Encik Suami.

Terung Pipit

Terung Pipit

Sempat petik terung  pipit di pokok dan juga cili putih yang juga hasil tanaman Encik Suami.

Cili Putih

Mangga Udang

Pagi ini tiada mangga manila yang dikutip. Nampaknya memang musim mangga manila sudah berakhir. Terpandang satu bungkusan rapat ke tembok pagar di hujung pokok anggur. Apabila dibuka, rupanya ada dua biji mangga udang!

Sekian, cerita pagi ini.
Semoga tiada gangguan bekalan air dan elektrik terputus. In syaa Allah.

17 ulasan:

  1. seronoknya tengok hasil tanaman yg dah masak camni. tak payah susah2 beli kat pasar :D

    BalasPadam
  2. Bestnya kak, luas tanah akka. Memacam pokok boleh tanam. Seronok mengutip semua hasilnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidaklah luas maba, sekadar tanam selit-menyelit gitu.

      Padam
  3. Luas agaknya laman belakang rumah akak ye. Boleh tanam macam² pokok. Seronok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidaklah luas, sekadar kangkang kucing jew PH.

      Padam
  4. Bestnya ada tanaman yang pelbagai..jimat duit tak payah beli dah.. lagi2 lemon tu.. sebiji je dah berapa harganya kalau kat pasar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, lemon tu memang berbaloi sangat. Tak payah beli sekarang ni.

      Padam
  5. Banyaknya hasil tanaman keliling rumah. Untung orang bertanah dan rajin pulak tu bercucuk-tanam. Tentu sejuk tangan Kak Amie suami isteri, pokoknya hidup subur dengan buah yang banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik Suami yang rajin berbudi dengan tanah. Kita pungut hasilnya jew.

      Padam
  6. Pokok bidara kat kg jenuh le dia nak berbuah. Amie pakai baja apa ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Encik Suami tak pernah bubuh baja. Tanam gitu jew, termasuk pokok yang lain. Mungkin tanahnya memang sedia subur kot.

      Padam
  7. Aiiih mahal juga bunga kantan di sana kak. Di sini masih murah bunga kantan, saya sering beli sebab untuk sambal 😄. Anak saya suka sangat sambal kecombrang/kantan.

    Asyik yaaaa kebun kak Amie banyaaak buah2 dan sayur. Jadi ingat rumah orangtua saya saat di Aceh. Papa suka berkebun, mama pula suka tanam bunga. Tapi memang 2-2 nya bertangan hijau lah 😄

    BalasPadam
  8. Syukur dah kembali pulih. Sementara okay lagi daripada tak ada lansung kan kak Amie. Mujurlah sekolah tak terjejas, kalau tidak parah juga tu.
    Senang nak masak ada bahan-bahan tanaman tepi rumah je. Nak masak petik je. Semua tanaman menjadi je. Geram betul tengok lemon bergayut tu. Puas makan lemon tak payah membeli. Hari hari dapat minum air lemon segar. Bestnya nanas pun berhasil. Setahu saya, nanas ni antara buah yang lambat mengeluarkan hasilnya. Siap berbahagi tu maksudnya banyak sudah hasilnya. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  9. Rajin bertanam banyak herba dan buah..rezeki dan jimat rasanya, kesum tu suka wanginya..

    BalasPadam
  10. Macam-macam tanaman Encik Majid.. semua keluarkan hasil.
    Memang sedaplah sardin bubuh bunga kantan.

    BalasPadam
  11. wahhh pokok lemon kak amie hidup subur...
    akak guna baja apa ya untuk semua ni?

    BalasPadam