Bismillahirrahmanirrahimm.
Awal-awal lagi Encik Suami pesan untuk menginap di LA Hotel. Kita pun faham Encik Suami suka tempat letak kereta yang luas di situ. Seperti biasa, kononnya hendak walk ini saja. Pukul 02:05 petang kami sampai LA Hotel tapi semua bilik sudah penuh.
Amie telefon Shervinton Executive Boutique Hotel dan ada kekosongan bilik di situ. Terus tempah untuk dua malam. Encik Suami memang tidak suka menginap di situ kerana banyak deretan hotel dan tempat letak kereta sentiasa penuh. Nanti terpaksalah cari tempat letak kereta yang agak jauh dari hotel.
Musim cuti begini memang hotel sentiasa penuh! Kami tidak dapat family room. Syukurlah dapat juga bilik twin bed single. Nampak sibuk sungguh petugas kaunter melayan pelanggan. Alhamdulillah, urusan daftar masuk kami berjalan lancar. Bolehlah terus masuk bilik dan berehat.
Melihat suasana bilik yang suram begini memang mengundang mata untuk terus lelap!
Berus gigi diletakkan bersebelahan dengan air botol.
Sesuai dengan taraf hotel tiga bintang, kemudahan asas yang disediakan termasuklah sterika dan iron board, hair dryer dan ada dua biji bantal tambahan.
Dalam bilik air ada pintu dwifungsi. Boleh digunakan untuk tutup bilik tandas dan boleh ditolak untuk menutup bilik mandi.
Mangkuk tandas terletak di bilik berasingan dengan sinki.
Bilik tandas boleh ditutup dengan pintu dwifungsi.
Pintu dwifungsi boleh ditolak untuk menutup bilik mandi.
 |
Tuala Mandi |
Barangkali terlalu ramai pelanggan sehingga terlupa hendak sediakan tuala dalam bilik. Apabila Encik Suami telefon, rupanya tuala baru saja sampai dan akan diagihkan ke bilik. Beberapa minit kemudian dapatlah dua helai tuala yang masih panas, mungkin baru keluar dari bilik dobi. Teringat pula tiada tuala kaki. Telefon lagi, dan kemudian datanglah pekerja hotel membawa tuala kaki.
Sebenarnya kami sudah beberapa kali menginap di hotel ini. Seperti sebelumnya, antara hiasan dalaman di sini termasuklah kain batik pelbagai corak terpampang di setiap sudut hotel, dari pintu masuk sehinggalah ke ruang menunggu lif dan seterusnya ke ruang dewan makan.
Buka sahaja pintu bilik kami, terus terpandang kain batik dalam bingkai yang terletak kemas.
Menjelang pukul lima petang, kami bercadang untuk keluar jalan-jalan ke pantai. Encik Suami kata tak perlulah naik kereta sebab katanya nanti kalau balik semula, tempat letak keretanya diambil orang. Sabar sajalah kita!
Buka pintu hotel, terus nampak Prince Hotel di seberang jalan. Sebelah Prince Hotel ialah Heritage Hotel. Dan di hujung sekali yang bercat merah itu Monaco Hotel.
Sayangnya ketika ini bekalan elektrik juga terputus di Tawau. Banyaklah kedai dalam keadaan gelap dan ditutup lebih awal. Hotel kami pula ada bekalan elektrik sendiri, jadi tidaklah terjejas. Oh, Tawau pun terputus bekalan elektrik.
Dengar khabarnya di LD selepas kami tinggalkan dalam keadaan terputus bekalan elektrik kelmarin, pukul dua pagi baru ada elektrik tetapi itu pun dicatu! Habislah rosak segala isi dalam peti sejuk kami!
 |
Heritage Hotel & Monaco Hotel |
 |
Heritage Hotel |
 |
Dynasty Hotel |
 |
Shervinton Executive Boutique Hotel terletak di sebelah Dynasty Hotel. |
 |
King Park Hotel terletak di hujung jalan.
|
 |
Google - Dewan Makan Shervinton Executi Boutique Hotel |
 |
Firdaus sedang bersarapan. |
 |
Sarapan pilihan Firdaus. |
 |
Secawan kopi kegemaran Encik Suami. |
 |
Amie - Bubur Nasi |
 |
Tembikai, cucur manis dan sandwich. |
Sebenarnya banyak pilihan sarapan termasuk nasi lemak, bihun goreng dan pelbagai lauk-pauk lain tapi Amie hanya memilih yang ringan sahaja.
 |
Ala-ala American Breakfast. |
Berderet hotel dekat situ...agaknya orang pun keluar mencari bekalan eletrik kot...semoga yang baik² saja..aamin
BalasPadamhotel berbintang penginapan selesa sonok bercuti ya Daus
BalasPadamsama macam asben.. kalau dah jumpa parking dia taknak alihkan kereta takut orang lain ambik. lebih rela naik grab.
BalasPadamAda tengok berita kata bekalan elektrik ditutup sebab banjir tu kan. Semoga dipermudahkan urusan penduduk sana. Sebak pulak tengok ada yang tertimbus dalam tanah runtuh.
BalasPadamSelamat bercuti, seronoknya melancong dalam Negeri Bawah Bayu..alhamdulillah, ada runtuhan di kolombong K Kinabalu, hati hati di mana berada ya..
BalasPadamAiiih sedihnya , rusak semua bahan2 di freezer kak? Lamaaa mati listrik yaaa. 😞.
BalasPadamSuami saya pun kalo sedang road trip dan menginap di hotel yg parking terbatas, dia suka malas bawa mobil . Jadi pesan grab lah, so tak perlu kluarkan mobil 😁
Cuti sekolah ni mana-mana hotel mostly fully booked. Next time kena booking awal kak Amie. Oo kak Amie pernah menginap di sini bila cerita pasal kain batik tu. Macam pernah baca juga.
BalasPadamBiasanya dengar air di catu, ni elektrik di catu. Harap tak lama seperti yang diberitakan tu. Sedih betul mengenangkan stok makanan rosak dalam peti ais tu.
Risau betul husband kak Amie dengan parkir. Risau tak ada parkir dan tak nampak kereta. Kak Amie dan bubur berpisah tiada kalau menginap di hotel. Seperti yang kak Amie cakap, mesti cari bubur dulu. hihi...
Cuti sekolah kan banyak tempat fully booked, apa lagi cuti tambahan 15/9.
BalasPadambest betul ada iron board dalam bilik. selalu kalau hotel2 ni cuma disediakan iron board kat hallway tingkat2 tertentu je.
BalasPadamcantik pulak bila kain batik duduk dalam frame macam tu!