Bismillahirrahmanirrahim.
Cuti penggal kali ini kami wajib menoreh. Terpaksa akur arahan untuk menyempurnakan aktiviti perkampungan ilmu SPM di ladang. Walaupun Isnin dan Selasa cuti umum, namun aktiviti dimulakan pada petang Jumaat dan hari Sabtu, kemudian disambung selepas cuti. Pembahagian waktu dan tugas yang diatur menyebabkan kami 'terperangkap' dengan arahan dan membatalkan perancangan untuk bercuti bersama keluarga.
Rindu sangat hendak bertemu Hamzah. Kami minta Abang Farid balik LD minggu ini tetapi Hamzah ada janji temu di Hospital Selayang pada hari Selasa.
Akhirnya duduklah termenung mengusung kertas peperiksaan percubaan SPM untuk ditanda. Kelmarin, dari pukul lima petang sehingga pukul satu malam, bekalan elektrik terputus. Pagi tadi, putus lagi. Allahu Akbar! Rupanya berpunca dari tiang menara SESB tergelincir akibat tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang. Akibatnya, pengguna di Pantai Timur Sabah terjejas melibatkan daerah Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.
Firdaus suarakan hasrat hatinya untuk jalan-jalan ke Tawau. Katanya, hadiahkanlah jalan-jalan ke Tawau sempena peningkatan keputusan peperiksaan percubaan di sekolah agamanya. Kasihan juga budak kecil itu terpaksa memerap di rumah selama seminggu! Jadinya, pagi tadi kami pun berkemas-kemas untuk jalan-jalan ke Tawau. kebetulan pula masalah bekalan elektrik terputus tidak melibatkan daerah Tawau.
Hampir pukul 10 pagi, kami tinggalkan LD. Encik Suami hendak makan ikan bakar di Senduk Jebat, Kunak. Jadi kami singgahlah ke situ.
 |
Makan tengah hari di Senduk Jebat, Kunak. |
Sementara menunggu ikan bakar siap diolah, tengok-tengok dahulu lauk-pauk lain yang sudah tersedia di situ. Boleh pilih lauk-pauk atau ulam-ulaman untuk digandingkan bersama ikan bakar.
Tengok sambal tempoyak, terliur pula!
Oleh kerana kami sudah memilih ikan, udang dan sotong jadi tidak perlulah lagi ambil lauk-pauk lain selain ulam-ulaman.
 |
Sambal Tempoyak |
 |
Kicap Lada |
 |
Budu |
 |
Ikan Sebelah @ Sisa Nabi |
 |
Udang Butter Kering |
 |
Firdaus pun meratah separuh udang ini tapi dia tak makan ikan bakar pula! |
 |
Bismillah. |
 |
Harga keseluruhan termasuk minuman - RM115.10sen. |
Baru hendak suap nasi tiba-tiba letrik terputus. Kipas angin terhenti berputar. Bayangkan, dalam keadaan panas menyuap ikan bakar pedas ke mulut. Sempat meleleh peluh!
Kalau sampai ke Kunak, singgahlah makan di Senduk Jebat. Kami biasanya anggarkan waktu sekitar pukul 11:30 pagi untuk sampai ke sini. Hal ini disebabkan kita kena pilih ikan atau makanan laut lain yang digemari dan kena tunggu siap diolah. Sewaktu kami sampai tengah hari tadi memang agak ramai pelanggan yang datanag, dan masing-masing menunggu dengan sabar tempahan makanan masing-masing.
Ikan bakar, sotong dan udang kami semuanya terhidang selepas 30 minit kami tempah. Datang dalam keadaan panas dan sempurna dan cukup rasa. Tidak rugi singgah makan di sini.
Cuma, tadi kami tersangat kenyang!
Amie tertidur sewaktu Encik Suami memandu sambung perjalanan ke Tawau.
LD dan daerah lain masih dalam gangguan elektrik!
Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Melihat info terkini seolah-olahnya amemakan masa agak lama untuk memulihkan bekalan elektrik!
 |
Semoga dipermudahkan urusan! |
Masyaallah... banyaknya pilihan lauk pauk. Sedap-sedap semuanya.
BalasPadamLinda pun baru lepas tengok berita tadi...kesian mangsa tanah runtuh..semoga dipermudahkan segala urusan mereka...
BalasPadamSemoga bekalan elektrik pun cepat pulih...
beberapa kali blogwalking melihat banyak foto makanan,
BalasPadamjadi lapar sekarang
Kasihannya Kak Amie dan rakan² perlu menoreh, dahlah musim hujan ni. Jangan sampai banjir air mata masa menoreh kerana tak dapat pulang ke Tanah Malaya. Mujurlah ada cuti khas Hari Malaysia, dapatlah bawa Daus jalan² ke Tawau. Sedap nampaknya ikan bakar sambal. Sotong pun sedap tu sampai separuh mangkuk dimakan Daus.
BalasPadamAmazing, ke Tawau..alhamdulillah rezeki bersiaran..makanan tu hebat mana satu nak makan ni, saya pilih sayuran ..selamat menjamu selera ya..
BalasPadamSedapnya semua lauk, terutama sotong salted egg. Yang tu kalau makan, mmng menjilat jari
BalasPadamSedap² hidangan yang dipilih.
BalasPadamEh tadi saya terbaca di blog Abang Etuza mati listrik, berarti sama case nya ya kak. Banyak juga kota terkena dan lamaaa waktu pemadaman yaaa.
BalasPadamOng saya lapaaar lihat aneka menunya 😍😍😍. Ulaman jantung pisang, dan aneka sambal budu dan tempoyak, beuuugh itu saja udah sedaaap kak. Apalagi pakai seafood. 🤤🤤🤤
Oh , betullah saya komen dalam post terbaru tu sebab tanah runtuh. Harap cepatlah kembali ada elektrik. Dapat bayangkan kepanasan tengah makan tu tiba-tiba tak ada elektrik. Sedap-sedap makanan disini, tak tahulah nak pilih mana satu. Semua menyelerakan.
BalasPadamKesian Firdaus tak dapat kemana-mana cuti sekolah ni, dapat tidur hotel pun jadilah. Ada juga vibes bercuti tu. InshaAllah ada masa kesempatan nanti dapatlah kak Amie jumpa cucunda tercinta. Bersabarlah Kak Amie terpaksa mengorbankan masa cuti untuk kerja. Semoga ada yang manis-manis kemudian harinya.