Pages

Isnin, 22 September 2025

Makan Nasi Pulao Di Kedai Makan Pakistan

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi tidak sempat siapkan bekal sarapan sebelum masuk ladang. Syukur Ahamdulillah, ada penoreh yang kongsi kuih yang dibeli, dapatlah makan dua biji karipap sebelum masuk kelas. Hari ini kelas penuh sampai waktu rehat. Hendak ke kantin, sibuk pula orang kantin layan murid membeli. Jadi, perut pun terus kosong sampai waktu balik sebab kelas kita memang penuh sampai tengah hari.

Perut lapat memang tak boleh bawa bincang! Selepas hantar Firdaus ke sekolah agama, terus ajak Encik Suami singgah Kedai Makan Pakistan. Ini sahajalah kedai makan paling hampir dengan ladang, dan kalau makan di sini tidaklah menunggu begitu lama hidangan sampai ke meja.

Ketika kami sampai, ada pula tuan kedainya. Agak lama juga tidak nampak kelibatnya kerana katanya dia sibuk menguruskan kedai runcit yang baru dibuka. Dia perkenalkan nasi pulao. Amie kata Amie pernah makan nasi pulao di Pakistan : Makan Burung Merpati ( Puyuh? ) & Nasi Afghan (Kabuli Palaw / Qabili Pulao)

Sempat pulalah Amie tanya nama-nama masakan yang kami pesan. Kemudian Amie rujuk Pak Google untuk lebih jelas dan sewaktu menulis entri ini rasa seronoklah dapat kongsi info dan masakan yang original dari tuan kedai.

Nasi Pulao

Nasi palao (kadang dieja pulao atau pilaf) ialah sejenis hidangan nasi yang berasal dari Asia Tengah dan Asia Selatan, dan kini popular di banyak negara termasuk India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Turki, dan kawasan Tanah Arab.

Nasi pulao dimasak menggunakan beras basmathi bersama rempah seperti jintan, bunga lawang, kayu manis, cengkih, ketumbar dan lada hitam. Boleh juga ditambah sayur-sayuran, daging kambing, ayam, lembu, atau makanan laut.

Semasa menghidang, kadang-kadang nasi pulao dihias dengan kismis, badam, atau kacang untuk rasa manis dan garing.


Sekarang Amie faham beza nasi pulao dengan nasi briyani. Cara masak nasi pulao ialah beras dan lauk (daging, ayam, sayur) dimasak bersama dalam satu periuk dengan rempah dan stok. Rempahnya ringan dan tidak terlalu banyak lapisan rasa.Tekstur nasinya lembut, kadang agak basah kerana dimasak dengan stok.

Hidangan nasi pulao lebih ringkas dan sesuai dijadikan hidangan harian.

Cara masak nasi briyani pula nasi dan lauk dimasak berasingan, kemudian disusun berlapis-lapis (beras + lauk + rempah + minyak sapi), lalu dikukus. Rempahnya lebih berat, banyak guna rempah aromatik dan kadang ada pewarna seperti kunyit atau safron untuk warna lebih cantik. Tekstur nasinya nampak berbutir, kering dan berlapis. Nasi briyani merupakan hidangan mewah, biasanya untuk majlis atau perayaan.

Teh Pakistani sejuk & panas.

Roti Paratha Pakistan


Walaupun ada nasi pulao, Encik Suami tetap memilih roti paratha Pakistan yang dicintainya itu. Nasi pulao sudah ada rasanya yang tersendiri, dan terdapat hirisan kecil daging dan ayam di dalamnya tetapi Amie makan juga dengan lauk-pauk pilihan kami seperti aloo bhindi, chana masala, ojri gosht dan daging roasht.

Aloo Bhindi

Kacang bendi dimasak bersama kentang dan tomato.

Chana Masala

Chana Masala

Ojri Curry @ Ojri Gosht.

Ojri Curry @ Ojri Gosht

Kari Perut Pakistan dikenali dengan nama Ojri Gosht. Perut lembu dimasak dengan bawang, tomato, halia, bawang putih dan rempah seperti jintan, ketumbar, cili dan kunyit dan garam masala.

Daging Roasht

Daging rosh @ roasht @ roshht yang selalu kami makan di sini merujuk kepada hidangan tradisi dari Khyber Pakhtunkhwa dan kawasan Pashtun di Pakistan. Daging akan dimasak rebus perlahan dan berkuah jernih. Hal ini kerana tidak banyak rempah yang digunakan seperti kari. Hanya garam, bawang putih, sedikit lada, minyak sapi dan tomato. Ia dimasak dalam periuk tertutup lama-lama sehingga daging lembut. Adakalanya seolah-olah  hampir seperti masakan stew pula.


Kuahnya nampak jernih, ringan dan berminyak, empuk dengan rasa daging yang asli.

Nasi Pulao sesuai dijadikan hidangan harian.

19 ulasan:

  1. Aduh, lapar tak boleh bawa bincang ni memang nak kena makan nasi, kan. Nak pulak nasi yang berempah macam nasi pulou ni. Dulu belakang rumah sy ada kedai Pakistan jual, tapi belum sempat beli dia dah tutup. Baca entri Kak Amie ni dapatlah sy tahu beza nasi pulou dengan nasi arab. Nasi Arab tak ada kismis kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macamlah jenis nasi dari negara belah-belah sana. Meriah betul dunia masakan.

      Padam
  2. ojri kari tu nampak sedap je amie. Nasib baik baru makan nasi berlauk kalau tak ngences tenguk. Perut pun berlagu rindu sebab dah time lunch

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan Notie, kalau tak cuva kita tak tahu sedap atau sebaliknya.

      Padam
  3. Mana nak cari Restaurant Pakistan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang ada restoran Pakistan. Yang banyak restoran mamak.

      Padam
  4. Tengok nasi nya tu makan gitu je pun dah sedap kak, geram tengok menu perut tu kak... mesti sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Dana. Nasinya dah cukup rasa. Ada pula hirisan daging dengan ayam.

      Padam
  5. Selalu dengar nasi ni tapi belum pernah rasa.
    Bila dah lapar sangat tu mmg kena cari kedai berdekatan dan kalau boleh biarlah tak ramai orang, supaya dapat segera isi perut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di sini memang tak perlu lama menunggu. Dapatlah layan perut lapar.

      Padam
  6. nampak sedap menu nasi pulao dgn sayur n lauk2nya

    BalasPadam
  7. Mujur jugalah pagi tu kak Amie makan karipap. Kalau tak makan lansung lagilah terasa laparnya perut kosong. Semua menu ni pertama kali saya dengar kak Amie kecuali roti tu lah. Nampak sangat tak pernah makan makanan Pakistan. Kalau makanan arab tu tahu nasi arab nasi mandy je. Banyak lauk pauknya ya. Agaknya kurang rempah nasi palao ni, itu yang sesuai dijadikan untuk hidangan harian.

    BalasPadam
  8. SA dh lupakan salad buat seketika .tekak x leh terima..badan pun dh naik balik walau SA makan portion sikit je

    BalasPadam
  9. Nampak nya di sana banyak penjual kuliner asia tengah dan selatan ya kak Amie. Saya rasa2nya selama di JKT, palingan yg banyak itu restoran arab. Paling banyak. Kalo restoran Pakistan, Lebanon, afghan , memang jarang lah nampak. Jadi saya tak banyak tahu rasa kuliner mereka. Mungkin mirip dengan kuliner arab, tapi pasti ada beda kan.

    Baca deskripsi ttg pembuatan nasi palao saya macam pernah lihat di FB. Saat itu chef nya memasak dalam panci yg besaaar sangat, dan semua bahan dicampur. Itu berarti nasi palao yaa.

    Lihat aneka lauknya, memang saya teringin nak coba. Belum jelas pula hilal kapan bisa ke Pakistan, nampaknya saya ke LD sajalah untuk coba 🤭😄😄

    BalasPadam
  10. Daging rosh tu cicah apa2 pun sedap kan.

    BalasPadam
  11. Roti Paratha dia gitu ya gebu gebu camtu. Roti Paratha ni sama cam roti canai la kan?. Perut tu pun nampak sedap.

    BalasPadam
  12. oo rupanya pulao dan pilaf sama..
    panjang betul beras basmathi tu.
    Saya ingat lagi penulisan kak amie sebelum ni ada menyebut aloo tu adalah kentang.
    Bhindi=bendi.. hampir sama bunyinya.

    BalasPadam
  13. Sedap nasi pulao ni. Saya pernah makan dekat kedai pakistan dekat dgn rumah saya.

    BalasPadam