Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan perjalanan 09 Februari 2025 bersamaan pada hari Ahad. Menurut tour leader dan tour guide, dari Seville, Sepanyol ke Setubal, Portugal memakan masa kira-kira empat atau lima jam. Amie pun tidak mengambil berat sangat tentang jam perjalanan itu. Yang pastinya dapat menjejak kaki ke negara yang pernah menjajah Melaka pada tahun 1511. Melaka dijajah selama 130 tahun (1511-1641) apabila Portugal kalah di tangan Belanda. Lamanya 130 tahun Portugal di Melaka, tapi kami hanya datang ke negara ini hanya untuk satu hari satu malam sahaja.
Portugal ialah sebuah negara di barat daya Eropah, terletak di Semenanjung Iberia, berjiran dengan Sepanyol di sebelah timur dan utara, manakala sebelah barat dan selatan menghadap Lautan Atlantik. Lisbon ialah ibu negaranya, sementara Porto ialah bandar kedua terbesar.
Terrugem, Portugal. |
Jarak perjalanan dari Seville, Sepanyol ke bandar Setubal, Portugal kira-kira 320 kilometer perjalanan darat. Pada mulanya, mata leka menyaksikan pemandangan kebun zaitun yang luas terbentang seperti lautan hutan hijau. Ada ladang gandum dan bukit-bukit kecil. Kelihatan juga rumah-rumah kampung beratap merah serta gereja putih yang sederhana mengikut gaya tipikal Portugal.
Oleh kerana bas dipandu laju, hampir kesemua gambar pemandangan jadi kabur. Tak dapatlah hendak kongsikan di sini. Paling mengecewakan gambar kuda, lembu dan kambing biri-biri sedang meragut di padang rumput turut 'terkorban' sama! Kalau di Sepanyol tidak jumpa kambing, lembu atau kuda di ladang tetapi perjalanan di Portugal pula sangat mengecewakan! Mungkin jalan raya yang lurus, tidak banyak kenderaan menyebabkan pemandu memandu dengan begitu laju! Beza sangat dengan pemanduan di Turkiye. Di Turkiye, bas pelancong tidak boleh memandu melebihi 100 kilometer sejam walaupun jalan raya lengang! Itu yang diberitahu oleh tour leader sewaktu kami jalan-jalan di Turkiye. Katanya, polis akan memeriksa kotak hitam bas tersebut, dan sekiranya memandu melebihi had yang ditetapkan maka akan dikenakan tindakan undang-undang.
Estremoz, Portugal. |
Ketika bas meluncur laju di atas lebuh raya, mata kita terus terlelap. Apabila terjaga terpandang pokok-pokok pine yang berdiri tegak seperti askar sedang dalam perhimpunan pagi. Adakalanya bas melalui jalan yang agak sunyi dan terpencil. Mungkin kawasan perkampungan, dan kelihatan aliran sungai serta empangan di situ. Semakin menghampiri bandar Setubal, pemandangan mula berubah, dan kelihatan bukit-bukit hijau Serra da Arrábida serta ladang anggur. Ketika ini hanya rangka pokok anggur sahaja yang kelihatan dan selepas musim sejuk, barulah anggur kembali berdaun dan berputik.
Terlelap, terjaga, terlelap, terjaga akhirnya bas sampai di Setubal. Langit lembayung di ufuk barat menyambut ketibaan kami.
Selamat Datang ke Setubal, Portugal. |
Kami akan daftar masuk di Hotel Laitau.
Jom seret beg, masuk lif dan cari bilik.
Ambil kesempatan menggambar suasana malam dari balkoni.
Ada dua biji bantal tambahan dan dua helai selimut tebal. Oleh kerana sudah ada pemanas udara di dalam bilik, rasanya tidaklah begitu sejuk di waktu malam.
Malam itu suhu sekitar 13'C pada jam 8:42 malam. Tengah malam dan pagi esok sudah tentu bacaan semakin rendah. |
Bilik airnya pun luas dan selesa.
Mesti mandi dan bersihkan diri sebelum tidur. Perjalanan jauh dari Sepanyol dan telah jejak kaki ke sana dan ke mari sudah tentu ada yang 'melekat' di badan.... ahaks! Setelah solat dan ambil bantal tambahan serta selimut, teringat pula ada bekalan makanan yang diambil dari lobi hotel!
Malam itu kami diberi sebotol air mineral dan sebungkus massa com atum - penne dimasak dengan tuna, bawang dan tomato.
Air mineral. |
Jom tengok macamana rupa massa com atum - penne dimasak dengan tuna, bawang dan tomato. |
Inilah Massa Com Atum - Bismillah. Makanlah dua tiga helai.... |
Selamat pagi Portugal! |
Malam itu, tidur lena tanpa mimpi. Bangun pagi tersengih-sengih sendiri sambil berkata : Aku berada di negara Alfonso de Albuquerque yang datang dari negara kecil di hujung Eropah ke Melaka dengan cita-cita besar.
Dari timur datang kapal China bawa sutera dan tembikar. Dari barat pula, pedagang Arab dan India bawa rempah, kain, dan permata.Tiba-tiba datang bangsa asing dari jauh diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Kapal mereka merentas samudera, nak jadi tuan jalan dagang dunia. “Kalau Goa sudah kita genggam, maka Melaka harus kita tawan!” Begitulah azamnya.
Mereka bukan datang berjual beli, tapi datang dengan meriam, pedang, dan tekad. Portugis mahu rempah yang harum, mahu emas yang berkilau, mahu kuasa yang besar. Dan lebih dari itu, mereka mahu menenggelamkan pengaruh Islam yang sudah lama berakar di Melaka.
Hurrmmm...
Jarak Portugal dengan Melaka bukannya dekat. Naik pesawat pun memakan masa berbelas jam. Bayangkan berapa lama angkatan laut di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque membelah lautan untuk sampai ke Selat Melaka!
Jarak Portugal dengan Melaka bukannya dekat. Naik pesawat pun memakan masa berbelas jam. Bayangkan berapa lama angkatan laut di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque membelah lautan untuk sampai ke Selat Melaka!
Sebelum turun sarapan, ambil gambar dahulu di meja ketuhar bersebelahan dengan anak tangga .
Ringkas je biliknya tapi kemas. Macam Malaysia je.
BalasPadamYa, macam di tempat kita juga
PadamSunset sangat cantik.Subahanallah..pemandangan indah. menarik hotel penginapan yang cukup indah, kreatif sekali..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamWaktu senha, pemandangan warna warning langit jingga, kuning dan merah.
Bersih.udara segar tempat i=ni bagi saya cukup untuk berteduh, selesa
BalasPadamBesar bilik hotel dekat Portugal ye Kak Amie. Berapa la agaknya rate bilik macam tu.
BalasPadamTak pasti pula harganya sebab semua urusan agen pelancongan.
PadamNampak tenang bandarnya, dgn deretan bangunan 2 tingkat umpama pekan kecil. Tak sabar nak tunggu next episode utk tahu apa yg ada di sana ye...
BalasPadamSetiap kali teringat kisah penjajah ni ada rasa getar dan hiba jauh di sudut hati :(
Semoga Allah merahmati arwah nenek moyang kita yg telah berkorban nyawa mempertahankan tanah air.
Memang hiba PH. Susah payah nenek moyang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita tanpa putus asa berabad lamanya.
Padambestnya wisata.. kalau sebut Portugal yang ada dalam kepala, si mamat Ronaldo tu la hehe.. Tak sabar tunggu part seterusnya . moga yang manis2 aje
BalasPadamAda tour guide tunjukkan rumah Ronaldo atas bukit warna putih, tapi kami dalam bas atas jalan raya. Tengok begitu sajalah.
PadamLama juga perjalanan tu. Sempat juga kak Amie terlelasp. Cantik permandangan senja tu. Layung dan aram temaram.
BalasPadamCantik juga hotelnya walaupun nampak serba ringkas. Rare betul letak ketuhar di luar begitu je. Tenang suasana malam dari pov bilik. Mestilah tidur lena, badan pun dah penat.
Terjaga tidur terjaga tidur dalam bas tak mampu nak recharge energy.
Rezeki dapat jejak di negara Alfonso de Albuquerque yang biasa kita baca dari buku sejarah je.
Comel je Kak Amie berposing di situ dengan ketuhar. hihi...
Memang lama perjalanannya sampai sempat tidur. Rasa selesa sangat bermalam di Laitau Hotel.
PadamRendahnya, suhu 13 darjah celcius. Cantik biliknya. Suka bilik ringkas dan tak banyak perabot macam tu.
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamDapat bilik selesa.
Untung la dapat panaskan roti di 'tepi pantai'... hehehehe
BalasPadamHahaha....nda ngam bah itu Uncle.
PadamCerita tentang Alfonso tu, menggamit kenangan masa belajar sejarah di sekolah. Masing² dok ulang nama Alfonso d albukek albukek.. hehehe. Lamanya 130 tahun tu sampai berketurunan di Tanah Melayu.
BalasPadamEncik Suami kata dulu mereka sebut alfonso di ibukaki kihkihkih!
PadamPernah baca buku sejarah pasal portugal menjajah melaka, tpi saya tak sangka sampai 130 tahun. Nampak sangat dah lupa ni kekeke
BalasPadamBenci kan penjajah barat ni. Orang arab orang cina india elok je datang melaka utk berdagang. Datang ke dia, nak ambil semua kekayaan bumi kita, tapi takde apa2 yg dia bagi pada tanah melayu pun. Siap nak tenggelamkan agama islam lagi
Ya , Portugis jajah Melaka selama 130 tahun sebelum Belanda ambil alih pada tahun 1641 pula.
PadamBest tu tidur sejuk².
BalasPadamAlhamdulillah. Lena sepanjang malam.
PadamKotanya sepiiii ya kak. Sukaaaa saya. Baru tahu juga yg ttg Turkiye, tidak boleh melebihi batas speed di jalan. Pantas saja dulu saya ke sana, bus wisata yg disewa jalan tidak terlalu laju. Ternyata ada aturan dan diperiksa kotak hitamnya yaa
BalasPadamKak, Kata2 Alfonso yg "Kalau Goa sudah kita genggam, maka Melaka harus kita tawan!"goa yg dimaksud apakah kota Goa di Sulawesi selatan?
Soalnya dulu di sana juga ada kegiatan dagang antara Portugal. Tp seingat saya tidak ada penjajahan. Portugal ini lama di Maluku dan Timor Timur yg sekarang sudah berubah jadi Timor Leste.
Goa itu sebuah negeri kecil di India, ditakluk Portugis pada 1510, setahun sebelum Melaka ditawan. Goa menjadi pusat pentadbiran, ketenteraan dan pusat agama dan budaya bagi Portugis di Asia.
PadamGoa juga digelar Rome di Timur, dan menjadi tempat transit kapal dari Eropah ke sebelah timur. Selain pusat dagangan rempah dan barangan Asia di sinilah Portugis mengawal Laut Arab dan segala aktiviti perdagangan kapal dari Maluku, Gujerat, China, Turki dan pesaing Eropah yang lain.