Pages

Sabtu, 2 Ogos 2025

Untuk Apa Dating?

Bismillahirrahmanirrahim.
Tujuan asal hendak padam saki baki gambar 2024 yang masih tersangkut dalam galeri. Terjumpalah pula gambar secawan kopi dengan roti! Sayang pula hendak buang. Bukan apa. Gambar-gambar ini merupakan kenangan keluar minum berdua dengan Encik Suami.

Gingger HK Milk

Orang kata keluar makan, jalan-jalan atau sekadar minum kopi berdua boleh memberi rehat mental. Maklumlah, tanpa anak-anak atau tugas rumah tangga, bolehlah fokus berbual dan mendengar antara satu sama lain. Walaupun sudah berpuluh tahun berkahwin, keluar bersama bukan sekadar meluangkan masa berdua tetapi juga dapat mengembalikan hubungan emosi kerana kemesraan tidak lahir secara automatik.  Rasa itu perlu dibina! Maklumlah, sebagai manusia biasa dan sering alpa dengan duniawi, hati pula digenggam Allah, maka macam-macam boleh berlaku tanpa disedari.

Egg On Toast

Hainan Kaya Butter

Mix Platter

Ini sahajalah antara cara yang kami pilih, dan tidak perlu belanja mahal. Sekiranya ada waktu terluang memang selalu makan tengah hari atau minum petang bersama dalam suasana santai. Tidak perlulah menunggu sambutan ulang tahun perkahwinan, baru hendak keluar dating.... ahaks!

21 ulasan:

  1. Wah..berdua dengan teman sebelah..patutlah mewah..hehe suka tengok gambar sangat terang ..nampak terinspirasi juga ..

    BalasPadam
  2. Setuju tu Kak Amie. Dating berdua sambil bercerita sambil mengopi. Seronok rasa hati tu. Mengopi secawan kongsi berdua pun okay dah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting suasana santai, relaks jew kan Fizah.

      Padam
  3. Setuju. Nikmat rasanya, dapat mengopi berdua. Menarik sungguh tengok hainan kaya butter toast tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila mengopi berdua, makan roti pun sedap... ahaks!

      Padam
  4. Yes setuju. Perlu untuk recharge dan nikmati hari bersama yg tersayang :)

    BalasPadam
  5. hehe comelnya dating berdua! semoga sampai syurga

    BalasPadam
  6. Wak pun hari2 dating makan berdua
    Tapi makan kat rumahlah sebab kami jarang2 JJCM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya balik dari ladang terus dating.
      Balik rumah tak ada orang sedia makanan Wak... ahaks!

      Padam
  7. Berdua lebih baik. Hihi. Mengopi sambil borak2.

    BalasPadam
  8. sronok dating tu...telur goyang tu terliur

    BalasPadam
  9. Kena selalu cari masa berdua kan :)

    BalasPadam
  10. Pentiiiiing loh dating dengan suami ini kak. Saya ingat, saat nak nikah, saya kasih syarat ke suami. Saya mau dalam setahun tetap ada plan liburan berdua, tanpa anak. Maksimum 7 hari. Dan suami setuju

    Sebab dah nikah, pastilah masa2 bosan ada. Krn itu perlu refresh lagi hubungan. Tak mau liburan jauh, dating berdua yg dekat saja pun oke. Pokoknya harus ada 😄

    BalasPadam
  11. Betul. Hubungan tu kita yg perlu warnakan. Kalau suami tak romantik janganlah isteri pun sama kakunya.

    BalasPadam
  12. Bila anak-anak dah besar.. dating sokmo 🥰

    BalasPadam