Pages

Sabtu, 2 Ogos 2025

Bekal Sarapan Menoreh di Ladang

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga tidak kongsikan paparan bekal sarapan pergi menoreh. Maklumlah, menunya hampir sama setiap hari terutamanya daun salad, timun, telur rebus dan dressing Kewpie Roasted Sesame. Sesekali singgah di warung beli kuih atau nasi kuning. Kalau beli kuih, memang berulang-ulang kuih yang sama terutamanya karipap dan cucur udang. Kawan-kawan penoreh pun bawa bekal kuih beli dari warung tapi tempat yang berlainan. Pelbagai jenis kuihlah yang mereka beli termasuk popia, cempiang, karipap, kaswi, epok-epok, lumpia dan sebagainya.

Karipap dan cucur udang.

Encik Suami belikan bihun goreng dengan peha ayam goreng.

Bosan ayam goreng, dibelikannya pula bihun dengan sosej goreng.

Nasi Kuning

Biasanya nasi kuning berlauk sambal ikan dan telur rebus.

Nasi lemak + sebiji telur rebus bawa dari rumah.

Telur Rebus


Nasi lemak dari rumah.

Lauk nasi lemak.

Salad


Sekarang kawan-kawan penoreh pandai bawa bekal salad dari rumah. Jadi, kalau tak bawa salad, tumpang sajalah dengan mereka.

Sumbat sajalah buah dengan timun & tomato.

Daun salad ditambah hirisan tomato, buah kurma segar dan telur rebus. Makan begini saja pun sudah kenyang.


Beli kuih karipap dan pulut serondeng kelapa di warung Kampung Muhibbah.

Hari yang lain beli kuih lenggang, onde-onde dan kek pisang.

Kuih cempiang dan seri muka.

Kuih lenggang, onde-onde dan pulut serondeng kelapa.



Kacang putih (gambar atas) dan tempe +++ (gambar bawah) anak murid bagi.



Buras

Buras (gambat atas) Amie beli, dan ayam palekko (gambar bawah) Amie masak sendiri.

Ayam Masak Palekko

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Sedikit sama dirasa, banyak sama dikongsi. Begitulah kami, para penoreh di ladang madani.

24 ulasan:

  1. Pulut serunding kelapa tu, mesti sedap. Bagusnya, bawa bekal. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang tak sempat tunggu makanan di kantin siap, tu yang bawa bekal.

      Padam
  2. Kuih lenggang tu kuih ketayap ke Kak Amie? Nampak akan²...
    Bekal dikongsi bersama bertambah sedap jadinya :)

    BalasPadam
  3. Bekal yang menyihatkan, pilihan sajian lepas penat di kebun yang mengujakan..sedap nampak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh singgah di warung setiap pagi, pilih saja nak beli kuih apa untuk bekalan.

      Padam
  4. Terima kasih kongsi gambar makanan² ni dengan kita, hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama SK. Kebanyakan gambar makanan hasil tangan orang.

      Padam
  5. Pelbagai menu bekal kak Amie. Tak sempat masak, beli dan masuk bekal je. Lagi senang. Seronok juga ada geng bawal bekal, boleh rasa sikit-sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Itulah antara kelemahan untuk pindah ke ladang lain sebab semuanya bermurah hati kongsi bekalan sarapan.

      Padam
  6. seronok bawak bekal macam ni dan share dengan kawan2 :D semua nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Sesuai dengan motto ladang kami - Kerjasama Punca Kejayaan. Jadi, nak makan pun kena sama-sama hihihi.

      Padam
  7. Wak dulu2 kerja menoreh (betul2 menoreh pokok getah) tak pernah bawa bekal.
    Sebab habis menoreh sempat balik rumah dulu. Tunggu 2-3 jam barulah sambung kerja bangkit susu getah pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama Wak. Dulu cuti sekolah saya pun pergi menoreh getah di kebun. Kalau menoreh dekat rumah memang tak bawa bekal, tapi kalau menoreh di kebun yang jauh, bawa bekal juga sementara tunggu tuang getah.

      Padam
  8. Seronok juga bawak bekal & share tukar makanan dengan kawan2 sekerja.

    BalasPadam
  9. Cantik susunan semua makanan...

    BalasPadam
  10. Wow, tampak lezat sekali semua menu bekal yang disiapkan! Perut kenyang hati pun riang. Boleh donk dibagi untuk icip-icip hehehe :D

    BalasPadam
  11. Waah kurma muda dijadikan salad ya kak. Oke, next saya nak buat juga. Saya pun sukaaa salad begini. Pakai dressing balsamic. Atau racik sendiri pakai olive, madu, pepper. Badan terasa ringan kalo sering makan salad ini. Tak kembung perut

    BalasPadam
  12. Kuih lenggang = kuih ketayap
    Onde-onde=kuih bom?

    BalasPadam
  13. Pelbagai menu ada, rajin betul akak ni

    BalasPadam
  14. alamakk.... menggoda pulak nengok kacang dan tempe tu... tu kalau buat kudap-kudap tak sedar asyik menyuap je.

    BalasPadam
  15. alamakk.... menggoda pulak nengok kacang dan tempe tu... tu kalau buat kudap-kudap tak sedar asyik menyuap je.

    BalasPadam