Pages

Isnin, 18 Ogos 2025

Sup Ikan Ham Choi vs Kari Kepala Ikan

Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap petang termasuk hari Sabtu dan cuti umum, para penoreh di ladang terpaksa memenuhi jadual kelas tambahan untuk calon SPM 2025. Setiap hari Sabtu mesti ada program untuk mereka. Bertabahlah rakan-rakan penoreh kerana ada yang merasakan diri mereka dibuli. Sebenarnya macam-macam kategori buli, tapi sebab penoreh getah hanyalah timun di ladang durian, jadi menggolek kena, digolek pun kena.

Kita cerita bab makan tengah hari. Akhir-akhir ini memang terpaksa makan di luar selepas balik dari ladang. Kenapa? Sebab kita ini timun.... ahaks!

Untuk kembalikan tenaga dan kegembiraan, kami singgah di Restoran Nak Sup Ikan LD. Di sini kami dapat hidangan panas dari dapur dan sudah tentulah setiap hidangan enak dinikmati. Kami memesan:
  • Nasi Putih
  • Chinese Tea (Panas)
  • Sup Ikan Ham Choi
  • Kari Kepala Ikan
  • Peria Goreng Telur Masin
Sup Ikan Ham Choi & Kari Kepala Ikan

Encik Suami - Sup Ham Choi Ikan


Sup Ikan Ham Choi ini mengandungi ikan siakap dan ikan merah, dimasak bersama ham choi (sawi jeruk masin ) dan tauhu. Kuah sup nampak cantik kerana ditambah dengan tomato. Hirup sesudu dua kuahnya sudah mampu melupakan kisah timun dan durian di ladang.... ahaks!

Sup Ikan Ham Choi menggunakan dua jenis ikan iaitu ikan siakap dan ikan merah.

Amie ambil hirisan cili padi dengan bawang putih cincang, tuangkan kicap cair dan letakkan limau kasturi. Orang kata bawang putih mentah bagus untuk kesihatan. jadi, sambil makan nasi bubuhkan sedikit campuran ini sebelum suap ke mulut.

Amie - Kari Kepala Ikan



Amie pesan bahagian kepala ikan, dan goreng dahulu kepalanya sebelum 'dikarikan'. Datanglah semangkuk Kari Kepala Ikan (kepala siakap dan merah). Ada sebiji mata ikan merah! Itulah yang dicari-cari.

Bismillah.

Peria Goreng Telur Masin


Lain kali kalau datang ke sini hendak meratah Peria Goreng Telur Masin dan lauk ikan sajalah! Bukan apa, apabila makan dengan nasi perut penuh betul! Peria Goreng Telur Masin ini memang cukup sedap diratah begitu saja. Bukan tidak ada sayur lain, tetapi selera sudah jatuh cinta sama dia!

Chinese Tea (Panas)

Sampai di rumah, seperti biasa meninjau-ninjau bawah pokok mangga udang. Alhamdulillah, mangga manila dari rumah jiran belakang masih menggugurkan dirinya ke rumah kami. Encik Suami kutip dan bawa masuk dapur. Semua mangga manila yang gugur memang sudah masak walaupun kulitnya masih berwarna hijau.

Mangga Manila

Bolehlah bawa mangga manila buat bekal ke ladang esok pagi. Cantik isinya, lemak manis rasanya. 

16 ulasan:

  1. Amie, mengundang air liur keluar ni namanya. i rasa mcm lain je Sup Ikan tu. then satu lagi bawang putih. buat gak makan mentah2 tu. 2 biji tp pedas n pijar lidah sampai besok. idea u makan campur kicap ni mcm bagus ni. tq sharing.

    BalasPadam
  2. Menu sedap belaka..syukur dapat menikmati pelbagai makanan lazat..blog indah di persada maya..tahniah

    BalasPadam
  3. Kesian timun ni…bertabahlah wahai timun2 sekalian kerana pahala itu insyaallah milik anda

    BalasPadam
  4. Oh, ham choi tu sawi jeruk masin. Sy ingatkan cara masakan sup tu. Elok pulak ada kari jugak di kedai sup ikan ni, Kak Amie.

    BalasPadam
  5. Sedap betul tengok mangga nan sebakul itu...nampak sedap dan segar sup ikan ham choi tu kak...lega kalau dapat hirup kan...

    BalasPadam
  6. terliur pulak tengok sup ikan tu.. tak pernah boleh campur dengan sawi jeruk.. nak try gugel resepi la lepas ni.. ^^

    BalasPadam
  7. Memang tak cukup masa kan tahun ni Kak, si Abang tengah2 trial pun dah mula UTQH. Semoga ada keajaiban utk anak2 Batch 08 ni. Dan terima kasih cikgu2 semua atas kerahan keringat & jasa yg tak terhingga.
    Best la menu2 pilihan kedai ni... dapat hirup sup tu memang menyegarkan

    BalasPadam
  8. Tak apa Amie, walaupun terasa jadi timan, lillahitaala saja insyaallah berkat tu ilmu yang diajarkan, akan dibalas kebaikannya di sana nanti. Lihat menunya... alahai sedap-sedap semuanya.

    BalasPadam
  9. Sup Ikan Ham Choi nampak sedapnya Kak Amie.
    Alhamdulillah rezeki banyak mangga jatuh.
    Betul Kak Amie, buli ni dalam semua kategori.
    Moga dipermudah kan semua urusan Kak Amie dan rakan2 guru, sihat ceria selalu.

    BalasPadam
  10. Jadi timun ni kena SYM je lah kan kak Amie. Semoga segala penat lelah berbaloi dan mendapat ganjaran kebaikan. Baiklah legakan keadaan makan dulu menghirup Sup Ikan Ham Choi. Makan sup ikan merah memang sedap. Ikan Siakap tak pernah rasa lagi kalau dibuat sup.
    Meriah betul buah mangga manila Jiran, banyak betul tak putus-putus dia gugur ke laman rumah kak Amie. Alhamdulillah dapat juga panjangkan rezeki di ladang pula.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah, ..sedap betul nampak sup ikannya tu...
    panjang pahala jiran sebelah, sebab amie bawa ke ladang pula buah mangga nya

    BalasPadam
  12. Sup ikannya mirip dengan sup ikan Batam. Pakai sawi asin ... Saya sukaa kalo itu. Tp kalo kepala ikan, memang tak makan, mau diapakan saja, tetap saya kasih suami 😅😅.

    Aduuuh pare masak telur asin ini saya penasaran kak 😍😍😍. Terbayang sedap. Nihlaah, kata kak ezna di Pelita nasi kandar ada jual peria goreng. Makanya saya nak coba saat NOV kesana. Walaupun bukan dimasak telur asin, tapi katanya sedap juga

    BalasPadam
  13. Sedapnya hari-hari makan mangga manila jiran sebelah. Mata ikan merah sedap kan.

    BalasPadam
  14. Dana terliur tengok sup ikan tu kak, nampak tebal ikannya mesti sedap. Kari pun nampak sedap pastu peria tu alahai...

    BalasPadam
  15. menariklah kak peria goreng telur masin tu...
    nak carilah resepinya ;-)

    betul betul!
    kuah sup tu nampak cantik!
    tak ceroi org kata ;-)

    BalasPadam