Pages

Isnin, 18 Ogos 2025

Sup Ikan Ham Choi vs Kari Kepala Ikan

Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap petang termasuk hari Sabtu dan cuti umum, para penoreh di ladang terpaksa memenuhi jadual kelas tambahan untuk calon SPM 2025. Setiap hari Sabtu mesti ada program untuk mereka. Bertabahlah rakan-rakan penoreh kerana ada yang merasakan diri mereka dibuli. Sebenarnya macam-macam kategori buli, tapi sebab penoreh getah hanyalah timun di ladang durian, jadi menggolek kena, digolek pun kena.

Kita cerita bab makan tengah hari. Akhir-akhir ini memang terpaksa makan di luar selepas balik dari ladang. Kenapa? Sebab kita ini timun.... ahaks!

Untuk kembalikan tenaga dan kegembiraan, kami singgah di Restoran Nak Sup Ikan LD. Di sini kami dapat hidangan panas dari dapur dan sudah tentulah setiap hidangan enak dinikmati. Kami memesan:
  • Nasi Putih
  • Chinese Tea (Panas)
  • Sup Ikan Ham Choi
  • Kari Kepala Ikan
  • Peria Goreng Telur Masin
Sup Ikan Ham Choi & Kari Kepala Ikan

Encik Suami - Sup Ham Choi Ikan


Sup Ikan Ham Choi ini mengandungi ikan siakap dan ikan merah, dimasak bersama ham choi (sawi jeruk masin ) dan tauhu. Kuah su nampak cantik kerana ditambah dengan tomato. Hirup sesudu dua kuahnya sudah mampu melupakan kisah timun dan durian di ladang.... ahaks!

Sup Ikan Ham Choi menggunakan dua jenis ikan iaitu ikan siakap dan ikan merah.

Amie ambil hirisan cili padi dengan bawang putih cincang, tuangkan kicap cair dan letakkan limau kasturi. Orang kata bawang putih mentah bagus untuk kesihatan. jadi, sambil makan nasi bubuhkan sedikit campuran ini sebelum suap ke mulut.

Amie - Kari Kepala Ikan



Amie pesan bahagian kepala ikan, dan goreng dahulu kepalanya sebelum 'dikarikan'. Datanglah semangkuk Kari Kepala Ikan (kepala siakap dan merah). Ada sebiji mata ikan merah! Itulah yang dicari-cari.

Bismillah.

Peria Goreng Telur Masin


Lain kali kalau datang ke sini hendak meratah Peria Goreng Telur Masin dan lauk ikan sajalah! Bukan apa, apabila makan dengan nasi perut penuh betul! Peria Goreng Telur Masin ini memang cukup sedap diratah begitu saja. Bukan tidak ada sayur lain, tetapi selera sudah jatuh cinta sama dia!

Chinese Tea (Panas)

Sampai di rumah, seperti biasa meninjau-ninjau bawah pokok mangga udang. Alhamdulillah, mangga manila dari rumah jiran belakang masih menggugurkan dirinya ke rumah kami. Encik Suami kutip dan bawa masuk dapur. Semua mangga manila yang gugur memang sudah masak walaupun kulitnya masih berwarna hijau.

Mangga Manila

Bolehlah bawa mangga manila buat bekal ke ladang esok pagi. Cantik isinya, lemak manis rasanya. 

1 ulasan: