Pages

Rabu, 13 Ogos 2025

Pakistan - Vietnam - Jepun

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, selesai kerja menoreh sesi pagi kami dikehendaki menghadiri mesyuarat. Memandangkan tidak sempat makan di kantin, Amie buat tempahan makanan pada hari Isnin lagi. Ada 15 minit waktu di antara selesai kerja menoreh untuk ke bilik mesyuarat. Bolehlah jamah sedikit makanan untuk alas perut. Rupanya, masa 15 minit itu tidak sempat untuk makan sebab ada urusan tentang aktiviti Bulan Kemerdekaan dengan ketua kelas.

Selesai mesyuarat, Amie minta Encik Suami singgah makan di Restoran Nasim Khan. Terlupa dengan makanan yang tersimpan di dalam bakul! 

Roti Nan Cheese dengan Rajma Curry (Kacang Merah) dan Daging Ruhst.

Antara menu di Restoran Nasim Khan.

Di Restoran Nasim Khan, menunya tidak banyak jenis tetapi semua ada. Selain menu yang terdapat dalam gambar, banyak juga menu lain yang tersedia untuk dinikmati bersama roti nan atau roti paratha. Sebahagian pelanggan yang datang terdiri daripada orang-orang Pakistan. Amie perhatkan cara mereka makan, misalnya makan roti nan atau roti paratha dengan lauk-pauk seperti ikan goreng, daging rusht (roast) dan sayur-sayuran. Lebih kurang sama sahaja cara makan roti dengan makan nasi dengan lauk-pauknya!

Tadi Amie lihat ada tiga jenis lauk kekacang termasuk kacang dhal, kacang kuda dan kacang merah. Ada keema daging, ayam karahi, daging rusht (roast), sayur peria, sayur bayam dan sayur kacang bendi. 

Kalau hendak makan nasi briyani Pakistan, hanya ada pada hari Jumaat sahaja.

Kami memesan:
  • Roti Paratha Goreng
  • Roti Nan Cheese
  • Rajma Curry - Kacang Merah
  • Daging Rusht
  • Teh Pakistan (Panas)
  • Teh Pakistan (Sejuk)
  • Air Kosng Sejuk dan Suam
Teh Pakistan Sejuk & Panas

Air Kosong Sejuk & Suam

Encik Suami - Roti Paratha (Goreng)

Amie - Roti Nan Cheese

Rajma Curry - Kacang Merah (Red Kidney Beans)

Biasanya kita akan jumpa Chana Masala dari kacang kuda, tetapi kali ini ada versi kacang merah pula yang dipanggil Rajma Curry. Rajma Curry popular di India Utara dan Pakistan Utara. Rasa Rajma Curry ini lembut berlemak.

Daging Ruhst

Barangkali ejaan RUSHT berasal dari sebutan roast. RUSHT (roast) Pakistan biasanya dipanggang, dibakar atau dimasak perlahan. Dilihat dari bentuknya, daging ini dimasak perlahan hingga empuk dan memang sangat sempurna dari segi rasanya yang mewah dengan bahan perapan yang terdiri dari jintan, ketumbar, garam masala, bawang putih, halia dan yogurt. Cecah roti dengan kuahnya saja pun sudah cukup enak!

Bismillah.

Roti Nan Cheese dengan Rajma Curry & Daging Rusht.

Sampai rumah baru tersedar makanan yang dibeli terlupa untuk dimakan iaitu Vietnam Roll Mix dan Mentai Rice Baby Octopus.

Vietnam Roll Mix

Vietnam Roll Mix dengan Sos Hijau.

Mentai Rice Baby Octopus & Chili Oil


Nampaknya hari ini dapat jamah makanan berasal  dari tiga negara yang berbeza.
  • Pakistan
  • Vietnam
  • Jepun
Sebenarnya Amie beli Mentai Rice Baby Octopus itu sebab hendak makan octopusnya. Lain kali  kalau hendak makan baby octopus kenalah pergi ke Sushi King. Boleh telan sekor-sekor... ahaks!

Sebelum masuk rumah, intai bawah pokok mangga udang dulu. Jom kutip mangga manila yang semakin hari semakin bertambah gugurnya!

Mangga Manila


26 ulasan:

  1. Ramainya menu santapan.
    Pasti penat sangat menoreh tu, tambah mesyuarat lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penat Wak, menoreh dari pagi tak berehat.

      Padam
  2. Jauhnya ambil makanan di Pakistan..Berbagi menu ..pasti berselera nak makan makanan Pakistan..nampak lembut segar ja ke tekak..Rajin menoreh..alhamdulillah rezeki tak terduga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu Pakistan memang sedap. Ada satu saja kedai makan Pakistan di Lahad Datu. Yang lain banyak kedai mamak.

      Padam
  3. Sedapnya roti nan cheese tu. Cicah kari kambing lagi sedap ni.

    BalasPadam
  4. Ingatkan kak Amie travel ke tiga negara ni rupanya tentang makanan. Banyak pilihan kuah/lauk untuk dimakan bersama roti nan atau roti paratha. Baru tahu ada roti nan goreng juga. Macam roti puri dah rupa dia.
    Banyak juga octopus dalam sebekas mentai tu. Puas juga makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu tak pandai makan roti nan atau roti paratha dengan macam-macam lauk. Sudah nampak orang Pakistan makan di depan mata, barulah tahu.
      Ya, banyak baby octopusnya.

      Padam
  5. Ingatkan amie sarapan di pakistan makan tengahari di vietnam makan malam di korea. Perghhhh mantap ni. Sekali tenguk eh masih di lahad datu. Kiranya kat LD makanan international banyak tak yah pi obersea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lahad Datu kecik jew bandarnya Notie.
      Kalau rajin JJCM macam-macamlah yang dijumpa.

      Padam
  6. Geramnya tenguk mangga manila tu. Kalau masih mengkal potong2 letak asam boi dengan hirisan cili api letak dalam peti sejuk lepas tu layan sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua mangga manila ni gugur dalam keadaan sudah masak.
      Hohooo... terliur saya bayangkan mangga mengkal bubuh asam boi!

      Padam
  7. Perghhh, tiga negara terus dia tapau ya. Tapi, sy suka semua ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak cukup perut menampung, kita tapau ye SK.

      Padam
  8. Tajuk tu igtkan kak amie travel lagi...

    BalasPadam
  9. Boleh letak Manila sekali kot dekat tajuk tu Kak Amie ahak 😆

    BalasPadam
  10. geram tengok roti nan chese tu..betul2 menjadi lah...
    mangga tu basuh2 simpan dalam peti sejuk , baru kupas...sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari-hari balik dari ladang terus kutip mangga manila yang gugur.

      Padam
  11. Nampak sedap sungguh makanan pakistan.
    Bestnya, tak perlu beli mangga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, makanan Pakistan sedap. Itu sebab selalu singgah situ.
      Alhamdulillah, rezeki dapat mangga hari-hari.

      Padam
  12. Makanan Pakistan yg saya penasaran nak coba. Tp rasanya mirip2 lah ya dengan masakan India dan timur tengah 😍.

    Aiiih kak Amie, rezeki sangat mangga Jiran banyak jatuh ke halaman kakak. Manis2 pula 😍😍😍

    BalasPadam
  13. Sekali pandang roti prata goreng tuh udah macam telur dadar. Gebu gebas sungguh Vietnamese rolls nya. Rezeki sungguh 1 hari dapat makan makanan 3 negara. Langsung saya kelaparan tak boleh bawa bincang ni😅

    BalasPadam
  14. Nina cukup suka menu Pakistan.. sedap2 semuanya terutama kambing masakkan dorang. Nasib di Penang ada 1 restoran pakistan

    BalasPadam
  15. JJCM 3 tempat balik hari ni hebat betul..Vietnamese roll tu SA suka..memandangkan SA tengah diet sekarang kan

    BalasPadam